BERITA AL MAHDI III











BERITA AL MAHDI III
Alaihi salam








02098 H. Syarat-syarat Wajib Sebelum Beliau Muncul - 1. Tapak Daulah Imam Mahdi Disediakan oleh Orang Timur
A. Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW,
“Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya.”  (Ibnu Majah)
Pemuda Bani Tamim adalah suatu gelaran yang sentiasa menggentarkan hati setiap pemerintah, sejak dari zaman permulaan Islam lagi hinggalah ke hari ini. Ini dengan mudah dapat dimengertikan kerana setiap kali nama itu disebut, setiap kali itulah akan terasa kepada pihak pemerintah bahawa kedudukan mereka akan tergugat, dan kekuasaan mereka akan beralih tangan. Namun benarkah demikian? Siapa yang mengatakan demikian sehingga diyakini sangat-sangat oleh para pemerintah sejak dulu-dulu lagi? Apa yang ditakutkan sangat terhadap diri Pemuda Bani Tamim itu sehingga dianggap sedemikian rupa?

Pemuda Bani Tamim adalah gelaran kepada seorang lelaki yang tugas utamanya adalah membantu menaikkan Imam Mahdi sebagai pemerintah seluruh umat Islam. Disebutkan Bani Tamim kerana memuliakan nasabnya dan untuk mengiklankan dirinya sebagai salah seorang pemimpin umat pada akhir zaman. Kerana itulah jarang sangat orang yang mengaku dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim, sedangkan yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi sangatlah banyaknya. Memang rugi kalau seseorang itu mengaku dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim, kerana dia mendapat kuasa pemerintahan tetapi tidak dapat dimilikinya. Pada perkiraan orang ramai dan pemerintah hari ini, orang yang mengaku dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim adalah orang yang paling bodoh di dunia ini.

Mana tidaknya, dia yang bersusah payah dan menanggung segala macam penderitaan yang berat-berat, tiba-tiba yang mendapat senang adalah orang lain, iaitu Imam Mahdi. Dia yang susah payah mendirikan pusat pentadbiran dan pemerintahan, tiba-tiba yang memerintah adalah orang lain, bukan dia sendiri. Melakukan tugasan yang amat besar dan berat inilah yang tidak tersanggup oleh sesiapa pun jua, melainkan oleh orang benar-benar disebutkan sebagai Pemuda Bani Tamim sahaja. Hanya dia seorang sahajalah yang sanggup dan mampu berbuat demikian kerana itulah yang disebutkan oleh baginda SAW dalam banyak hadisnya.

Memang jika dinilai dari segi lahirnya, begitulah adanya dan begitulah realiti yang berlaku. Memang telah ditentukan bahawa Pemuda Bani Tamim itu adalah orang yang benar-benar pejuang, berjuang untuk orang lain dan berjuang untuk Islam, tidak ada kepentingan peribadi walau sebesar sayap nyamuk. Ini dengan mudah dapat difahami oleh kita jika kita benar-benar menghayati maksud hadis-hadis yang menceritakan tentang diri beliau. Kelebihan beliau yang satu ini tidak mungkin akan dapat dipikul oleh sesiapa pun, melainkan beliau seorang sahaja. Hanya orang yang benar-benar berjuang untuk menaikkan Islam itu ke tempatnya yang mulia sahaja yang tidak mengira apa hasil akhir dari perjuangannya, sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain yang diyakininya lebih baik daripada dirinya sendiri. Mana ada pejuang Islam sekarang atau pemimpin dunia hari ini yang mampu berbuat seperti itu?

Bagaimana ini boleh berlaku? Jawabnya, kerana beliau seorang yang amat ikhlas dalam perjuangannya. Hanya seorang yang ikhlas dalam perjuangannya sahaja yang mampu berbuat demikian. Lihatlah bagaimana Sayidina Khalid bin al-Walid RH semasa dilucutkan daripada jawatannya sebagai pemimpin tertinggi angkatan tentera dan menjadi seorang askar prebet biasa sahaja oleh Sayidina Umar RA. Hatinya langsung tidak berubah dan perjuangannya tetap kental seperti biasa. Kalau ada seseorang yang mampu berbuat demikian, itulah tandanya orang itu adalah seorang yang benar-benar ikhlas dalam pekerjaan dan perjuangannya.
02099 2. Imam Mahdi dan Panji-panji Hitam
A. Sabda Nabi SAW,
Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.”        (Ibnu Majah)
B. Sabda Nabi SAW,
Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis.”
C. Sabda Nabi SAW,
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.” Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)
D. Sabda Nabi SAW,
Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi.” ( Abu Nuaim)
E. Abdullah bin Syuraikh berkata,
Bersama-sama munculnya Al-Mahdi adalah panji-panji Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali.”
F. Kata Sayidina Ali KMW,
Apabila Panji-panji Hitam menghala ke arah As-Sufyani, dan para pengikut Syuaib bin Saleh mencari-cari Al-Mahdi, dia akan muncul dari Makkah dan bersama-sama dengannya adalah Panji-panji Rasulullah SAW. Dia akan membahagi dua pasukannya mengerjakan sembahyang, setelah orang ramai meletakkan harapan kepadanya selain berpanjangan bala yang menimpa mereka. Setelah selesai sembahyang, dia mendapatkan mereka dan berkhutbah, Wahai manusia, ujian-ujian yang berterusan menimpa umat Muhammad SAW, terutamanya kepada Ahlulbait, (antaranya) adalah (kerana) kamu dikuasai dan dipersalahkan.”
Jelaslah di sini bahawa peranan Panji-panji Hitam amatlah penting sebelum kemunculan Imam Mahdi. Apa yang difahamkan ialah bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul, melainkan setelah Pemuda Bani Tamim yang membawa Panji-panji Hitam itu muncul dan mendiri serta mempersiapkan tapak daulah untuk Imam Mahdi. Setelah itu barulah Imam Mahdi muncul. Inilah urutan yang perlu diikut oleh Imam Mahdi.
Asar oleh Imam Ali KMW ini juga memberitahu kita bahawa Imam Mahdi amat menitikberatkan sembahyang bagi para pengikutnya. Jadi, seseorang yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi mestilah mendahulukan sembahyang kepada para pengikut dan umat Islam sebaik-baik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah. Orang yang tidak berapa memberatkan sembahyang kepada para pengikutnya atau umat Islam, maka orang itu juga bukanlah Imam Mahdi yang sebenar. Sembahyang yang didirikan oleh Imam Mahdi dan para pengikutnya adalah sembahyang yang penuh khusyuk, yang mampu membina kepribadian mereka seperti pribadi para sahabat RA dan mampu pula mendatangkan pertolongan dan bantuan Allah kepada mereka secara terus.
Dan seperti biasa, apabila seseorang pemimpin itu berjaya memimpin pengikutnya kepada khusyuk dalam sembahyang, maka si pemimpin itu sendiri mahu tidak mahu mestilah terlebih dahulu adalah orang yang telah khusyuk dalam sembahyangnya kerana mustahil seorang yang tidak khusyuk dapat menunjukkan cara khusyuk kepada orang yang belum khusyuk sehingga mendapat khusyuk. Ranjau dan jeram yang menanti orang yang baru merasa khusyuk amatlah dalam dan luas, tidak akan mampu dicapai tanpa ada panduan daripada sang pemimpinnya. Dan ranjau serta jurang itu tidak akan sekali-kali diketahui oleh sesiapa pun melainkan oleh seorang yang telah pernah merasa apa itu khusyuk dan telah memahami setiap liku dan ranjaunya. Cara untuk mencapai khusyuk itu juga tidak akan diketahui oleh sesiapa pun melainkan oleh orang yang telah sampai kepadanya rasa khusyuk itu. Ilmu-ilmu seperti ini tidak ada di dalam kitab manapun, dan tidak ada juga diajarkan di universitas manapun.
02100 3. Askar Islam yang Amat Hebat
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul daripada Timur. Sekiranya gunung menjadi penghalang (perjalanan) mereka, nescaya gunung itu akan (mereka pukul sehingga) hancur rata menjadi jalan mereka.”
B. Sabda Nabi SAW,
“Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”  (Al-Hafiz Abu Nuaim)
C. Kata Sayidina Ali KMW,
“Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.”
Golongan Ikhwan ini, jumlahnya adalah 313 orang. Mereka merupakan golongan pemimpin umat manusia semasa pemerintahan Imam Mahdi. Peranan mereka adalah sama dan setara dengan peranan Sahabat dahulu. Gelaran Ikhwan dan Sahabat itu hanyalah untuk memudahkan kita membezakan zaman mereka berada sahaja. Jika para sahabat muncul pada awal Islam, maka Ikhwan muncul pada zaman akhirnya. Sifat-sifat mereka ini ada dinyatakan di dalam hadis-hadis di atas, amat mudah difahami (walaupun amat sukar melaksanakannya) dan rasa-rasanya penulis tidak perlu memperpanjangkannya lagi di sini.
Ikhwan adalah suatu nama yang umum, namun golongan yang digelar Ikhwan adalah suatu yang jarang-jarang  berlaku dalam sejarah Islam. Sepanjang sejarah umat Islam yang sudah lebih seribu empat ratus tahun ini, hanya beberapa peristiwa sahaja yang menggunakan nama Ikhwan, itupun sebahagiannya tidak sepopular mana pada mata masyarakat seluruh dunia. Ini membuktikan lagi bahawa hadis-hadis mengenai golongan Ikhwan ini memang tidak popular, baik pada ulamanya, para pemimpinnya, rakyat jelata dan umum masyarakat. Dan dikeranakan itu pulalah, dengan mudah kita dapat membezakan antara yang benar-benar mengikut hadis atau hanya menumpang nama sahaja atau termenggunakan nama Ikhwan itu secara tidak sengaja.
Sejarah terawal penubuhan anggota Ikhwan adalah pada abad kesembilan Hijrah dahulu, oleh Imam as-Suyuti RH. Memang kita ketahui bahawa Imam as-Suyuti RH banyak mengkaji hadis berkenaan peristiwa akhir zaman, banyak fahamnya termasuk yang seni-seni mengenainya dan beliau juga ternyata amat berminat dengan hal-hal yang sedemikian. Beliau pernah menubuhkan jemaahnya sendiri yang dikenali sebagai golongan Ikhwan, mengambil sempena golongan Ikhwan yang disebut-sebut oleh hadis Nabi SAW. Mereka ini berpakaian hijau manakala yang perempuannya berpakaian hitam, semasa berjalan senantiasa bergerombolan dan tinggal di kawasan Timur, iaitu di timur Palestin. Mereka tidak mengangkat senjata dalam perjuangan mereka, sama seperti yang disebut oleh hadis-hadis dan akhirnya bubar setelah beberapa lama masa berlalu.
Mereka mendapat didikan agama dan mempunyai kefahaman yang hampir sama dengan pemimpin mereka iaitu Imam as-Suyuti RH sendiri. Sayangnya, jumlah mereka tidaklah tepat 314 orang seperti yang disebutkan oleh hadis dan tempat tinggal mereka juga tidaklah tepat di Timur seperti yang dinyatakan oleh hadis. Zaman mereka muncul juga adalah tidak bertepatan dengan masa yang sebenar, walaupun mereka ini muncul pada awal kurun Hijrah. Pemimpin mereka iaitu Imam as-Suyuti RH bukanlah Pemuda Bani Tamim yang disebut-sebutkan itu. Mereka juga tidak menanti Imam Mahdi muncul kerana matlamat utama Imam as-Suyuti RH berbuat demikian adalah untuk mendapatkan keberkatan sahaja, moga-moga beliau dan anggota Ikhwannya itu mendapat satu pahala, iaitu pahala berijtihad. Jika betul ijtihadnya, mereka mendapat dua pahala dan jika salah ijtihad itu, tetap mendapat satu pahala, iaitu pahala berijtihad. Mereka juga sebenarnya mendapat pahala-pahala lain iaitu pahala berusaha, pahala berjuang dan pahala beramal secara berjemaah.
Itulah golongan pertama yang diketahui sejarah menggunakan nama Ikhwan dalam perjuangan mereka. Golongan kedua yang diketahui menggunakan nama Ikhwan dalam perjuangan mereka adalah dari kalangan pemimpin Bani Saud yang menyerang Makkah dan Madinah serta wilayah Hijaz yang lain. Mereka ini adalah pasukan tentera Bani Saud yang berfahaman Wahabi tulen yang menyerang kota Makkah dan Madinah sekitar tahun 1924 dan 1925 Masihi dahulu, dan seterusnya menakluk kedua-dua buah kota suci umat Islam itu, melepaskannya dari kekuasaan Bani Osmani Turki, dan merampas kekuasaan autonominya daripada Syarif-syarif yang sebelumnya berkuasa penuh ke atas kedua-dua kota suci itu. Pemimpinnya ketika penyerangan itu adalah Sultan Abdul Aziz bin Abdul Rahman El-Faisal Aali Saud, yang selepas penawanan kedua-dua kota suci itu memakai gelaran Al-Malik, dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini.
Yang mereka serang adalah Syarif Husain, pendiri Kerajaan Hasyimiah yang berpusat di kota Makkah. Mereka merampas beberapa benda berharga di kedua-dua buah kota suci itu, yang antaranya adalah milik peribadi Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda lalu dibawa ke Riyadh, ibu kota dan pusat pemerintahan Bani Saud itu. Mereka juga memusnahkan makam-makam Sahabat RA termasuk yang mati syahid, lalu meratakannya dengan tanah. Rumah keputeraan Rasulullah SAW juga turut dimusnahkan, dijadikan kandang binatang. Hanya akhir-akhir ini sahaja tempat itu dijadikan sebuah perpustakaan untuk bacaan umum. Nyata pula pasukan Ikhwan yang ini begitu keras, sama sekali tidak sesuai dengan namanya. Pasukan ini juga berjaya menakluk seluruh Hijaz dan meletakkannya di bawah kekuasaan mutlak raja baru di seluruh Hijaz iaitu Bani Saud. Oleh kerana pemimpinnya adalah seorang yang tidak percayakan hadis-hadis mengenai Panji-panji Hitam, maka penggunaan nama Ikhwan bagi pasukan tentera ini hanyalah kebetulan semata-mata, bukannya menuruti hadis.
Golongan ketiga yang diketahui sejarah menggunakan nama Ikhwan ialah kumpulan yang terkenal di Mesir dahulu, iaitu Ikhwanul Muslimin. Mereka adalah golongan yang berjuang tanpa senjata, menegakkan semula Islam ke tengah-tengah masyarakat Mesir yang sedang menghadapi pergolakan jiwa yang amat hebat, antara Islam sebagai ajaran tradisi dengan tamadun Barat sebagai ideologi yang moden dan maju. Ketika itu rakyat Mesir sedang menghadapi tekanan daripada penjajah Inggeris yang cuba menanam rasa kagum mereka kepada tamadun Barat yang kononnya amat maju itu, untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka, dan meninggalkan kepercayaan lama mereka yang kolot itu. Pegangan agama mereka juga umumnya amat lemah dan Islam pada mereka lebih bersifat tradisi, bukannya sebagai pegangan dan anutan hakiki.
Dalam keadaan yang demikianlah, Hassan al-Banna muncul dengan membawa kaedah dakwah yang komprehensif dan ajaran agama yang progresif untuk diterapkan secara realiti oleh seluruh masyarakat Islam Mesir, bukan semata-mata teori. Usaha beliau ini tidak semata-mata atas inisiatif beliau seorang diri tetapi mendapat sokongan beberapa orang rakannya yang lain, yang turut gigih berjuang bersama-sama beliau. Ikhwanul Muslimin pernah mencapai puncak kegemilangannya sehingga mempengaruhi pihak pemerintah di Mesir sendiri dan penjajah Inggeris di sana. Semasa di puncak itu, gerakan ini mencapai ahli berjuta-juta orang dan meliputi pelbagai bidang profesional.
Namun, mereka bukanlah gerakan yang dimaksudkan kerana Ikhwanul Muslimin menggunakan asas syariat lahir sebagai alat utama perjuangan mereka. Aspek kerohanian kurang diberi tumpuan dan inilah satu faktor utama yang membantu menumbangkan mereka semasa mereka berada di puncak kegemilangan. Para pemimpinnya, termasuk Hassan al-Banna sendiri mati syahid. Ada yang mati ditembak dan ada yang dihukum gantung. Namun, gerakan Ikhwanul Muslimin masih tetap hidup hingga ke hari ini, sambil pergerakan mereka diawasi ketat oleh pihak pemerintah di Mesir. Mereka juga tidak berniat mengembangkan gerakan Ikhwan ini ke seluruh dunia seperti yang ditetapkan oleh hadis-hadis.
02101 4. Golongan Ikhwan
A. Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
“Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?” Baginda SAW menjawab, “Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (diulang 3 kali). (Muslim)
Dalam hadis ini ada disebutkan golongan Ikhwan. Dalam hadis ini Rasulullah SAW menyatakan bahawa para Ikhwan ini lahir selepas baginda SAW wafat. Disebutkan juga bahawa orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi Sahabat baginda adalah orang-orang yang sangat beruntung. Namun baginda SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang terpilih menjadi salah seorang Ikhwan adalah juga orang yang sangat beruntung, dan mereka ini dinyatakan lebih beruntung berbanding dengan Sahabat kerana disebutkan Ikhwan ini beruntung sebanyak tiga kali, sedangkan Sahabat RA disebutkan beruntung hanya sekali.
Golongan Ikhwan yang dimaksudkan oleh baginda SAW ini adalah pemimpin-pemimpin kanan kepada Imam Mahdi, yang melalui merekalah agama Islam ini dinaikkan semula oleh Allah SWT ke tempat asalnya yang tinggi dan mulia, sama seperti Islam dinaikkan oleh Allah SWT pada permulaan dahulu melalui para Sahabat RA. Oleh itu, peranan mereka ini amatlah besar. Mereka hidup pada akhir zaman dan mereka adalah sebuah keluarga besar kepada Pemuda Bani Tamim. Pemuda Bani Tamim itu adalah ayah kepada mereka dan mereka pula adalah anak-anak kepada Pemuda Bani Tamim. Dan huraian lebih lanjut mengenai hal ini akan dapat dilihat pada bahagian-bahagian seterusnya. Penulis tidak akan memanjangkan huraiannya di sini.

02102 5. Siapa Itu IKHWAN
A. Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:
Apabila azan sang muazin, berserulah dia, ‘Asyhaduan Lailahaillallah’, (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin.”
Dalam hadis ini disebutkan bahawa golongan Ikhwan ini adalah suatu toifah, ertinya satu golongan kecil dari kalangan umat Islam yang sekian ramainya itu. Mereka ini muncul pada akhir zaman, bukan pada awalnya atau pada pertengahannya. Golongan Ikhwan ini adalah golongan yang sangat dirindui oleh baginda SAW, melebihi rindunya baginda SAW kepada syurga dan para Sahabat RA. Jadi, sesiapa di antara kita yang dirindui oleh baginda SAW, maka itulah tandanya dia ada harapan menjadi salah seorang daripada golongan Ikhwan yang disebutkan itu. Ada dua sifat utama yang terdapat pada setiap Ikhwan ini iaitu mempunyai akhlak seperti akhlak nabi-nabi dengan maksud, akhlak para nabi zaman dahulu terkumpul dan dapat dilihat secara realiti pada mereka, bukannya sekadar teori.

Yang keduanya ialah mereka beramal sesuai dengan amalan kesufian/kerohanian golongan siddiqin, dan tidak salah dinyatakan bahawa golongan siddiqin yang dimaksudkan di sini ialah golongan siddiqin tahap kedua yang hanya mampu dicapai oleh kalangan wali-wali besar yang telah mencapai tahap tertinggi pada masa-masa lalu, bukan siddiqin yang tahap pertama iaitu golongan salik yang baru hendak mencapai ke taraf wali. Maksud ini lebih sesuai memandangkan ketinggian akhlak mereka seperti yang disebutkan tadi. Maka padanlah kedua-dua penyataan ini jika digabungkan iaitu akhlak yang tinggi, yang menyamai akhlak nabi-nabi dengan taraf amalan mereka sebagai amalan para siddiqin.

Disebutkan juga bahawa golongan Ikhwan ini adalah amat asing, janggal, ganjil, aneh, jauh berbeza dan tersendiri daripada umat Islam umumnya. Malah mereka bukan sahaja kelihatan janggal pada pandangan masyarakat umum umat Islam, tetapi amat janggal juga pada pandangan kaum mukminin iaitu golongan yang telah baik agama mereka pada sisi Tuhan, dan baik pula penghayatan Islamnya. Kalau kaum mukminin sahaja pun sudah merasakan betapa asingnya golongan Ikhwan ini pada pandangan mereka, maka pada pandangan kita yang umum muslimin ini, lebih-lebih lagilah ganjilnya mereka itu. Hal ini rupa-rupanya sudahpun baginda SAW terangkan sejak awal-awal lagi. Hanya kita sahaja yang tidak berapa peka terhadap perkara yang pernah disebutkan oleh baginda SAW itu.

B. Dari Abdullah RA, katanya, “Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan,
“Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu.”Muslim
Hadis ini umum maksudnya, tetapi Imam Muslim meletakkan hadis ini di tempat yang sesuai dengan hadis-hadis lain yang menceritakan keadaan umat Islam pada akhir zaman. Oleh itu, yang dimaksudkan oleh hadis ini dengan kaum adalah golongan Ikhwan. Maknanya sesiapa yang mencintai golongan Ikhwan ini, sama ada secara umum ataupun secara salah seorang daripada mereka, maka umat Islam itu juga akan mendapat syafaat untuk dimasukkan ke dalam syurga, seperti masuknya golongan Ikhwan ini ke dalam syurga. Nanti mereka akan ditempatkan bersekali dengan tempat yang telah dikhususkan untuk golongan Ikhwan ini, insya-Allah.

Maksud lain yang umum daripada hadis ini iala kalau kita mencintai seseorang yang fasik, maka kita akan turut sama fasik, seperti fasiknya orang yang kita cintai itu. Dan lazimnya orang yang fasik itu akan dimasukkan ke dalam neraka. Maka akan diikutnyalah orang fasik yang dicintainya itu ke dalam neraka. Maksud tersirat daripada hadis ini ialah supaya kita berhati-hati sebelum mencintai seseorang atau sesuatu kumpulan. Lihat dahulu keadaan agama mereka, jika baik maka bolehlah kita ikuti.

C. Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,
Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”Muslim
Rasulullah SAW menyatakan bahawa agama Islam itu pada zaman dahulu, iaitu pada awal perkembangan oleh Rasulullah SAW, dipandang asing oleh orang-orang kafir Makkah. Maka sangatlah beruntung para Sahabat RA yang termasuk ke dalam golongan yang amat asing itu. Pada akhir zaman nanti, agama Islam akan kembali asing seperti masa awalnya, tapi kali ini asing pada pandangan umat Islam itu sendiri. Ikhwanlah golongan ghurabak yang dimaksudkan oleh hadis itu. Dan golongan ghurabak ini jugalah yang menjadi golongan yang sangat beruntung seperti yang dikatakan itu. Itulah sebabnya Nabi SAW menyebutkan golongan Ikhwan ini beruntung sehingga tiga kali.

Keadaan agama Islam yang menjadi asing pada hari ini menunjukkan bahawa saatnya sudah amat hampir untuk Muhammad Kedua muncul. Muhammad Pertama muncul dengan membawa ajaran Islam yang amat asing pada pandangan masyarakat jahiliyah ketika itu. Dan kedatangan Muhammad Kedua dengan membawa ajaran Islam seperti yang pernah dibawa oleh Muhammad Pertama akan menaikkan semula Islam ke tempat yang sepatutnya, sama  seperti yang pernah dibawa oleh Muhammad Pertama dahulu. Sejarah ini pasti akan berulang sekali lagi di pentas dunia.

D. Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:
Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, “Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami.” Jawabnya, “Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain.” Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini.”Muslim
Mereka inilah golongan yang tidak pernah kalah seperti yang banyak disebut oleh hadis-hadis Nabi SAW dan tugas mereka ialah memperjuangkan kebenaran, bukan memperjuangkan poket sendiri atau parti yang  terdiri daripada kelompok mereka sahaja. Untuk menjadi golongan yang tidak pernah kalah seperti yang disebutkan oleh hadis ini, mereka mestilah mendekatkan diri dengan Allah sedekat yang mungkin. Maksud dekat dengan Allah di sini hanyalah sesuatu hubungan yang amat abstrak, bukannya sesuatu yang zahir. Oleh itu, tidaklah sesiapa pun dengan mudah dapat memiliki sif-sifat ini. Hanya golongan Ikhwan inilah sahaja yang akan mendapat keredhaan daripada Allah. Maka marilah kita berdoa agar kita termasuk ke dalam golongan Ikhwan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Atau paling-paling kurang pun dapat bertemu dengan para Ikhwan ini, untuk mendapat berkat daripada mereka itu.

E. Sabda Nabi SAW,
Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.”
Perjuangan hakiki mendaulatkan Islam akan sentiasa mendapat bantuan secara terus daripada Allah SWT dan mereka ini telah diberikan jaminan bahawa mereka tetap akan menang walau dengan siapa pun yang menentang mereka itu. Sebab itulah dalam hadis ini disebutkan bahawa para Ikhwan itu tidak akan dapat dikalahkan oleh mana-mana musuh pun, dan dengan apa cara dan bentuk sekalipun. Ini disebabkan hubungan hati mereka yang amat akrab dengan Tuhan mereka sehingga tidak terdinding oleh apa pun. Setiap usaha mereka sentiasa dibantu oleh Allah.
Pejuang hakiki juga sangat menjaga hubungan hati antara mereka dengan Allah SWT, sehingga perkara yang kecil-kecil sahaja dalam syariat Islam tetap diambil berat dan diamalkan dengan bersungguh-sungguh. Hanya dengan cara ini sahajalah bantuan terus daripada Allah SWT akan tiba kepada mereka sehingga mereka menjadi amat kuat, sama ada secara zahir mahupun batinnya. Mereka adalah pejuang yang amat gigih, gagah dan berani pada waktu siang, dan gigih, sabar dan rindu beribadat pada malam harinya.

F. Sabda Nabi SAW,
Orang ramai daripada Timur (Ikhwan itu benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”
Hadis ini memberitahu bahawa para Ikhwan berperanan membangun dan menyiapkan pusat pemerintahan bagi Imam Mahdi dan setelah siap didirikan, mereka akan mencari pemimpin sebenar iaitu Imam Mahdi lalu diserahkan kekuasaan umat Islam ini seluruhnya kepada beliau. Itulah salah satu peranan utama para Ikhwan ini pada peringkat permulaan Islam naik pada kali yang kedua.

G. Pasukan Ikhwan ini jumlahnya sudah ditetapkan oleh baginda SAW sendiri, berdasarkan beberapa buah hadis, yang salah satunya adalah seperti berikut;
Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.”
Selain disebutkan jumlah orang yang menjadi anggota Ikhwan itu, disebutkan juga bahawa di antara mereka itu adalah dari kalangan wanita. Mereka ini akan sentiasa mentaati Imam Mahdi sebagai pemimpin mereka dan bertindak bagi pihak Imam Mahdi semasa menguruskan segala urusan umat ini. Dari kalangan mereka akan dilantik Ahlul Hilli wal Aqdi, yang sama sifat-sifat, keimanan, kefahaman dan ketakwaan kepada Allah dengan Ahlul Hilli wal Aqdi yang pertama semasa zaman pemerintahan Sayidina Umar bin Al-Khattab RA dahulu. Hanya jumlahnya sahaja yang berbeza kerana Ahlul Hilli wal Aqdi kali ini lebih besar berbanding dengan jumlah yang pertama dahulu. Ini disebabkan keluasan kawasan jajahan takluk Islam pada zaman Imam Mahdi adalah jauh lebih luas dan kompleks.

H. Ada satu sifat istimewa yang dimiliki oleh Ikhwan ini, iaitu tahan uji, penuh sabar zahir dan batin, ikhlas dalam berjuang, sentiasa bertakwa kepada Allah, seperti yang disebutkan di dalam hadis ini;
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”
Hadis di atas, selain menyebutkan sifat-sifat sabar para Ikhwan ini, juga menyatakan bahawa para Ikhwan itu adalah khalifah-khalifah Imam Mahdi, yang wajib dibaiat oleh setiap umat Islam apabila mereka muncul nanti. Secara tidak langsung juga dinyatakan bahawa para Ikhwan ini adalah golongan khusus pentadbir muka bumi ini, di bawah pimpinan Imam Mahdi. Penerimaan umat Islam dan manusia umumnya kepada golongan Ikhwan ini adalah wajib, berdasarkan penyataan hadis di atas.

Kepingan-kepingan besi yang dimaksudkan adalah sifat sabar yang tinggi, ketahanan terhadap ujian, ikhlas dalam perjuangan mereka, amat bertakwa kepada Allah dan mempunyai kefahaman yang sama pula. Penghayatan mereka kepada syariat Islam amat tinggi manakala penonjolan zahir mereka dilihat tidak berbeza antara setiap seorang daripada mereka. Kita melihat seorang mereka seperti kita melihat yang ramai, dan kita melihat yang ramai itu seperti kita melihat seorang. Begitulah samanya mereka dari segala segi, baik yang berkaitan dengan pekerjaan dunia apatah lagilah kalau yang berkaitan dengan pekerjaan akhirat. Hal ini amatlah sukar dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

I. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini:
Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya.”
Ikhwan adalah golongan yang sangat mencintai Rasulullah SAW, sama seperti yang pernah berlaku kepada para Sahabat RA pada masa dahulu. Malah mereka ini sanggup menjual anak isterinya (pada jalan Allah) kerana ingin sangat bertemu dengan baginda SAW, sama ada di dunia ini mahupun di akhirat sana. Sesiapa yang sangat merindui Rasulullah SAW, seolah-olah Rasulullah SAW itu berada di hadapan matanya, maka orang itu insya-Allah akan dapat bertemu dengan Rasulullah SAW, dan insya-Allah juga akan termasuk ke dalam golongan Ikhwan yang amat sedikit jumlahnya itu. Oleh itu, kita hendaklah mencintai Rasulullah SAW dengan bersungguh-sungguh, seolah-olah baginda SAW itu pernah kita lihat, pernah berada di hadapan kita dan seolah-olah baginda SAW itu mengenali kita, seperti baginda SAW mengenali para sahabat baginda semasa hayatnya dahulu.

Hadis ini juga menjelaskan secara yang amat tersirat bahawa yaqazah adalah dibolehkan oleh syarak kerana Rasulullah SAW sendiri yang menyebutkan keharusan yang demikian itu, seperti yang dinyatakan dalam hadis ini. Hal ini dapat dimengertikan melalui penyataan bahawa para Ikhwan itu ingin sekali bertemu dengan baginda SAW sedangkan kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah SAW itu sudah lebih seribu empat ratus tahun wafat, dan makamnya yang mulia itu masih terjaga dengan rapi di dalam Masjidin Nabawi di kota suci Madinah al-Munawarah. Mustahillah Rasulullah SAW menyebutkan keinginan mereka itu sedangkan mereka maklum dan Rasulullah SAW sendiri pun maklum jarak masa antara mereka amatlah jauh.

Maksud lain ialah orang-orang yang pernah melihat Rasulullah SAW, sama ada secara jaga (sedar) atau melalui mimpi basyirah adalah antara tanda bahawa orang-orang itu adalah salah seorang orang kanan Imam Mahdi. Ini dikeranakan Imam Mahdi itu sendiri selalu bertemu dengan Rasulullah SAW, sama ada secara jaga atau tidur, bertemu dengan roh sahaja atau bersekali jasad dengan roh baginda SAW itu. Hal ini tidak pelik bagi golongan sufi dan ahli tasawuf, tetapi amat pelik malah diingkari oleh golongan yang mengaku dirinya sarjana Islam atau ulama moden, juga oleh puak Wahabi. Maka hadis ini menjadi bukti kukuh bahawa para Ikhwan itu akan dapat bertemu dengan baginda SAW, sama ada melalui mimpi atau secara sedar dan (bagi yang fasih berbahasa Arab dapat pula) bercakap-cakap.

J. Sebuah asar lain yang bersumber daripada Sayidina Ali RA menceritakan dengan lebih terperinci sifat-sifat Ikhwan ini, seperti berikut;
Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalaulah mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mampu mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.”
Hadis ini menjelaskan bahawa para Ikhwan ini berkumpul adalah atas Qudrat dan Iradat Allah SWT jua, bukannya dengan daya upaya manusia. Allahlah yang mengumpulkan mereka. Mereka ini dikumpulkan oleh Allah di suatu tempat, bersama-sama berjuang membina Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat, jemaah dan seterusnya negara mereka. Semua jadual-Nya ini sudah ditentukan secara langsung oleh Allah SWT.

Mereka juga adalah orang-orang atau sekumpulan orang yang amat ditakuti oleh pihak musuh. Kekuatan setiap orang daripada mereka adalah bersamaan dengan kekuatan sepuluh orang bagi pihak lawan. Ketakutan pihak musuh terhadap mereka adalah seperti takutnya seseorang apabila melihat singa jantan yang baru keluar daripada hutan lalu masuk ke tengah kampng atau bandar. Pasti kampung atau bandar itu akan kecoh dan huru-hara dibuatnya. Sepuluh orang lelaki yang gagah pun belum tentu berani atau sanggup menangkap seekor singa yang terlepas ke dalam bandar atau kampung. Memang perumpamaan ini amat tepat dengan mereka kerana singa adalah antara binatang yang susah ditemui, maka Ikhwan ini diumpamakan seperti singa yang sukar ditemui.

Sudahlah mereka itu diibaratkan seperti singa, hati mereka pula diumpamakan seperti kepingan-kepingan besi yang ditempa. Sudahlah menggerunkan musuh, amat handal dan tahan pula. Besi yang ditempa adalah bahan yang terbaik dan terkukuh untuk digunakan sebagai senjata atau apa-apa sahaja. Begitu halusnya perumpamaan yang dibuat itu. Hanya yang hatinya bersinar sahaja yang dapat menangkap maksud-maksud yang amat tersirat dan seni itu, dan seterusnya membangunkan apa yang telah sedia difahaminya itu. Itulah dia Pemuda Bani Tamim, pemimpin singa dan penempa besi yang amat kuat dan kukuh.

Hutan yang dijadikan perumpamaan ini juga bermaksud kawasan tempat tinggal mereka adalah kawasan yang mempunyai hutan yakni berpokok dan bukannya kawasan gurun. Dan kawasan di Timur seperti yang banyak disebutkan itu adalah kawasan yang berhutan dan berpokok. Jelaslah bahawa Sayidina Ali KMW menerangkan sesuatu yang telah disebutkan oleh Nabi SAW tetapi dengan menggunakan bahasa yang berlainan dan perumpamaan yang berbeza. Hal ini hanya dapat benar-benar difahami dan dimengertikan oleh orang-orang yang telah mendapat ilmu daripada Allah, terutamanya dari kalangan para Ikhwan itu sendiri dan pemimpin mereka, Syuaib bin Saleh at-Tamimi.

K. Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku.” Maka bertanyalah para sahabat, “Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?” Rasulullah SAW menjawab, “Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.”
Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA dan Anas RA dengan matan yang sedikit berlainan.

Maksudnya, kalau Rasulullah SAW sendiri sudah menyatakan rindunya yang amat mendalam terhadap para Ikhwan ini, maka menjadi suatu kesalahan pulalah kalau kita masih buat endah tak endah sahaja terhadap perasaan cinta baginda itu. Maka kalau kita ingin menjadi salah seorang Ikhwan yang dimaksudkan, hendaklah menanam perasaan cinta kepada Rasulullah SAW dengan sepenuh hati dan mengumumkannya pula kepada orang ramai. Dan salah satu cara menzahirkan rasa cinta kita kepada baginda SAW itu ialah dengan membanyakkan membaca selawat kepada baginda SAW dan mengamalkan sunnah baginda dengan ikhlas dan sepenuh hati.

L. Peranan Ikhwan ini sangatlah besar dalam kebangkitan Islam kali kedua, pada zaman ini. Mereka menyediakan tapak pemerintahan untuk Imam Mahdi yang bakal keluar tidak lama lagi, seperti yang termaktub di dalam hadis ini;
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya.”
Timbul beberapa persoalan baru, terutamanya daripada orang-orang yang masih ragu-ragu dan orang yang baru hendak tahu tentang golongan Ikhwan ini. Antaranya ialah,
  1. Siapakah mereka ini sebenarnya?
  2. Apakah kelebihan yang ada pada mereka?
  3. Bagaimanakah jumlah yang amat sedikit ini mampu mengubah peta dunia?
  4. Mampukah mereka mengalahkan kekuatan tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya?
Beberapa persoalan lain turut bermain-main di fikiran kita pada hari ini, memandangkan kita sememangnya kekurangan maklumat yang tepat akan hal ini. Memang sifat manusia itu ialah ingin tahu apabila mereka merasakan yang mereka sememangnya tidak tahu. Mengenai persoalan-persoalan di atas, ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan dengan tepat walaupun hanya secara ringkas sahaja.

Ikhwan yang dikatakan itu adalah terdiri daripada bangsa Timur keseluruhannya. Mereka adalah anak-anak didik Pemuda Bani Tamim, golongan yang iltizam dalam mujahadatunnafsi, berusaha mengamalkan sungguh-sungguh setiap sunnah Nabi SAW dalam setiap aspek kehidupan, rajin bekerja pada waktu siang, rajin beribadat pada waktu malam, sentiasa berkasih sayang terhadap sesama mereka, mengikut sungguh-sungguh setiap jejak Pemuda Bani Tamim sehingga setiap mereka itu dilihat sebagai ‘Pemuda Bani Tamim Kecil’ iaitu tidak banyak berbeza daripada pemimpin mereka, baik dari segi amalan harian, takwa, pemikiran, pemahaman, pakaian zahir, sikap, pembawaan, akhlak, ilmu agama, kehidupan harian dan sebagainya.
Maknanya, jika salah seorang dari mereka diletakkan ke suatu tempat yang asing, maka mereka ini berpaya menghidupkan sunnah di tempat tersebut sehingga sama atau hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin besar mereka itu. Itulah golongan yang sentiasa dibantu oleh Allah kerana mereka membantu Pemuda Bani Tamim dan keberadaan mereka juga membawa rezeki kepada semua orang sama ada Islam atau tidak. Mereka membangunkan dunia sungguh-sungguh untuk kepentingan Islam keseluruhannya, bukan untuk kepentingan mana-mana peribadi atau kelompok mereka sahaja.

Kelebihan mereka adalah mereka ini merupakan golongan yang amat kecil. Lazimnya setiap yang asing dan sedikit jumlahnya amatlah bernilai dan begitu istimewa. Mereka ini amat istimewa pada pandangan Rasulullah SAW walaupun ganjil dan pelik pada pandangan orang ramai. Apabila Rasulullah SAW sendiri memandang mereka ini sebagai golongan yang amat istimewa, maka tiadalah lagi yang lebih tinggi dan bernilai daripada itu di dunia ini. Melalui mereka juga pertolongan Allah SWT turun kepada seluruh manusia di dunia ini, sehingga dihilangkannya penyakit dan bala yang sedang amat hebat melanda seluruh dunia, dihapuskan segala maksiat dan dosa dari atas muka bumi ini sehingga kalimah Allah ditinggikan oleh seluruh manusia setinggi-tingginya.

Mereka ini jugalah yang dijanjikan oleh Allah akan mengubah sekali lagi seluruh peta dunia sehingga yang tinggal hanyalah dua sempada sahaja iaitu sempadan antara Darussalam dengan Darulharbi. Tidak ada lagi sempadan geografi seperti yang sedang berlaku sekarang. Pada hari itu cuma ada negara Islam dengan negara kafir sahaja. Hal ini pernah berlaku pada zaman dahulu, ketika Islam berkuasa ke atas tiga suku dunia. Dan sejarah itu akan berulang sekali lagi, pada zaman ini. Kekuasaan Islam melangkau seluruh kawasan, tanpa mengira warna kulit, bahasa, bangsa, tempat dan adat resam. Asalkan Islam pasti akan bernaung di bawah pemerintahan seorang khalifah yang amat adil, bertakwa lagi gagah perkasa.
Biarpun jumlahnya amat sedikit, dengan jumlah yang sedikit itulah Allah SWT turunkan bantuan-Nya kepada mereka kerana mereka adalah golongan Allah atau orang Allah. Sudah pastilah orang Allah akan mendapat bantuan daripada Allah, seperti juga orang-orang Yahudi yang mendapat bantuan daripada Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Kita tidak perlu melihat contoh yang jauh-jauh, lihatlah sahaja bagaimana pasukan tentera Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dahulu yang sebegitu ramai jumlahnya dapat dikalahkan dengan mudah oleh pasukan Feringgi yang kecil sahaja bilangannya. Padahal kita semua tahu bahawa pasukan Feringgi itu beragama Kristian. Itupun boleh menang melawan tentera yang beragama Islam dan ramai pula. Selain contoh itu, ada berapa banyak lagi contoh yang menunjukkan bilangan yang sedikit mampu mengalahkan bilangan yang ramai.

Oleh itu, jelaslah bahawa bilangan yang ramai dan kelengkapan yang termaju bukanlah penentu sesuatu pasukan itu menang atau kalah. Belum tentu bangsa yang kecil itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap bangsa yang besar dan ramai. Bangsa yang ramai tetapi tidak bertakwa lebih mudah dikalahkan daripada bangsa yang kecil tetapi bertakwa. Konsep ini sudah tidak lagi dipakai oleh umat Islam sendiri terutamanya dalam bidang politik. Sebab itulah kita lihat setiap parti politik setiap hari mahu menambah ahlinya, untuk menunjukkan mereka lebih besar dan lebih kuat daripada saingannya. Walhal semakin ramai ahlinya, akan semakin besarlah pula masalah yang akan mereka tanggung, dan akan semakin cepat pula hancurnya parti itu. Mereka beranggapan dengan ramainya ahli, akan lebih cerah pula peluang untuk mereka mendapat kuasa memerintah sesebuah negeri, atau negara.

Dan golongan Ikhwan rupa-rupanya tidak mengikut sunnah politik Barat itu, malah mereka amat berbeza sekali daripada yang demikian itu. Sebab itulah mereka ini dikatakan ganjil, kerana tidak mengikut jalan yang lazim digunakan oleh dunia pada hari ini
02103 6. Ikhwan Adalah Golongan yang Dijamin Syurga
A. Dari Nawas bin Sam’an RA, katanya, Suatu pagi Rasulullah SAW menyebutkan hal Dajjal.
“… (Hadisnya panjang… dipendekkan) … Isa AS mengejar Dajjal itu sampai ditemuinya di Bab Lud lalu dibunuhnya. Kemudian, suatu kaum (maksudnya para Ikhwan) yang dipelihara Allah daripada tipuan Dajjal, datang menemui Nabi Isa bin Maryam AS. Lalu dibarutnya muka mereka dan diceritakannya kepada mereka tingkat kediaman mereka (yang tinggi) di dalam syurga. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mewahyukan kepada Isa AS: …” Muslim
Hadis ini menyatakan secara jelas bahawa golongan Ikhwan ini adalah golongan yang sudah mendapat jaminan Allah akan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Hal ini sama dengan jaminan Rasulullah SAW sendiri terhadap para Sahabat RA pada masa dahulu. Itulah dia golongan yang amat beruntung pada akhir zaman ini. Sesiapa yang tidak mahu menjadi salah seorang daripada orang yang mendapat jaminan Rasulullah SAW untuk masuk ke dalam syurga, maka orang itu adalah orang yang bodohnya sangat besar, tidak ada lagi kebodohan yang lebih daripada itu. Sebabnya orang-orang dahulu berlumba-lumba dan sanggup bersusah payah untuk mendapatkan syurga, malah ramai yang mati kerana mahu mendapatkannya, mereka ini iaitu golongan ini sudah diberitahu awal-awal lagi bahawa mereka akan menempati tempat di dalam syurga.

 Namun pada hari ini orang Islam lebih takutkan mati syahid dalam perjuangan pada jalan Allah. Pada mereka biarlah mereka mati dalam keadaan beriman, cukuplah. Ramai yang lebih sanggup mati di atas jalan raya daripada dalam perjuangan. Pada hal para sahabat RA dahulu takut mati di atas katil, sebaliknya mahu mati di medan perjuangan. Amatlah jauhnya impian kita pada hari ini dengan impian para sahabat RA itu. Maka amatlah beruntungnya sesiapa yang terpilih menjadi salah seorang daripada anggota Ikhwan ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita dimasukkan-Nya ke dalam golongan yang telah mendapat jaminan-Nya untuk dimasukkan ke dalam syurga, bighairi hisab. Amin!
02104 7. Imam Mahdi dan Ikhwan
A. Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH berkata,
“Kami sedang bersama-sama dengan Sayidina Ali KMW apabila seorang lelaki bertanya tentang Al-Mahdi. Imam Ali KMW berkata, “Begini.” Lalu ditemukannya jari-jarinya sambil dikira sampai tujuh dan berkata, “Dia akan muncul pada akhir zaman ketika orang-orang (munafik) berkata bahawa Allah telah mati. Kemudian melaluinya (Al-Mahdi) Allah mendatangkan untuk mereka awan mendung yang menutup langit lalu Allah mempertautkan antara hati mereka sehingga mereka tidak berasa keseorangan lagi malah akan lebih gembira jika ada orang lain yang menyertainya. Bilangan mereka adalah seperti pasukan Badar. Sama ada mereka itu pada permulaannya yang mendapatinya atau yang kemudian lalu menyertainya. Bilangan mereka tetap (sama) seperti bilangan tentera Talmut yang berjaya menyeberangi sungai dengannya (Talut).”
Pada hari ini memang telah muncul golongan yang mendakwa mereka adalah golongan terpelajar, cerdik pandai, ahli sains dan pemikir agung yang menafikan kewujudan Tuhan secara terus terang. Bagi mereka, setiap sesuatu mestilah dapat dicapai oleh akal mereka, dapat dianalisis oleh matematik, dapat diformulakan oleh fizik dan kimia, dapat dilogikkan oleh pemikiran dan boleh dicerna oleh sumber-sumber alam semula jadi. Seruan-seruan yang seperti ini sama ertinya dengan perbuatan orang yang mengatakan bahawa Tuhan telah mati. Akal merekalah yang menjadi raja, sekali gus menjadi tuhan bagi mereka. Setiap yang tidak terjangkau oleh akal, akan dicari jalan bagi melogikkannya.

Dalam keadaan beginilah Imam Mahdi muncul lalu menarik kembali manusia kepada fitrah asal mereka iaitu mengakui ketundukan manusia kepada Tuhan yang menjadikan sarwajagat ini. Pada masa itu, semua manusia akan mengakui wujudnya Tuhan, malah dapat merasakan keberadaan Zat yang Wajibal Wujud itu dalam setiap sesuatu. Maknanya semua ideologi batil akan dimusnahkan oleh Imam Mahdi sehingga ke akar umbinya sekali.

Salah satu ciri penting Ikhwan ini adalah mereka sentiasa berjemaah. Para Ikhwan ini juga tidak akan berasa keseorangan kerana mereka sentiasa berjemaah walau ke mana sahaja mereka pergi. Setiap apa yang mereka lakukan, pasti mereka lakukannya secara berjemaah. Dan melalui jemaah inilah Allah SWT turunkan berkat, rahmat dan sakinah kepada setiap mereka. Pertolongan terus daripada Allah juga turun melalui jemaah

02105 8. At-Talakan
A. Kata Sayidina Ali KMW,
“Sejahteralah kepada At-Talakan. Sungguh, pada Allah itu ada perbendaharaan-Nya, bukan emas atau perak tetapi lelaki-lelaki yang mengenali Allah dengan ilmu yang hakiki dan mereka akan membantu Al-Mahdi pada akhir zaman.”
At-Talakan adalah sebahagian dari golongan Ikhwan dan jumlahnya seramai dua puluh lima orang. Maknanya, daripada sejumlah 314 orang anggota Ikhwan itu, 25 orang daripadanya dipanggil sebagai At-Talakan. Yang 25 orang ini adalah orang-orang yang alim dan hikmah dari kalangan Ikhwan. Mereka ini juga adalah golongan yang kuat ibadat kepada Allah dan tinggi iman mereka daripada yang lain. Seperti yang disebutkan, semua mereka adalah dari kalangan lelaki sahaja. Tugas dan peranan mereka disamakan seperti peranan rasul-rasul Allah yang 25 orang, dan hanya dibezakan oleh taraf mereka sahaja. Jika para rasul diberikan mukjizat, para Talakan ini dibekalkan dengan keramat, sesuai dengan taraf mereka sebagai wali-wali Allah. Merekalah golongan yang gigih berdakwah kepada seluruh umat manusia walau di mana sahaja mereka berada.

Ilmu mereka adalah ilmu yang hidup, yang diambil terus daripada perbendaharaan Allah SWT. Melalui mereka ini Allah turunkan ilmu yang berkat iaitu ilmu yang mampu menyuburkan hati manusia, yang mampu mendekatkan manusia dengan Khaliknya, mampu menguatkan iman setiap manusia, mampu memperkasakan pemikiran, menyuluh akal dengan hakikat kebenaran, memadanikan setiap anggota masyarakat dan negara, menjulang agama Islam ke tempat yang tinggi dan mulia, dan menundukkan hati manusia kepada kebenaran hakiki
02106 9. Ar-Rufaqak dan Wali Abdal
A. Sayidina Ali KMW berkata,
“Apabila dia yang dari ahli keluarga Muhammad SAW keluar, Allah akan mempertemukan para pengikutnya dari Timur dan Barat dengannya, seperti bertemunya awan-awan pada musim luruh. Mereka adalah ar-Rufaqak, mereka datang daripada penduduk Kufah, dan Wali Abdal yang datang daripada penduduk Syam.”
Wali Abdal adalah antara golongan wali yang sangat mulia pada sisi Allah SWT. Jumlah mereka adalah 40 orang lelaki dan 40 orang wanita pada setiap masa. Apabila salah seorang daripada mereka mati, maka Allah akan gantikan tempatnya pada hari itu juga dengan seseorang yang lain, yang diangkat taraf walinya kepada taraf Wali Abdal. Mereka ini datang dari kalangan penduduk Syam, dan pada hari ini perkataan Syam itu hanyalah kiasan sahaja kerana yang dimaksudkan dengan Syam itu adalah kawasan yang pengamalan Islamnya amat baik.

Sehubungan itu, para Rufaqak adalah menyamai bilangannya dengan bilangan Wali Abdal iaitu 40 orang lelaki dan 40 orang perempuan. Dari segi taraf, kedua-duanya adalah golongan yang istimewa pada sisi Allah dan memberi jasa yang amat besar terhadap perkembangan Islam pada akhir zaman. Kedua-duanya membantu Imam Mahdi. Beza antara Wali Abdal dengan Rufaqak ini hanyalah dari beberapa segi, seperti berikut:
  1. Wali Abdal tidak mempunyai ketua khusus kerana mereka adalah golongan wali yang khusus Allah lantik untuk mengelakkan dunia ini daripada dibinasakan-Nya kerana dosa-dosa manusia. Rufaqak pula mempunyai ketuanya sendiri, dipilih dan dididik oleh ketuanya iaitu Pemuda Bani Tamim.
  2. Para Rufaqak berperanan mengembangkan Islam sebelum Imam Mahdi muncul ke dunia ini ketika dunia ini sedang benar-benar rosak manakala Wali Abdal pula berperanan besar selepas Imam Mahdi muncul dan memerintah.
  3. Wali Abdal sentiasa ada di atas dunia ini sejak zaman permulaan zaman Khulafa ur-Rasyidin lagi sehinggalah ke saat terakhir umat Islam hidup di atas dunia ini, sejurus sebelum dunia ini dikiamatkan. Para Rufaqak pula hanya muncul sekali sahaja di dunia ini iaitu semasa Pemuda Bani Tamim mendapat kuasa, juga sejurus sebelum Imam Mahdi muncul ke dunia ini dan terus wujud seketika selepas Imam Mahdi muncul.
  4. Setiap Wali Abdal yang mati, tempatnya akan digantikan oleh seorang yang lain yang diangkat ke darjat Abdal dan keadaan ini berterusan sehinggalah ke penghujung umur dunia ini nanti. Para Rufaqak apabila mati, tempatnya tidak akan digantikan lagi oleh sesiapa pun sehinggalah orang terakhir yang menjadi ahli Rufaqak itu meninggal dunia. Pada ketika itu, berakhirlah golongan yang dipanggil Rufaqak ini dari atas dunia dan seentak dengan itu, berakhir pulalah peranan golongan ini.
  5. Para Rufaqak akan keluar mencari Imam Mahdi sejak sebelum Imam Mahdi muncul lagi dan mereka memulakan perjalanan dari Timur hinggalah sampai ke Makkah. Golongan Wali Abdal hanya keluar mencari Imam Mahdi setelah terdengar berita bahawa Imam Mahdi sudah muncul dan sedang dibaiat oleh para jemaah haji yang masih hidup.
  6. Wali Abdal itu walaupun jumlah pada satu-satu masa hanyalah 40 orang sahaja, namun jumlah itu berterusan, dan sehingga kini jumlah Wali Abdal itu sudah mencapai ribuan orang kerana setiap kali ada kematian di kalangan mereka, akan dilantik yang lain menggantikan tempatnya. Maka jumlah mereka ini memang sudah beribu-ribu orang, jika dihitung semuanya. Jumlah para Rufaqak memang tepat 40 orang lelaki dan 40 orang perempuan, tidak lebih. Jika lebih atau kurang pun, hanyalah satu atau dua orang sahaja. Maknanya, dari segi jumlah memang mereka ini cuma sebanyak itulah.
  7. Wali Abdal kebanyakan mereka datang dari kalangan penduduk Syam yang soleh-soleh dan abid serta selalu mengerjakan amal ibadat yang dikhususkan untuk mereka. Kebanyakan mereka tidak begitu dikenal oleh orang ramai sepanjang hidup mereka. Para Rufaqak adalah golongan yang khusus datang dari Timur, dari kalangan orang-orang Timur sahaja, yang menjadi soleh kerana dididik oleh Pemuda Bani Tamim. Kebanyakan mereka dikenal oleh orang ramai kerana mereka selalu berurusan dengan orang ramai terutama untuk berdakwah dan berurus niaga.
  8. Golongan Wali Abdal tidak pernah dianggap sebagai golongan Ghurabak kerana keberadaan mereka telah diketahui oleh orang ramai sejak awal Islam lagi. Golongan Rufaqak adalah sebahagian daripada golongan Ghurabak kerana keberadaan mereka walaupun diketahui sejak awal Islam, munculnya hanya pada akhir zaman menyebabkan mereka dianggap sebagai golongan Ghurabak. Orang Islam pada akhir zaman sudah terlupa atau tidak perasan lagi kandungan hadis yang menyebutkan adanya golongan Ghurabak ini, termasuk jugalah golongan Rufaqak.
  9. Wali Abdal itu dikhidmat oleh orang sepanjang masa kepada mereka sebagai memuliakan kedudukan mereka yang cukup tinggi pada sisi Allah dan kelebihan ini telah Allah kurniakan kepada mereka secara terus sejak dahulu lagi. Orang ramai juga berkhidmat kepada mereka untuk mendapatkan berkat atau mengharapkan doa para Abdal ini untuk kebaikan mereka di dunia ini. Para Rufaqak pula berkhidmat kepada orang, tidak dikhidmati oleh orang kepada mereka. Walaupun taraf mereka ini juga tinggi pada sisi Allah SWT, mereka ditugaskan untuk memberikan sepenuh khidmat kepada pemimpin mereka iaitu Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi serta kepada umat Islam umumnya. Mereka jarang didoakan oleh orang ramai, sebaliknya merekalah yang mendoakan kebaikan dan keselamatan untuk orang ramai
02107 10. Umat Islam Wajib Mencari Pemimpin yang Dijanjikan
A. Dari Abdullah RA, dia berkata,
“Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan pemuda dari Bani Hasyim. Apabila baginda melihat mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata, aku bertanya, “Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?” Maka baginda menjawab, “Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti, akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.” (Al-Hakim & Ibnu Majah)
Hadis Panji-panji ini menyatakan apabila Pemuda Bani Tamim muncul ke dunia ini dengan mendapat kuasa pemerintahan di sebelah Timur, maka setiap umat Islam wajib membaiatnya sebagai pemimpin mereka. Tidak ada dolak dalik lagi dan setiap orang wajib mendatanginya walau sebesar mana halangan dan sesusah mana pun jalan yang terpaksa dilalui. Dan sesiapa yang mati sedangkan dia tidak mahu membaiat Pemuda Bani Tamim sebagai pemimpin mereka, maka matinya adalah seperti matinya seseorang dalam keadaan jahiliyah. Nahaslah dia di dalam kubur kelak, dan lebih-lebih lagilah nahas dia di akhirat nanti.

Rasulullah SAW juga menyebutkan setiap umat Islam mencari tanda-tanda yang dapat membawa mereka kepada terjumpanya Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi. Misalnya dari segi masa, iaitu pada awal kurun Hijrah. Dari segi tempat iaitu di Timur, dari segi pemimpin iaitu Pemuda Bani Tamim, dari segi pengikut iaitu golongan Ikhwan dan Asoib dan dari segi keadaan dunia iaitu datang tanda-tanda yang masyhur disebutkan oleh hadis-hadis. Setelah berjumpa, wajiblah membaiatnya sebagai pemimpin.
02108 11. Sebelum Imam Mahdi, Mesti Muncul Dulu Pemuda Dari Bani Tamim
A. Dari Ibnu Umar RA yang menyatakan,
“Akan datang seorang perkasa, yang melalui lelaki perkasa itu Allah akan memenangkan umat Muhammad SAW. Setelah itu keluarlah al-Mahdi, kemudian al-Mansur, kemudian as-Salam, kemudian Ibnul ‘Asab. Wahai penduduk Yaman, bukankah kamu semua berkata sesungguhnya al-Mansur adalah dari keturunanku? Demi Allah yang diriku berada di dalam kekuasaannya, sesungguhnya ayah al-Mansur adalah (benar-benar) berketurunan Quraisy. Sekiranya Allah hendak menunjukkan namanya hingga datuknya yang terakhir, nescaya akan saya sebutkan. Kerana perkara ini bersangkut paut dengan rahsia hari kiamat, maka tidaklah saya sebutkannya.”
B. Sabda Nabi SAW,
“Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi.”         (At-Tabrani)
Sayidina Ali KMW menjelaskan bahawa sebelum Imam Mahdi muncul, mestilah dimunculkan terlebih dahulu Pemuda Bani Tamim. Ini dikeranakan Pemuda Bani Tamim itulah yang memegang bendera yang akan diserahkan kepada Imam Mahdi, yang menyediakan tapak untuk pemerintahan Imam Mahdi dan menyediakan pengikut-pengikut yang akan membantu Imam Mahdi memerintah seluruh dunia nanti. Oleh itu, segala rahsia mengenai Imam Mahdi ada pada Pemuda Bani Tamim kerana hanya beliaulah yang lebih tahu tentang Imam Mahdi itu serta isyarat-isyarat yang tersembunyi tentang ImamMahdi. Hal ini tidak pernah diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa pun sebelumnya termasuk di kalangan para Sahabat RA.
Ini bukanlah bermakna bahawa Pemuda Bani Tamim itu lebih utama daripada para Sahabat RA. Jika hal ini berlaku, itu adalah suatu salah faham yang sengaja dicari atau sengaja mahu mencari salah faham. Para Sahabat RA tetaplah lebih utama, tetapi sebagai pembantu kanan kepada Imam Mahdi, maka Pemuda Bani Tamim berhak pula untuk memperoleh sesuatu yang hanya lebih diketahui olehnya berbanding mana-mana individu lain, sama ada yang hidup sezaman dengannya mahupun yang hidup pada zaman dahulu, termasuk dari kalangan para Sahabat RA dan tabiin RH yang hidup pada zaman-zaman awal Islam.
Memang, tidak akan ada gunanya para Sahabat RA mengetahui dengan terperinci tentang Imam Mahdi sedangkan Imam Mahdi itu tidak hidup pada zaman mereka. Hanya orang yang hidup semasa dengan Imam Mahdi sahajalah yang dapat memanfaatkan sepenuhnya apa yang patut diketahuinya tentang Imam Mahdi. Hal ini samalah dengan kita yang hidup pada zaman ini yang tidaklah lebih pengetahuan kita berbanding para Sahabat RA tentang diri Rasulullah SAW. Setahu-tahu kita tentang diri Rasulullah SAW, tidak akan lebih pengetahuan kita berbanding dengan apa yang diketahui oleh para Sahabat RA dahulu. Jika kita tahu banyak pun tentang Rasulullah SAW, maka tidaklah sepenuh manfaatnya itu untuk kita yang hidup pada zaman ini
02109 12. Lelaki Bani Tamim Mesti Diikuti oleh Al-Haris Harras
A. Sabda Nabi SAW,
“Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras) dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.”
Kawan-kawan Imam Mahdi yang dimaksudkan adalah pasukan tentera dari kalangan pengikut Pemuda Bani Hasyim. Mereka ini adalah orang-orang Arab yang tetap teguh mempertahankan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah pada masa bangsa Arab sudah keluar beramai-ramai daripada pegangan Ahlus Sunnah tersebut. Mereka ini adalah dari golongan minoriti Arab yang masih mengekalkan amalan sufi di Tanah Arab, menjadi dua golongan yang masih kekal berbuat demikian di seluruh Hijaz dan Semenanjung Tanah Arab.

Tidak lama sebelum Imam Mahdi muncul, mereka ini akan pergi mendapatkan Pemuda Bani Tamim dan menunggu kedatangannya di Khurasan. Mereka ini akan datang secara rombongan-rombongan kecil dan berkumpul di Khurasan secara berasingan, datang sedikit demi sedikit. Jelaslah bahawa mereka ini adalah pasukan tambahan kepada pasukan Pemuda Bani Tamim yang disebutkan Ikhwan itu. Mereka ini bukanlah golongan Ikhwan dan tidak dapat dimasukkan ke dalam golongan Ikhwan. Mereka hanya dapat dimasukkan ke dalam golongan Asoib sahaja. Seperti yang disebutkan, golongan Ikhwan hanyalah dari kalangan orang-orang Timur, bukannya dari bangsa-bangsa lain termasuk dari bangsa Arab sendiri.

Kerana itu jugalah, Pemuda Bani Hasyim tidak dilantik menjadi pemimpin kerana beliau bersifat sebagai pembantu sahaja kepada Pemuda Bani Tamim. Namun memandangkan kemuliaan keturunannya iaitu dari kalangan Bani Hasyim juga, maka Pemuda Bani Tamim memberikannya tugas sebagai pembawa bendera pasukan, dan beliau menjalankan tugasnya ini dengan penuh taat setia, sebagai seorang pembawa bendera. Itulah kemuliaan yang pernah dipegang oleh datuk neneknya pada zaman Rasulullah SAW dahulu, diwarisi oleh beliau pula pada zaman ini. Lagipun beliau adalah dari keturunan Quraisy, suatu keturunan yang mulia, diberikanlah jawatan yang sesuai dengan beliau yang datang dari bangsa Arab itu

02110 13. Lelaki Bani Tamim Mesti Diikuti oleh Pemuda Bani Hasyim
A. Kata sahabat RA,
“Panji-panji Hitam keluar dan menyerang as-Sufyani. Di tengah-tengah pasukan itu adalah Pemuda dari Bani Hasyim yang di tangan kirinya berkibar bendera pasukan, manakala di hadapannya adalah Syuaib bin Saleh at-Tamimi.”
Asar ini adalah lanjutan kepada keterangan yang sebelumnya. Dalam asar ini disebutkan bahawa gabungan pasukan At-Tamimi dengan Al-Hasyimi akan memerangi pasukan tentera As-Sufyani. Semasa peperangan yang amat hebat itu berlaku, Al-Hasyimi bertindak sebagai salah seorang askar yang amat berani. Tangan kanannya memegang senjata sambil berlawan menentang pihak musuh manakala tangan kirinya memegang bendera pasukan, iaitu Panji-panji Hitam yang amat terkenal itu.

Peperangan yang amat hebat ini berlaku di sekitar Khurasan, tidak jauh dari tempat Pemuda Bani Tamim bertemu dengan Al-Haris Harras. Dalam peperangan ini, pasukan tentera yang diserahkan oleh Al-Haris Harras kepada Pemuda Bani Tamim itu akan turut sama berperang. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Pemuda Bani Tamim. Dengan gabungan tiga pasukan yang hebat ini, mereka menjadi sebuah pasukan yang tidak terkalahkan lagi oleh mana-mana lawan pun.
02111 14. Gabungan Tentera at-Tamimi dan al-Hasyimi
A. Kata tabiin RH,
“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani mengerahkan pasukan tenteranya sampai ke kawasan timur Khurasan dan Parsi. Mereka akan dilawan oleh penduduk Timur dan ramai (tentera as-Sufyani) yang terbunuh. Kaum dari Timur itu kemudian (bergabung dan) membaiat al-Hasyimi yang mana tangan kanannya memegang bendera. Allah memudahkan urusan dan jalannya. Kemudian dia keluar bersama-sama 5,000 orang penduduk Khurasan yang di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak berjambang. Seandainya mereka ini menghadapi gunung, nescaya dihancurkannya. Mereka lantas berhadapan dengan pasukan as-Sufyani, terus menggempur mereka dan (berjaya) membunuh mereka dalam jumlah yang besar. Akhirnya pasukan as-Sufyani melarikan diri dan al-Hasyimi pula menghilangkan diri. Kemudian secara diam-diam at-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Ketika perjalanannya sampai di Syam, dia menyerahkan pasukan (tenteranya) kepada al-Hasyimi.”
Asar ini memperincikan lagi keterangan-keterangan daripada hadis-hadis lain mengenai peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada akhir zaman. Antara yang terpenting disebutkan di sini ialah bahawa peperangan antara Pemuda Bani Tamim dengan As-Sufyani akan berlaku di timur Khurasan dan bersempadan dengan Parsi (Iran). Apabila ini berlaku, sudah amat dekatlah kemunculan pemimpin baru seluruh dunia ini iaitu Imam Mahdi, dengan dimulai oleh Pemuda Bani Tamim.

Penduduk Timur yang dimaksudkan adalah dari kalangan Ikhwan dan Asoib. Apabila Pemuda Bani Tamim dan Pemuda Bani Hasyim bertemu, Pemuda Bani Hasyim dan pengikutnya akan membaiat Pemuda Bani Tamim sebagai ketua besar mereka, manakala para Ikhwan pula akan membaiat Pemuda Bani Hasyim sebagai salah seorang kanan (yang baru) kepada Pemuda Bani Tamim. Dan sesungguhnya baiat mereka ini bukanlah baiat sebagai seorang pemimpin, tetapi baiat untuk tetap meneruskan perjuangan mereka itu bersama-sama.

Jumlah askar gabungan ini mencecah antara empat ribu hingga lima ribu orang. Pasukan ini walaupun secara relatifnya masih kecil, mereka mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu dikalahkan oleh mana-mana musuh pun iaitu kekuatan kerohanian, kerana mereka adalah orang-orang yang bertakwa. Lagi pun pada masa itu, Pemuda Bani Tamim sudah mendapat satu lagi gelaran yang tertinggi iaitu Al-Mansur. Gelaran ini cukup tinggi kerana boleh disamakan seperti gelaran As-Siddiq untuk Abu Bakar RA, Al-Faruq untuk Umar RA, Saifullah untuk Khalid RA dan sebagainya lagi pada masa Sahabat dahulu.

Apabila Pemuda Bani Tamim sampai di Syam, dia akan menyerahkan sebahagian tenteranya (yang bukan dari kalangan Ikhwan) kepada Al-Hasyimi, guna untuk menyerang Eropah Timur (yang disebutkan Turki). Memang beliau berhak menyerahkan sebahagian askarnya kepada Al-Hasyimi kerana tentera yang diserahkannya itu adalah pengikut Al-Hasyimi juga pada asalnya dahulu.

Sejurus sebelum itu, Al-Hasyimi dikatakan menghilangkan diri kerana beliau kembali semula ke tempatnya dengan tujuan mengumpul lagi kekuatan untuk dijadikan askar tambahan. Selepas berjaya mengumpulkan askar tambahan itu, beliau membawa mereka untuk berjumpa dengan At-Tamimi di Syam. Pasukan mereka ini direstui oleh At-Tamimi sambil menyerahkan kembali sebahagian askarnya untuk membantu Al-Hasyimi memimpin pasukan.
02112 15. Pemuda Bani Tamim dan Tenteranya Berpakaian Serba Putih
A. Kata Muhammad bin Al-Hanafiah RH,
“Sebelum al-Mahdi (dizahirkan), muncul Panji-panji Hitam yang berkibar dan baju tenteranya berwarna putih di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi. Mereka menggempur pasukan (tentera) as-Sufyani (dan memenanginya). Akhirnya Syuaib sampai ke Baitulmaqdis lalu menyerahkan kekuasaan kepada al-Mahdi. Jarak masa antara penyerangan Syuaib dan penyerahan kuasanya kepada al-Mahdi adalah 72 bulan.”
B. Kata Imam Hasan al-Basri RH,
“Seorang lelaki yang bertubuh sederhana akan keluar daripada Al-Raiy (kota yang jauh di Timur). Dia berkulit agak gelap dan (berasal) dari keturunan Tamim. Seorang Wasaj, namanya Syuaib bin Saleh (keluar) dengan empat ribu tentera, yang pakaian mereka berwarna putih dan membawa panji-panji berwarna hitam, yang di hadapannya adalah Al-Mahdi. Setiap pertempuran yang dihadapinya pasti dimenangi dan ditawannya (musuh).”
Pakaian berwarna putih yang dipakai oleh Pemuda Bani Tamim dan para pengikutnya adalah sama dengan warna pakaian yang dipakai oleh Imam Mahdi. Namun, putih yang dimaksudkan adalah sesuatu yang amat relatif kerana tidak semestinya putih seratus peratus seperti yang lazim difahami oleh kita, atau tepat menurut apa yang telah disebutkan oleh Muhammad bin Ali Al-Hanafiah itu.

Pakaian pasukan yang berwarna putih ini sudah pernah disebutkan oleh Wali Songo dalam keterangannya dan pernah juga disebutkan oleh Nostradamus dalam ramalannya yang amat terkenal itu. Pakaian putih ini rupa-rupanya amat menakut dan menggerunkan hati setiap musuh Islam yang memandangnya. Ini ditambah lagi dengan kesatuan mereka dalam pelbagai segi, terutama kesatuan hati dalam mencintai Allah SWT dan rasul-Nya SAW. Dengan segala kekuatan ini, pihak musuh menjadi sangat gerun terhadap mereka.

Pakaian yang berwarna putih itu sebenarnya selain memang berwarna putih, adalah lambang kepada kesatuan hati, pemikiran, kefahaman, pengamalan dan tindakan. Setiap seorang daripada mereka tidak nampak perbezaan yang ketara dengan yang lain. Warna putih juga mengingatkan kita kepada satu peristiwa bersejarah iaitu Baiatur Ridhwan, yang setiap orang daripada mereka memakai pakaian ihram yang sama, iaitu berwarna putih. Oleh itu, apa yang akan dilakukan oleh mereka kali ini sebenarnya adalah suatu pengulangan sejarah semata-mata.

Warna putih juga melambangkan ketulusan hati mereka kepada Allah SWT. Warna putih juga adalah pakaian yang lazim dipakai oleh para wali dan orang-orang soleh sejak zaman dahulu. Warna putih juga melambangkan kemajuan yang mampu dicapai oleh sesebuah jemaah dalam segenap urusan mereka. Oleh itu, jemaah yang mampu memutihkan anggotanya, pasti akan maju dengan izin Allah SWT. Warna putih juga melambangkan sesebuah kumpulan itu mudah dilihat oleh pihak-pihak lain, sama ada yang berniat baik atau yang berniat jahat. Sebab itulah pada hari ini pasukan tentera memakai pakaian yang berwarna hijau tua atau polis yang memakai baju hitam. Ini bertujuan supaya mereka tidak mudah diintai oleh pihak musuh pada waktu-waktu tertentu, terutamanya semasa kecemasan atau sedang berlaku darurat.

Warna putih juga menunjukkan mereka menegakkan sunnah Nabi SAW dalam setiap aspek kehidupan. Para sahabat RA dahulu memakai pakaian putih semasa berperang dengan musuh. Mereka mampu menegakkan semula sunnah lama itu, yang pada hari ini sudah tidak ditegakkan oleh sesiapa pun lagi. Askar-askar pada hari ini tidak lagi memakai pakaian berwarna putih, sama ada semasa latihan, lebih-lebih lagi semasa peperangan sebenar.

Warna putih juga adalah lambang pertolongan Allah kepada mereka, kerana Allah SWT sentiasa membantu hamba-hamba-Nya yang memerlukan bantuan. Dan warna putih adalah lambang perjuangan mereka sentiasa Allah bantu, sama ada melalui pemimpin mereka mahupun melalui setiap orang daripada mereka. Kerana itulah mereka sentiasa mendapat kemenangan dan kemudahan dalam setiap urusan hidup mereka.

Warna putih juga adalah lambang kemajuan, kerana orang yang memakai pakaian putih menunjukkan bahawa dia itu maju, baik dari segi peribadinya, akhlaknya, pemikirannya, cara hidupnya atau rohaniahnya.
02113 16. Pemuda Bani Tamim Ada Dua Pilihan
A. Kata Hammad bin Abi Jaafar RH,
“Sebelum al-Mahdi, ada Panji-panji Hitam yang berkibar di Khurasan, satu wilayah di (luar) Kufah. Jika al-Mahdi sudah berada di Makkah, maka pasukan ini akan dikirim ke Makkah.”
Pemuda Bani Tamim dan pasukannya tidak perlu tergesa-gesa untuk menemui Imam Mahdi di Makkah kerana jika Imam Mahdi sudah bertolak ke Baitulmaqdis, mereka akan terus menuju ke sana dan jika Imam Mahdi masih berada di Makkah, mereka akan mendapatkannya di Makkah. Mereka akan terus menunggu kemunculan Imam Mahdi di Makkah, walaupun peperangan dengan As-Sufyani sudah selesai dan askar-askar As-Sufyani hancur lebur mereka bunuh dan rampas.

Mereka tidak bersegera mencari Imam Mahdi di Makkah seperti yang dilakukan oleh kumpulan lain yang mahu bersegera mencari Imam Mahdi. Ini dikeranakan mereka pasti akan menemui juga Imam Mahdi itu dan akan membaiatnya, walau di mana sahaja Imam itu muncul dan berada. Dan dalam hal ini, hanya masa sahaja yang benar-benar dapat menentukan ke mana haluan sebenar Pemuda Bani Tamim dengan pasukan Ikhwannya itu. Maksudnya, mereka boleh terus menuju ke Makkah atau boleh juga terus menuju ke Baitulmaqdis.
02114 17. Seorang Ahlulbait Dari Timur Mengamuk
A. Kata sahabat RA,
“Sebelum al-Mahdi muncul, akan ada seorang lelaki dari keturunan Nabi SAW keluar dari Timur, sambil menyandang pedang di bahunya selama 18 tahun. Dia membunuh, mengamuk dan (seterusnya) menuju ke Baitulmaqdis. Namun dia mati sebelum sampai ke sana.”
Asar ini agak sukar untuk dihuraikan kerana maksudnya tidak jelas. Yang dikatakan sebagai tidak jelas itu ialah siapakah peribadi sebenar Ahlulbait yang dimaksudkan itu. Ada beberapa orang yang boleh dimaksudkan dengan orang ini, sama ada yang benar-benar berketurunan Ahlulbait mahupun yang bukan berketurunan Ahlulbait. Menyandang pedang juga boleh diterjemahkan dengan beberapa maksud. Lama masa dia mengamuk itu juga adalah suatu yang amat relatif dan sukar ditafsirkan dengan benar. Perkataan membunuh, mengamuk dan menuju ke Baitulmaqdis itu juga boleh dimaksudkan dengan erti-erti lain yang sesuai. Maksud mati itu juga boleh dihuraikan dengan beberapa erti lain yang sesuai. Oleh itu, asar ini biarlah difahami menurut apa yang dapat kita faham secara zahirnya sahaja, sama ada benar-benar dengan erti mengamuk atau dengan erti-erti yang lain dan dapat diterima bersama. Hanya masa yang dapat menentukan benar atau tidaknya asar ini berlaku sebelum Imam Mahdi muncul, iaitu menurut erti dan kefahaman kita yang lazim.
02115 18. Siapa Ahlulbait yang Mengamuk Itu
A. Kata Kaab al-Akhbar RH,
“Al-Makhzumi (dilantik) menjadi pemimpin, tetapi kemudian (dia) mengundur diri. Lalu ada susuk seorang manusia yang tangkas, berbadan tinggi dan berbahu lebar. Dia membunuh setiap orang yang berselisih jalan dengannya, sehinggalah dia sampai ke Baitulmaqdis lalu dia mati di sana (sebaik sahaja masuk). Dia ini amat zalim dan aniaya. Setelah itu ada seorang (pemimpin) yang berbuat baik, kemudian al-Qahtani menjadi pemimpin. Dia berakhlak seperti akhlak saudaranya, iaitu al-Mahdi.”
Ucapan Kaab ini tidak menjelaskan siapa orang itu dan sebenarnya lebih sesuai diletakkan di tempat yang lain dalam buku ini. Lihat semula huraian yang lebih jelas mengenai ucapan Kaab ini pada bahagian akhir mengenai Imam Mahdi ini. Semoga huraian di situ akan dapat lebih memahamkan kita akan topik persoalan yang sebenarnya
02116 19. Al-Hasyimi Muncul Sebelum Imam Mahdi
A. Kata sahabat RA,
“Sebelum al-Mahdi (muncul), al-Hasyimi keluar untuk berperang selama 18 bulan. Dia akan menuju Baitulmaqdis tetapi tidak sampai ke sana. Serentak dengan itu, as-Sufyani mengirimkan pasukan tenteranya untuk menyerang al-Mahdi tetapi mereka ditelan oleh bumi di al-Baidak. Peristiwa ini sampai kepada (pengetahuan) penduduk Syam. Mereka kemudian berkata kepada khalifahnya, “Berbaiatlah engkau kepada al-Mahdi. Jika tidak, engkau akan kami bunuh!” Kemudian khalifahnya memberi baiatnya kepada al-Mahdi. Al-Mahdi lantas berjalan sehingga sampai ke Baitulmaqdis. Lantas (seluruh) bangsa Arab, Ajam, pasukan-pasukan perang, bangsa Romawi dan lain-lain menyerah diri kepada al-Mahdi tanpa peperangan. Kemudian masjid-masjid dibangunkan di Kostantinopel dan juga di tempat-tempat lain.”
As-Sufyani yang dimaksudkan di sini adalah pemimpin Iran yang bermazhab Syiah. Pasukan tentera ini yang disertai oleh pasukan-pasukan lain akan ditelan oleh bumi di Al-Baidak. Apabila mengetahui pasukan tentera mereka ditelan oleh bumi di Hijaz, penduduk Amerika Syarikat yang mengetahui berita itu memaksa Presiden mereka (yang askarnya turut menyertai pasukan gabungan dengan Iran) agar mengadakan perjanjian damai selama enam tahun atau akan menghadapi tindakan digulingkan. Perkataan engkau akan kami bunuh itu menunjukkan Presiden negara itu akan digulingkan daripada jawatannya, bukannya dibunuh hingga mati.
Dengan perjanjian damai yang dimaterai itu, Imam Mahdi dapat menguasai sebahagian besar dunia ini dengan kebanyakan negara yang ada menyerah diri kepada Imam Mahdi. Peperangan dapat dielakkan sehingga keamanan dapat dinikmati dalam erti kata yang sebenarnya oleh seluruh penduduk yang tinggal dan bernaung di bawah pentadbiran beliau. Dengan perjanjian damai ini, agama Islam dapat masuk ke Eropah dan Amerika Utara dan berkembang pesat sehingga masjid-masjid dapat didirikan di merata-rata tempat di sana.
Sebelum itu, Al-Hasyimi akan muncul di Khurasan dan bergabung dengan pasukan dari Timur yang dipimpin oleh pemimpin besarnya, Pemuda Bani Tamim. Al-Hasyimi itu memang seorang yang amat gigih memperjuangkan Islam. Beliau amat gigih mendidik anak-anak muridnya membersihkan hati dan roh sehingga pertolongan Allah kepada mereka tidak terhijab lagi. Selama setahun setengah beliau berusaha gigih, siang dan malam, semata-mata menyediakan anak muridnya untuk digunakan oleh Pemuda Bani Tamim dalam misi besarnya melengkapkan Jadual Allah untuk akhir zaman ini. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan beliau berperang selama 18 bulan.

Setelah membaiat Imam Mahdi di Makkah (atau mungkin tidak sempat di Makkah), beliau akan menuju ke Syam tetapi tidak tinggal lama di sana kerana beliau dengan segera akan berangkat meninggalkan negara itu untuk menyambung misi besar yang baru, kali ini atas arahan Imam Mahdi pula. Pasukan tenteranya dibekalkan oleh Pemuda Bani Tamim, kerana At-Tamimilah yang mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan perbekalan ketenteraan. Antara tempat baru yang beliau akan jalankan ialah menakluk semula negara Turki daripada cengkaman pemerintah sekular yang nyata-nyata memusuhi agama Islam dan meninggalkan ajaran-ajaran Islam.
02117 20. Huru-hara Mulai Ramadan Hingga Musim Haji
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan dibaiat pada bulan Muharam setelah terjadi bencana dan peperangan pada bulan Ramadan sampai Zulhijah. Kemudian berlaku pula ancaman (terhadap) jemaah haji di Mina yang mengakibatkan banyak kematian sehingga darah mengalir di al-Jamrah. Sebahagian jemaah haji itu ada yang menyelamatkan al-Mahdi lalu dibaiat di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, namun dia enggan menerimanya. (Kerana keengganannya itu) dia lantas diancam, “Jika kamu tidak mahu menerima baiat daripada kami, maka lehermu akan kami penggal!” (Al-Hakim)
. Dari Abdullah bin Amru RA daripada Nabi SAW bersabda,
“Pada bulan Zulkaedah akan mula berlaku huru-hara, kemudian para jemaah haji dirompak (dan dibunuh). Berlaku pertempuran yang dahsyat di Mina sehingga sebahagiannya melarikan diri, dan dia akan dibaiat antara Rukun dengan Maqam sedangkan dia tidak menyukainya. Pembaiatan itu dilakukan oleh sejumlah yang sama dengan tentera Badar, penduduk langit dan bumi meredhai (pemerintahannya).” (Al-Hakim & Nuaim bin Hammad)
Imam Mahdi akan dibaiat oleh orang ramai pada hari Asyura iaitu sepuluh hari bulan Muharam. Tanda-tanda yang dapat dilihat sebelum itu adalah berlaku peristiwa pembunuhan jemaah haji sehingga menyebabkan ramai jemaah haji mati dibunuh secara kejam di Jamrah, Mina. Mulai bulan Ramadan lagi sudah berlaku huru-hara yang membawa kepada peristiwa pembunuhan itu. Tidak lama selepas peristiwa pembunuhan jemaah haji itu, sekumpulan orang yakni Ikhwan dan Pemuda Bani Tamim datang ke Makkah lalu membaiat Imam Mahdi sebagai khalifah akhir zaman. Selepas itu, orang ramai termasuk jemaah haji yang terselamat turut membaiat Imam Mahdi.
02118 21. Tanda Pada Matahari
A. Kata Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH,
“Al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah ada satu tanda (gerhana) yang muncul daripada matahari.”
Alamat ini adalah salah satu alamat yang paling masyhur mengenai kemunculan Imam Mahdi ke dunia ini. Yang dimaksudkan dengan gerhana matahari itu ada dua iaitu memang benar-benar akan berlaku gerhana matahari pada bulan Ramadan dan maksud keduanya adalah matinya pemimpin-pemimpin yang jahat, yang mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya. Maksud lain bagi gerhana matahari itu adalah lambang matinya sistem jahiliyah pada zaman ini iaitu segala sistem karut-marut yang sedang diamalkan di seluruh dunia pada zaman ini, yang sememangnya tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Apabila berlaku gerhana matahari, maka itulah tandanya bahawa sistem Barat, sama ada yang bernama demokrasi atau sosialis atau apa-apa nama pun, semuanya sudah sampai ajalnya dan menanti saat sahaja untuk sang imam menguburkannya terus dari atas muka bumi ini. Seterusnya sistem jahiliyah Barat itu keseluruhannya akan digantikan dengan Islam yang tulen, seperti yang pernah dibawa oleh baginda SAW dan para Khulafa RA dahulu. Maka gerhana matahari itu adalah tanda zahir, manakala hapusnya sistem Barat itu adalah tanda hakikiny
02119 22. Bani Hasyim Bercerai-berai ke Serata Pelosok Dunia
A. Kata tabiin RH,
“As-Sufyani mengirimkan askarnya ke Madinah dan menyuruh agar membunuh setiap keturunan Bani Hasyim (yang dapat dijumpai), kemudian mereka menyerangnya. Bani Hasyim akhirnya bercerai-berai di (merata-rata) padang pasir dan di gunung-gunung. Apabila al-Mahdi muncul, mereka ini akan dikumpulkan semula.”
Para tabiin RH telah mengisyaratkan bahawa akan berlaku suatu peristiwa besar dalam sejarah umat Islam pada akhir zaman iaitu golongan Ahlulbait, terutamanya dari kalangan Bani Hasyim akan ditindas, dizalimi, dianiaya dan dihalau keluar dari Tanah Arab. Membunuh yang dimaksudkan ialah menyeksa dan menyakiti mereka sehingga mereka terpaksa menyelamatkan diri ke tempat lain yang jauh dari tanah air asal mereka. Segala tanda Islam yang dibuat pada awal Islam dahulu akan dimusnah dan diratakan dengan tanah, bagaikan tidak ada nilai dan kegunaan. Menyerang yang dimaksudkan adalah mereka akan dijatuhkan dari kedudukan yang tinggi dan mulia pada pandangan umum umat Islam lalu menjadi bangsa yang dipandang rendah atau tidak lagi dihormati seperti yang sepatutnya mereka terima, sama seperti pada awal sejarah Islam dahulu. Mereka juga tidak diberikan sebarang jawatan yang penting dalam masyarakat sehingga jadilah mereka ini tidak lebih daripada orang biasa yang lain, yang tidak dipedulikan orang lagi.

Bani Hasyim ini akan terpecah-pecah membawa diri dan keluarga meninggalkan tanah air mereka, kuasa mereka, harta mereka dan hak mereka. Ada yang lari ke sekitar Tanah Arab juga dan mereka ini digambarkan sebagai lari ke padang pasir. Ada pula yang lari ke kawasan lain di dunia ini, memulakan kehidupan baru di tempat orang, yang jauh dari Tanah Arab, dan mereka ini digambarkan sebagai orang yang lari ke gunung-gunung. Maka jadilah mereka ini sebagai orang biasa sahaja, terpaksa berusaha sendiri, membina kehidupan sendiri, dan menjalankan syariat Islam secara sendiri-sendiri tanpa mendapat pembelaan dan penghormatan yang sepatutnya daripada umat Islam yang lain.

Disebutkan lagi bahawa apabila Imam Mahdi muncul kelak, seluruh Bani Hasyim atau Ahlulbait ini akan dapat dikumpulkan semula seperti sebelumnya. Pada ketika itu, mereka ini akan kembali semula kepada sunnah yang benar, mendapat semula hak mereka di kalangan masyarakat, dan mendapat pembelaan yang sewajarnya serta dihormati semula oleh seluruh umat Islam. Perkara ini insya-Allah akan benar-benar berlaku iaitu setelah Imam Mahdi muncul kerana telah disebutkan demikian oleh para tabiin RH. Lagi pun sebahagian daripada asar ini telah berlaku, maka yang sebahagian lagi itu pasti akan berlaku juga. Mustahil dalam sebuah asar, sebahagian sahaja yang berlaku manakala yang sebahagian lagi tidak berlaku.
02120 23. Imam Mahdi Dicari Ke Sana Ke Mari
A. Kata sahabat RA,
Sebelum al-Mahdi muncul, perdagangan-perdagangan terus terhenti, jalan-jalan banyak yang terputus dan kerap berlaku bencana. Setelah itu ada tujuh panji-panji daripada tujuh pasukan, yang secara kebetulan, sama-sama mencari al-Mahdi. Dari setiap kelompok ini ada kira-kira 33 hingga 39 orang yang berjanji untuk menemukan al-Mahdi. Mereka dan pasukan masing-masing terus mencari dan akhirnya menemui al-Mahdi di Makkah. Sebahagian dari mereka ada yang bertanya kepada yang lain, Apa perlunya kita datang ke sini? Sebahagian yang lain menjawab, Kita datang untuk mencari orang yang layak diserahi tugas untuk menamatkan bencana-bencana ini dan yang akan menakluki Kostantinople. Kata yang lain pula, Kita telah mengetahui namanya, nama ayah dan ibunya serta pasukan perangnya. Mereka terus mencari dan akhirnya bertemu di Makkah. Mereka menegurnya, Engkau adalah Muhammad bin Abdullah. Tetapi al-Mahdi menafikannya malah melarikan diri ke Madinah. Kemudian dia kembali semula ke Makkah, sedangkan mereka ketika itu sedang berkeliaran di Hajarul Aswad. Lalu ahli-ahli kumpulan itu berkata, Dosa kami berada di tanganmu, roh kami berada di pundakmu, maka oleh itu, hulurkanlah tanganmu untuk kami baiat. Sebab tentera as-Sufyani sudah kelihatan menuju ke sini untuk membunuh kita. Seorang lelaki dari Tanah Suci tadi lantas duduk di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, lalu menghulurkan tangannya dan terus dibaiat. Di sinilah Allah mempertemukan kekasih-Nya dengan umat manusia, yang kemudian mereka berjalan bersama-sama (menuju ke Syam). Mereka ini amat berani pada siangnya dan amat ditakuti pada malamnya
02121 24. Terbunuhnya Tujuh Daripada Sembilan Orang
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum terjadinya pembunuhan sebanyak tujuh orang daripada sembilan orang.
Yang dimaksudkan dengan terbunuhnya tujuh daripada sembilan orang itu adalah sebagai nisbah sahaja. Itulah jumlah atau nisbah jemaah haji yang mati terbunuh akibat huru-hara yang berlaku di Mina. Daripada setiap sembilan orang jemaah haji yang datang, tujuh daripadanya akan mati terbunuh. Dan dari jumlah yang ramai itulah darah akan mengalir di merata-rata tempat sehingga batu-batu yang terdapat di situ akan dibasahi oleh darah mereka.

Mungkin maksud yang lazim terbayang di kepal kita ialah bahawa akan berlaku kematian tujuh orang daripada sekumpulan sembilan orang. Maksud ini adalah maksud yang zahir daripada asar tabiin ini dan maksud ini juga adalah sebahagian daripada maksud yang dikehendaki. Juga dikatakan bahawa yang sembilan orang itu adalah pemimpin besar bagi umat ini pada masa itu. Peristiwa pembunuhan mereka ini, iaitu tujuh daripada sembilan orang pemimpin adalah tanda sudah sangat huru-haranya keadaan di Makkah, Arafah dan Mina sehingga pihak keselamatan sudah tidak lagi berupaya membendung jemaah haji yang mencetuskan pergaduhan dan seterusnya membawa kepada pembunuhan beramai-ramai.
02122 25. Tanda Munculnya Ialah Seorang Suci Mati Dibunuh
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum seorang yang hatinya suci (nama gelarannya Muhammad, dibunuh oleh seorang keturunan Bani Abbas) terbunuh. Apabila orang yang berhati suci ini (Nafsuz Zakiyah) mati terbunuh, maka penduduk langit dan bumi menjadi marah. Kerana itu, umat manusia (segera) mendatangi al-Mahdi dengan berjalan cepat-cepat, seperti jalannya pengantin lelaki menuju pengantin perempuan.”
Satu lagi tanda kemunculan Imam Mahdi ialah seorang lelaki yang berhati bersih, iaitu seorang yang bersih hatinya daripada dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil mati dibunuh oleh seorang lelaki yang juga merupakan ahli keluarga Nabi SAW. Orang itu tidak disebutkan nama sebenarnya, hanya dikatakan bahawa bagi penduduk langit, dia bernama Muhammad. Si pembunuhnya juga tidak dijelaskan dengan tepat namanya dan asal-usulnya, sama ada dari Timur juga atau dari kawasan lain.

Pemuda yang berhati suci ini adalah seorang yang kuat mengamalkan amalan sufi yang diwarisinya sejak turun-temurun, sesuai dengan dirinya yang berketurunan Sayidina Ali KMW. Berkat amalan sufinya itulah maka beliau turut menjadi seorang yang mahfuz, dipelihara oleh Allah daripada sebarang dosa. Hanya orang yang mencapai taraf wali sahaja yang terselamat daripada melakukan dosa, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Juga bermaksud dia telah mengamalkan amalan tarekat sufi ini sejak dari kecil lagi. Hanya orang yang mengamalkan amalan sufi sejak kecil sahaja yang terselamat daripada melakukan sebarang dosa, sejak kecilnya lagi hinggalah ke saat kematiannya.
Kematiannya di Makkah itu semasa mengerjakan haji bersama-sama umat Islam itu menyebabkan sekalian umat Islam yang masih tinggal menjadi amat marah kepada si pembunuhnya itu. Kerana itu mereka pun bersegera mencari Imam Mahdi, ke sana ke mari kerana mereka amat mengharapkan kemunculan Imam Mahdi itu untuk segera menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.

Para malaikat juga menjadi marah dengan peristiwa pembunuhan lelaki yang berhati suci tadi. Dengan berkat para malaikat itu dan juga kemarahan penduduk bumi, maka Allah SWT segera memberikan jalan sehingga umat Islam dengan mudah dapat mencari tempat Imam Mahdi menyorok, lalu membawanya keluar rumah dan terus sahaja dibaiat di dalam Masjidil Haram, di sisi Maqam Ibrahim, dekat dengan Hajarul Aswad
02123 26. Orang Suci Itu Dari Keturunan Sayidina Ali KMW
A. Kata sahabat RA,
Sebelum (munculnya) al-Mahdi, akan berlaku banyak bencana. Kemudian sekumpulan orang berkumpul di hadapan seorang lelaki yang berketurunan Sayidina Ali RA, yang mana lelaki ini pada sisi Allah dinyatakan tidak mempunyai (sebarang) dosa. Dia akan membunuh atau terbunuh, kemudian muncullah al-Mahdi.
B. Ammar bin Yasir RA menyatakan,
Apabila orang suci itu terbunuh, satu seruan dari langit akan kedengaran, Pemimpin kamu semua adalah si fulan. Berikutnya, al-Mahdi akan memerintah dunia dan memenuhinya dengan keadilan dan kesamarataan. (Ibnu Tawus)
Kedua-dua asar ini saling menerangkan siapa dia lelaki yang berhati suci itu. Dia adalah seorang yang berasal dari keturunan Sayidina Ali KMW, dipandang mulia oleh orang ramai dan dikatakan seorang yang terpelihara daripada dosa dan maksiat. Dia adalah seorang pemimpin yang disayangi oleh orang ramai dan pergi menunaikan haji dengan para pengikutnya. Semasa sedang mengerjakan ibadat haji itulah dia akan dibunuh oleh seorang lain yang juga sedang mengerjakan ibadat haji.

Selepas lelaki berhati suci ini dibunuh, maka Pemuda Bani Tamim pun  sampai ke Makkah dengan para Ikhwannya yang seramai 314 orang itu. Sebaik-baik sahaja mereka sampai, Imam Mahdi segera muncul lalu terus sahaja dibaiat oleh orang ramai sebagai khalifah mereka. Para Ikhwan juga akan membaiat Imam Mahdi di sisi Kaabah pada masa itu.

Penyataan ini tidaklah bercanggah dengan penyataan sebelumnya yang menyebutkan bahawa apabila Imam Mahdi muncul, barulah Pemuda Bani Tamim dan pengikutnya datang mendapatkannya seperti yang disebutkan pada bahagian terdahulu. Di sini ada dua keadaan iaitu Pemuda Bani Tamim mempunyai dua pilihan utama, sama ada akan membaiat Imam Mahdi di Makkah atau melengah-lengahkannya untuk bertemu di Baitulmaqdis. Jika Pemuda Bani Tamim ingin bersegera, maka bolehlah beliau membawa pasukannya mendatangi Makkah dan menunggu kemunculan Imam Mahdi dan berbaiat dengannya di dalam Masjidil Haram. Jika mereka tidak ingin bersegera, mereka akan bertemu juga di Baitulmaqdis.

Asar ini juga menjelaskan bahawa suara hatif itu akan kedengaran dari langit selepas peristiwa pembunuhan lelaki berhati suci itu. Selepas itu akan kedengaran berturut-turut suara hatif dari langit yang menyatakan bahawa pemimpin mereka yang sebenarnya adalah Imam Mahdi. Dan tanda-tanda kemenangan sejati bagi seluruh umat Islam sudah amat hampir dan begitu nyata dirasakan oleh setiap hati yang beriman. Hanya orang-orang yang pintu hatinya telah tertutup rapat sahaja yang tidak dapat merasakan betapa debaran saat yang amat dinanti-nantikan itu.

Semakin lama, suara hatif tadi semakin kuat dan jelas, dapat didengar oleh seluruh manusia, bahasanya adalah menurut loghat masing-masing dan semakin kuat pula perasaan seluruh umat Islam untuk segera menemui Imam Mahdi yang dikatakan itu. Orang-orang kafir, munafik, fasik, zalim dan sebagainya semakin takut dan risau kerana sudah terbayang di ambang mata bahawa seluruh sistem Barat yang sedang diamalkan oleh mereka akan menemui ajalnya, tidak dapat ditahan-tahan lagi, walau dengan apa cara dan daya sekalipun.

02124 27. Imam Mahdi Zahir Selepas Orang Suci Terbunuh
A. Mujahid RH berkata mengenai Imam Mahdi,
“Seorang sahabat Nabi SAW memberitahu saya bahawa al-Mahdi tidak akan muncul sehingga seorang yang berjiwa suci terbunuh. (Selepas pembunuhan itulah) ketika itu dia akan muncul dan mengambil alih pemerintahan lalu memerintah dunia ini dengan penuh keadilan dan sama rata. (Ibnu Tawus)
02125 28. Seruan Dari Langit
A. Daripada Talhah bin Ubaid RA, katanya Nabi SAW bersabda,
“Kemudian hari nanti akan terjadi (sangat banyak) bencana, sehinggakan orang yang berada di sebelahnya tidak sedar, melainkan dia juga turut tertimpa bersama-samanya. (Dalam keadaan yang demikian) sehingga datang hatif (suara penyeru, tidak kelihatan orangnya) dari langit yang berkata, “Sesungguhnya Amir kamu semua adalah si polan (maksudnya adalah Imam Mahdi).”
B. Kata Sayidina Ali bin Abi Talib KMW,
“Apabila ada seruan dari langit, “Sesungguhnya kebenaran itu berada di pangkuan keluarga Nabi Muhammad SAW,” maka ketika itu (nama) al-Mahdi mulai sibuk diperkatakan orang. Lalu umat manusia beransur-ansur mencintai al-Mahdi. Seterusnya tidak ada orang lain yang disebut-sebut lagi melainkan al-Mahdi.”
C. Kata tabiin RH,
“Nama al-Mahdi akan disebut-sebut oleh suara dari langit.”
D. Kata tabiin RH,
“Ketika itu juga terdengar satu seruan dari langit yang berbunyi, “Ketahuilah! Sesungguhnya para wali Allah itu tidak merasa takut dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Surah Yunus, ayat 62)
E. Kata tabiin RH,
“Di dunia ini akan berlaku bencana (yang hebat-hebat) yang mana bencana ini tidak ada kesudahannya sehinggalah datang suara seruan dari langit, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya yang akan menjadi pemimpin di bumi ini ialah si fulan. Dialah pemimpin yang sebenar.” Yang diulang sebut sebanyak tiga kali.”
F. Kata tabiin RH,
“Ada suara dari langit yang memanggil-manggil nama al-Mahdi. Suara ini dapat didengar oleh setiap orang sama ada yang berada di Timur mahupun di Barat, sehingga tidak ada orang sedang tidur, melainkan pasti terjaga (kerana) mendengarnya.”
G. Hadis mursal, sabda Nabi SAW,
“Pada bulan Ramadan akan terdengar suatu suara (di langit), pada bulan Syawal akan terdengar (pula) suara dodoian, pada bulan Zulkaedah akan berlaku huru-hara, pada bulan Zulhijjah para jemaah haji akan dirompak, dan pada bulan Muharam suatu suara dari langit akan kedengaran, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya pemimpin yang dipilih oleh Maha Pencipta adalah si anu dan si anu (Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim), maka ikutlah dan taatlah (kepada mereka).”
H. Dari Syahar bin Hausab RH, daripada Nabi SAW bersabda,
“Pada bulan Ramadan akan terdengar suatu suara, pada bulan Syawal akan terdengar bunyi mendodoi, pada bulan Zulkaedah mula berlaku huru-hara, pada tahun itu jemaah haji akan dirompak, dan pertempuran yang hebat di Mina yang membunuh ramai jemaah, darah akan mengalir di sana sehingga sampai ke Jamrah. Para sahabat (al-Mahdi) melarikan diri, lalu mereka berdiri di antara Rukun dengan Maqam, iaitu tempat dia dibaiat sedangkan dia tidak menyukainya. Maka mereka pun berkata kepadanya, “Kalau kamu menolak, kami akan penggal lehermu.” Maka seluruh penduduk langit dan bumi amat meredhainya.”     (Nuaim bin Hammad & Amru Ad-Dani)
I. Kata Ammar bin Yasir RA,
“Apabila Nafsuz Zakiyah telah terbunuh, satu suara dari arah langit akan berkata, “Pemimpin kamu semua adalah si anu dan si anu” (iaitu Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim). Berikutan itu, Al-Mahdi akan muncul dan akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”       (Ibnu Tawus)
Apabila Imam Mahdi heboh diperkatakan oleh orang, maka itulah tandanya Imam Mahdi yang sebenar akan muncul tidak lama lagi. Jika penduduk bumi sudah heboh mengenainya, penduduk langit juga sudah terlebih dahulu heboh memperkatakan perkara yang sama, di kalangan mereka pula
02126 29. Suara Syaitan Melawan Suara Malaikat
A. Kata tabiin RH,
“Suara dari langit menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Rasulullah SAW.” Ketika itu, terdengar pula seruan (lain) dari bumi yang menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa.” Atau dia mengatakan, “Dari al-Abbas.” Seruan dari bumi ini adalah seruan dari suara syaitan, manakala seruan dari langit itu adalah Kalamullah, dan (seruan Kalamullah) inilah yang menang.”
Apabila manusia telah mendengar sekian banyak suara hatif yang semakin lama semakin kuat dan lantang sehingga mampu mengejutkan orang yang sedang tidur dan sebagainya, maka syaitan akan merasa amat susah hati kerana ternyata bahawa mereka tidak mampu lagi menyesatkan manusia dengan keberadaan Imam Mahdi di kalangan mereka itu. Untuk itu, sebagai salah satu ikhtiar terakhir mereka, manusia akan mendengar pula suatu suara yang amat ganjil dengan perkataan yang amat ganjil pula.

Ternyata bahawa suara itu adalah suara syaitan yang cuba melawan suara malaikat tadi. Dan ternyata pula bahawa suara syaitan itu hanya dapat didengar oleh sebahagian kecil manusia sahaja, iaitu di sekitar tempat syaitan itu bersuara sahaja. Orang lain di tempat yang jauh-jauh tidak dapat mendengar suara syaitan tadi. Syaitan itu tadi cuba memberitahu orang ramai agar mempercayai ucapan karutnya iaitu bahawa pemimpin sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa AS sedangkan Nabi Isa AS tidak mempunyai sebarang keturunan.

Dengan itu kalahlah suara syaitan yang cuba melawan suara malaikat. Suara dari bumi ternyata tidaklah sekuat mana berbanding dengan suara malaikat yang ternyata amat kuat dan jelas serta dapat difahami menurut bahasa masing-masing yang mendengarnya. Demikianlah Allah SWT menunjukkan kepada manusia betapa Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu
02127 30. Benua Afrika Juga Dikuasai Oleh Imam Mahdi
A. Kata tabiin RH,
“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, Amir di Afrika akan berkuasa selama 12 tahun. Lalu (kemudian Afrika itu) dikuasai oleh seorang lelaki yang berkulit coklat (sawo matang), yang mana keadilannya meratai ke seluruh Afrika. Kemudian dia berangkat menuju al-Mahdi untuk menyerahkan kekuasaannya dan berperang untuk al-Mahdi.”
Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum seorang pemimpin dari Afrika yang memerintah dalam tempoh yang lama dijatuhkan oleh seorang lelaki yang berkulit cerah. Lelaki yang mengambil alih pemerintahan di Afrika itu adalah seorang pemerintah yang adil. Pemerintah ini adalah datangnya dari anak cucu Sayidina Hasan bin Ali RA. Dia adalah pemerintah yang beragama Islam dan memerintah di sebelah barat Afrika.
Kemungkinan lelaki itu adalah pemerintah di Maghribi sekarang ini kerana rajanya adalah dari keturunan Sayidina Hasan RA dan negara itu terletak di sebelah barat benua Afrika. Raja di Maghribi sekarang ini adalah dikira sebagai seorang pemerintah yang adil, iaitu menurut pandangan manusia pada hari ini. Kelak apabila Imam Mahdi muncul, pemerintah ini akan mendapatkan Imam Mahdi lalu menyerahkan kekuasaannya kepada Imam Mahdi dan selepas itu akan berperang bagi pihak Imam Mahdi.
Antara peranan utamanya kelak semasa pemerintahan Imam Mahdi adalah untuk menguasai seluruh benua Afrika sehingga beliau berjaya menguasai seluruh benua itu dan meletakkannya di bawah pemerintahan Imam Mahdi. Selepas itu beliau membantu Imam Mahdi menyediakan pasukan tentera dan petunjuk jalan untuk Imam Mahdi menyeberang laut semasa memerangi benua Eropah.
02128 31. Pemimpin Afrika Itu Berkaki Pincang
A. Kata tabiin RH,
“Tanda-tanda keluarnya al-Mahdi ialah keluarnya panji-panji dari  Barat (Afrika), yang mana di tengah-tengah panji-panji itu terdapat seorang lelaki Kindah yang kakinya pincang.”
Jelasnya lelaki Kindah yang dimaksudkan dalam ucapan ini bukanlah orang yang sama yang diperkatakan oleh asar sebelum ini. Oleh itu, ucapan ini dengan ucapan yang sebelumnya sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak mendukung maksud yang sama. Hal ini perlu diperhatikan benar-benar agar kita tidak tersalah faham akan maksud sebenar kedua-dua ucapan ini. Dan untuk lebih memahaminya lihatlah huraian yang diberikan di bawah ini baik-baik dan perhatikan perbezaan yang dimaksudkan itu.

Lelaki Kindah yang dimaksudkan adalah pemimpin yang datang dari suatu kawasan di utara Arab iaitu yang berasal dari Eropah. Barat yang dimaksudkan adalah Amerika Syarikat kerana negara tersebut terletak di barat Afrika dan bukannya di Afrika Barat seperti yang sedia dimaklumi oleh ramai orang sebelum ini. Apabila Amerika Syarikat berkuasa di seluruh dunia, maka itulah tanda sangat hampir kemunculan Imam Mahdi.

Menurut sejarah, Amerika Syarikat mula naik bintangnya selepas Perang Dunia Kedua, 1946 kerana mereka berjaya menjatuh dan meletupkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun, yang menjadi sebab segera Jepun dan negara-negara sekutunya meletak senjata. Mulai dari saat itulah, nama Amerika Syarikat segera menjadi masyhur dan seluruh dunia tertumpu ke negara itu dalam hampir semua urusan dunia. Hal ini berlaku hinggalah ke hari ini.
Kini, setelah lebih setengah abad Amerika Syarikat berleluasa di seluruh dunia, telah banyak kepincangan yang dilakukannya, dan banyak pula kepincangan dalaman di negara berkenaan. Bukan sahaja rakyatnya pincang sosial mereka, malah pemimpin-pemimpin mereka dan sistem Barat yang diterajunya pun turut pincang. Itulah kepincangan yang dimaksudkan oleh ungkapan tabiin itu. Pincang di sini bukanlah kaki zahirnya, tetapi kaki batinnya juga. Maka zahir dan batinnya adalah pincang, sedangkan dalam keadaan pincang itulah mereka mengaku dirinya sebagai polis dunia. Maka jadilah mereka sebagai polis yang pincang zahir dan batin
02129 32. Tanda-tanda Munculnya Imam Mahdi
A. Kata tabiin RH,
“Tanda-tanda munculnya al-Mahdi adalah pupusnya kepemimpinan Bani Abbas, para pemegang bendera menambatkan kuda-kuda pada pohon zaitun, runtuhnya pemerintahan Bani Jaafar dan Bani Abbas, as-Sufyani duduk di atas mimbar Damsyik dan pasukan Barbar menyerang pusat kota di Syam.”
B. Al-Walid bin Muslim RH berkata,
“Al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah As-Sufyani berkuasa.”
Ucapan ini menjelaskan lagi tanda-tanda bahawa Imam Mahdi akan muncul ke dunia ini. Antara tanda yang disebutkan ialah terhapusnya sistem pemerintahan secara berkhalifah dari dunia Islam. Bani Abbas yang dimaksudkan adalah sistem berkhalifah yang telah digunakan oleh negara Islam sejak dari zaman Khalifah Abu Bakar RA sehinggalah kepada pemerintah terakhir dari Daulat Osmaniyah di Turki pada tahun 1924 dahulu. Kepupusan sistem pemerintahan ini sebenarnya adalah tanda bahawa Imam Mahdi akan segera muncul.
Tanda lain yang disebutkan adalah berlalunya masa keamanan bagi umat Islam daripada peperangan. Ini berlaku kerana semangat jihad telah mati dari dalam diri umat Islam sehingga mereka enggan lagi berperang melawan musuh. Tanda lain ialah Amerika Syarikat menguasai seluruh dunia, baik timur mahupun barat dan pasukan tentera yang ganas menyerang umat Islam. Ini berlaku di Eropah Timur seperti di negari-negeri bekas jajahan Yugoslavia, yang dimulai oleh pengganas Serb. Itulah pasukan Barbar yang dimaksudkan.
02130 33. Dua Tanda Besar Sebelum Imam Mahdi Muncul
A. Kata Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH,
“Bagi al-Mahdi ada dua tanda (yang bakal berlaku) yang mana kedua-dua tanda ini belum pernah berlaku kepada sesiapa pun sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Dua perkara itu ialah bulan yang memancarkan cahaya merah pada awal bulan Ramadan dan matahari (pula) memancarkan cahaya merah pada pertengahan bulan Ramadan (bulan yang sama).”
Ucapan ini menambah dua tanda lagi bagi menunjukkan bahawa Imam Mahdi akan segera muncul ke dunia ini iaitu bulan yang memancarkan cahaya merah (gerhana bulan) pada awal bulan Ramadan dan matahari pula akan memancarkan cahaya merah (gerhana matahari) pada pertengahan bulan Ramadan iaitu dalam bulan yang sama. Sama ada tanda-tanda ini akan benar-benar berlaku atau tidak, tidaklah penting sangat, sebab yang lebih pentingnya bagi sekalian umat Islam adalah kemunculan peribadi yang bergelar Imam Mahdi itu sendiri. Itulah yang paling penting bagi kita semua daripada sekalian yang lain. Namun, apa yang diucapkan oleh Imam Muhammad bin Ali Al-Hanafiah RA ini insya-Allah akan berlaku juga pada suatu hari nanti
02131 34. Berlaku Dua Kali Gerhana Bulan
A. Kata tabiin RH,
“Sebelum al-Mahdi muncul, akan terjadi gerhana bulan sebanyak dua kali dalam bulan Ramadan.”
Imam Mahdi akan muncul setelah terjadi gerhana bulan yang dikatakan akan berlaku sebanyak dua kali pada bulan Ramadan yang mulia. Hal ini amatlah pelik, kerana fenomena seperti ini memang jarang sekali berlaku dan merupakan suatu kejadian yang tidak pernah dijangkakan oleh sesiapa pun sebelum berlakunya.
Apabila kejadian ini benar-benar berlaku, dua keadaan yang jauh bertentangan akan berlaku. Yang pertama ialah akan gemparlah seluruh dunia kerana dengan berlakunya peristiwa ini, Imam Mahdi sudah benar-benar akan muncul dan memerintah seluruh dunia ini. Yang kedua ialah kejadian ini tidak diketahui oleh ramai orang melainkan sedikit sahaja yang mengetahuinya. Yang mendengar berita itu pula tidak percaya kepada perkhabaran yang penyaksi itu sampaikan. Maka apabila Imam Mahdi benar-benar muncul, barulah mereka terkejut besar
02132 35. Lagi Tanda-tanda Khusus Kemunculannya
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi akan muncul dari Makkah pada waktu Isyak dengan membawa Panji-panji Rasulullah SAW. Baju besi dan pedangnya mempunyai tanda-tanda khusus, berkilauan dan bercahaya. Jika mengerjakan sembahyang Isyak, dia lantas berkhutbah dengan khutbah yang panjang, mengajak manusia seluruhnya taat kepada Allah dan rasul-Nya. Bumi Hijaz akan diserahkan kepadanya, (tentera) Pemuda Bani Hasyim yang berada di laut mendarat, Panji-panji Hitam dikirimkan kepadanya dari Kufah dan askar-askarnya akan bertebaran ke seluruh penjuru alam.”
Selepas dibaiat oleh orang ramai dan para pembantu kanannya, Imam Mahdi akan masuk semula ke dalam rumahnya dan keluar semula untuk menunaikan sembahyang Isyak secara berjemaah dengan orang ramai di Masjidil Haram. Selepas menunaikan sembahyang Isyak itu, Imam Mahdi akan berkhutbah dan khutbahnya ini membawa bersama-sama penghidup roh bagi sekalian umat Islam yang  telah lama mati. Juga membawa keberkatan yang telah lama hilang dari dalam hidup manusia. Seterusnya semua askarnya yang berada di tempat-tempat yang jauh akan segera mendatanginya di Masjidil Haram lalu tinggal bersama-sama dengannya selama beberapa waktu sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Baitulmaqdis

02133 36. Tanda-tanda Lain
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum kamu semua menyaksikan siang menjadi gelap-gelita.”
B. Kata tabiin RH,
“Sebelum munculnya al-Mahdi, di ufuk sebelah (negara) Timur akan kelihatan bintang berekor (yang besar) yang memancarkan cahaya.”
Satu lagi tanda besar kemunculan Imam Mahdi ialah akan terjadinya keadaan gelap gelita pada waktu siang dan malam. Siang yang terang benderang akan diselaputi oleh kegelapan sama ada oleh jerebu, asap atau awan yang turun terlalu rendah dan seterusnya menutup pandangan manusia dan menghalang cahaya matahari daripada memancar terus ke permukaan bumi. Pada masa itu hanya tenaga elektrik sahaja yang dapat menerangkan hari yang gelap gelita itu dan manusia dapat meneruskan kegiatan harian mereka dengan berbantukan cahaya berkenaan.

Satu lagi tanda besar kemunculan Imam Mahdi adalah munculnya bintang berekor atau komet yang besar melintasi ruang angkasa bumi yang kebetulan masa lalunya itu di sebelah Timur bumi iaitu tidak jauh dari kawasan tempat tinggalnya Pemuda Bani Tamim. Masa berlakunya tidak dinyatakan dengan tepat. Boleh jadi peristiwa itu berlaku sepuluh tahun sebelum Imam Mahdi muncul dan boleh pula berlaku berpuluh-puluh tahun sebelum Imam Mahdi muncul. Hal ini amat mustahak difahami kerana menurut pandangan orang-orang terdahulu, jarak masa sepuluh tahun atau lebih yang akan berlaku pada akhir zaman akan dianggap sebagai tempoh yang amat dekat, bukannya suatu jarak masa yang jauh atau lama. Tempoh yang lama bagi kita dikatakan sebagai tempoh yang dekat sahaja pada perkiraan mereka itu.

Kenapa terlalu banyak tanda sebelum Imam Mahdi muncul? Sebenarnya itulah sesuatu yang menunjukkan bahawa Imam Mahdi itu adalah seorang yang sangat istimewa pada sisi Allah SWT, merupakan orang besar-Nya di bumi ini, merupakan wakil mutlak-Nya untuk mentadbir dunia ini dan sangat dikasihi oleh-Nya. Lihatlah semasa Nabi SAW diputerakan ke dunia ini, beberapa peristiwa aneh berlaku. Maka hal yang demikian tidaklah mustahil berlaku pula kepada diri Imam Mahdi. Memang seperti sudah menjadi Sunnatullah terhadap alam ini, setiap kali Allah hendak utusi seorang besar-Nya ke dunia ini, pasti akan disertakan dengan beberapa tanda yang dapat dilihat dan diketahui dengan jelas oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya.

Oleh itu, jika kita telah melihat tanda-tanda yang menunjukkan seorang besar Allah akan diutuskan tidak lama lagi, maka insya-Allah kita akan dapat melihat dan menemui orang besar berkenaan. Hanya kita mahu percaya atau tidak mahu percaya akan kemunculan orang besar berkenaan. Atau kita mahu mengikutnya dengan sepenuh hati atau kita akan menolaknya dengan sungguh-sungguh. Jika kita menerimanya, maka kita akan mendapat keamanan daripada-Nya dan jika menolak, maka kita akan menanggung kerugian yang amat besar.

Tidak perlulah rasanya dinyatakan apakah peristiwa aneh yang berlaku semasa Rasulullah SAW diputerakan ke dunia ini. Terlalu banyak buku sirah yang menceritakannya, dengan bahasa yang indah-indah dan penuh bererti. Kita juga sudah mempelajarinya sejak bangku sekolah rendah lagi hinggalah ke peringkat yang setinggi-tingginya. Juga dari buku yang seringkas-ringkasnya sehinggalah kepada yang setebal-tebalnya.
02134 37. Tentera yang Ditelan Bumi
A. Ummu Salamah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Selepas kemangkatan seorang amir, akan berlaku pertelingkahan di kalangan penduduk. Ketika itu seorang penduduk Madinah akan melarikan diri dan pergi ke Makkah. Ketika di Makkah, beberapa orang penduduk akan menghampirinya antara Hajarul Aswad dengan Maqam Ibrahim, dan mendesak menerima baiat mereka kepadanya.
Sejurus selepas itu, satu angkatan yang besar akan datang dari Syam untuk menyerangnya tetapi ketika mereka sampai di al-Baidak, yang di antara  Makkah dan Madinah, mereka akan ditelan ke dalam bumi.
Melihatkan peristiwa ini, puak Abdal dari Syam dan sekumpulan Asoib dari Iraq akan mendatanginya dan berbaiat kepadanya. Kemudian seorang lelaki dari suku Quraisy, yang bapa saudaranya dari Bani Kalb menghantar satu pasukan tentera untuk menyerang al-Mahdi, dan cuba menguasainya, dengan izin dari Allah. Tentera ini adalah dari Bani Kalb. Malangnya dia tidak menerima apa-apa perkongsian dengan Kalb. Orang ini (Imam Mahdi) akan memulakan peperangan selepas pertempuran itu. Dia akan memimpin orang ramai berdasarkan Sunnah dan semasa pemerintahannya, Islam akan tersebar ke seluruh dunia. Dia memerintah selama tujuh tahun. Al-Mahdi akan meninggal dunia dan jenazahnya akan disembahyangkan oleh seluruh umat Islam di serata dunia."
     (Abu Daud)
Lazim pula berlaku pada hari ini, apabila seseorang pemimpin meninggal dunia maka penggantinya akan berebut-rebut mendapatkan jawatan yang ditinggalkan itu. Yang berbeza hanyalah dari segi cara mereka berebut untuk mendapatkannya sahaja. Pada suatu masa dahulu, mungkin berlaku pertempuran kecil antara penyokong kedua-dua pihak yang menuntut. Pada hari ini, perebutan itu tidak ketara secara zahirnya tetapi lebih kepada secara perang saraf dan pengaruh di kalangan anggota parti. Dan inilah yang berlaku kepada seorang pemimpin yang disebutkan meninggal dunia oleh hadis.

Maksudnya mungkin benar-benar pemimpin yang dikatakan itu meninggal dunia, yakni mati lalu ditanam orang di dalam kubur. Dan boleh juga bermaksud meletak jawatan atau dijatuhkan oleh orang dari jawatannya itu. Dalam keadaan huru-hara itu beberapa orang melarikan diri dari Madinah ke Makkah, yang di antaranya adalah bakal Imam Mahdi. Semasa sampai di Makkah, dia segera dikenali oleh beberapa orang yang sememangnya sedang mencari ke sana ke mari. Mereka mendesaknya agar menerima baiat mereka kepadanya.

Selain dari kumpulan yang dikatakan itu, datang pula beberapa pasukan lain yang entah dari mana keluarnya menuju Imam Mahdi lalu membaiatnya sama. Mereka adalah golongan Wali Abdal, Wali Nujabak dan Asoib. Tidak lama selepas berlakunya baiat yang pertama itu, terdengar berita bahawa sepasukan tentera yang besar dan kuat sedang dalam perjalanan menuju ke Makkah, setelah memusnahkan kota Madinah sehingga hancur lebur. Kedatangan pasukan ini amat menakutkan seluruh penduduk Makkah yang ada lalu lari mencari Imam Mahdi untuk mendapatkan perlindungan. Tetapi kemudian terdengar pula berita yang mengatakan bahawa pasukan tentera itu sudah ditelan oleh bumi di suatu tempat yang tidak berapa jauh dari Makkah.

Tenggelamnya pasukan ini membawa dua makna besar yang cukup bererti bagi sekalian umat Islam. Pertama, setiap penentang atau musuh kepada Orang Allah pasti akan kecundang biar sekuat manapun mereka dan selengkap manapun kekuatan dan peralatan perang mereka. Peristiwa tenggelamnya pasukan tentera ini adalah sebagai ulangan terhadap peristiwa terbakarnya pasukan Tentera Bergajah dari Habsyi yang cuba memerangi Makkah. Kekalahan mereka diabadikan di dalam Al-Quranul Karim sendiri seperti yang disebutkan di dalam Surah Al-Fil.

Kedua, tenggelamnya pasukan tentera ini membawa makna tersirat iaitu Allah SWT akan menghapuskan setiap kebatilan bukan dengan kekuatan yang ada pada pasukan Islam, tetapi mereka ini akan dikalahkan oleh Allah SWT sendiri, tanpa melalui proses sebab dan akibat. Oleh itu, jika ada pejuang Islam yang mendakwa bahawa mereka berjaya mengalahkan musuh-musuh Islam hasil usaha mereka, maka sesungguhnya mereka itu adalah pejuang yang tertipu oleh perjuangan atau hasil usaha mereka. Sebenarnya tidak boleh kita mendakwa kitalah yang menjadi sebab kepada tewasnya musuh Islam kerana yang sebenarnya Allah SWT sendirilah yang mengalahkan mereka.
02136 I. Kemunculan Khalifah yang Dinanti-nantikan - 1. Apabila Yang Zahir Itu Benar-benar Imam Mahdi
A. Sabda Nabi SAW,
“Sesiapa yang mendustakan kedatangan Dajjal, maka kafirlah dia, dan sesiapa yang mendustakan kedatangan Al-Mahdi, maka kafirlah dia.”        (Abu Bakar Al-Iskafi)
Imam Mahdi muncul dan memerintah seluruh dunia dengan penuh aman damai dan bahagia, tidak ada lagi sebarang ketakutan, kekalutan, perpecahan, penyelewengan, kezaliman, maksiat dan dosa. Namun begitu, masih ada orang-orang Islam sendiri yang menentang kemunculannya. Jika pada masa itu masih ada lagi yang cuba-cuba menentangnya kerana tidak meyakini bahawa yang muncul itu benar-benar adalah Imam Mahdi, maka kafirlah dia, jika dia adalah orang yang beragama Islam. Jika dia bukan beragama Islam, tidaklah menjadi persoalan bagi kita di sini.
02137 2. Tempat Lahir Imam Mahdi
A. Sabda Nabi SAW,
“Tempat lahir Al-Mahdi adalah di Madinah, dan dia adalah salah seorang Ahlulbaitku, dan tempat hijrahnya adalah Baitulmaqdis. Jambangnya nipis, kelopak matanya sentiasa bercelak, giginya berjarak, ada tahi lalat pada pipinya dan di belikatnya ada cap kenabian. Dia akan muncul di bawah Panji-panji Kenabian yang bertanda dan berwarna hitam, dan tidak pernah lagi berkibar sejak kewafatan baginda SAW, lalu dikibarkan oleh Al-Mahdi. Allah akan membantunya dengan tiga ribu malaikat, yang akan memukul muka dan punggung setiap orang yang menentangnya, dan umurnya adalah tiga puluh atau empat puluh tahun.”
Imam Mahdi mula-mula muncul di kota suci Madinah. Di situlah beliau mula-mula dilihat oleh orang ramai walaupun mereka tidak berapa peduli dengan keberadaannya di kalangan mereka. Ramai yang menyangka bahawa orang yang mereka lihat itu hanyalah seorang lelaki biasa yang kebetulan wajahnya menyerupai Imam Mahdi yang diceritakan oleh hadis-hadis. Hal ini boleh sahaja berlaku disebabkan penduduk Madinah kebanyakannya sudah tidak lagi mempercayai hadis-hadis mengenai Imam Mahdi menyebabkan kebanyakan mereka tidak berapa arif tentang hadis-hadis mengenai Imam Mahdi.

Hal ini berlaku kerana mereka sekarang sedang berada di bawah pemerintahan yang bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kalangan mazhab Wahabi tidak mengambil kisah tentang Imam Mahdi, malah ramai yang beranggapan hadis mengenai Imam Mahdi adalah maudhuk dan dhaif. Sebab itulah apabila Imam Mahdi yang sebenar muncul, mereka buat tidak peduli sahaja mengenainya dan para pengikutnya walhal Imam Mahdi itu amatlah jauh berbeza daripada kebanyakan orang Arab yang terdapat di Madinah itu, terutama dari segi pakaiannya, perwatakannya, percakapannya dan sebagainya lagi.

Satu maksud lagi ialah bahawa Imam Mahdi itu muncul di sebuah kota di Timur yang disebutkan sebagai Madinah (kota raya atau bandar raya). Nama kota itu tidak disebutkan dalam hadis ini dan tempatnya juga tidak disebutkan sama ada di negara Arab atau di Timur. Terpulanglah kepada pendukung perjuangan Imam Mahdi untuk menafsirkan dengan tepat nama kota yang dimaksudkan itu. Maksudnya ialah Imam Mahdi akan mula-mula heboh diperkatakan oleh orang ramai di sebuah kota, yang tidak disebut namanya oleh hadis. Jika ini berlaku, maka insya-Allah akan benar-benar berlakulah bahawa Imam Mahdi itu akan muncul di kota berkenaan
02138 3. Imam Mahdi Muncul di Madinah
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi muncul di Madinah.”
Asar ini hanyalah bersifat menambahkan lagi kekukuhan kandungan hadis sebelum ini yang telahpun menjelaskan tempat Imam Mahdi itu muncul. Yang dimaksudkan dengan muncul ini adalah juga sama dengan maksud yang dibawa oleh hadis sebelumnya.
02139 4. Imam Mahdi Keluar Dari Kampung Kurjah
Submitted by admin on Sat, 2007-10-20 12:48
B. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan keluar (dari persembunyiannya dan dapat dilihat umum) daripada Kampung Kurjah.”
Kampung yang dimaksudkan itu adalah umum. Boleh jadi memang benar-benar muncul pada kali pertamanya di kampung berkenaan. Kampung ini dikatakan terletak di tepi kota Madinah dan pada hari ini sudah hampir lengang kerana penduduknya sudah banyak yang berpindah ke dalam kota Madinah itu sendiri. Ada pula yang berpindah ke tempat lain untuk mencari rezeki.

Maknanya, Imam Mahdi mula-mula muncul dari alam walinya itu ke alam nyata ini di sekitar kampung berkenaan dan mula-mula dilihat orang di kawasan itu. Semasa mereka mula-mula melihat Imam Mahdi dan para pengikutnya itu, mereka berasa amat hairan kerana pakaian mereka nyata amat jauh berbeza dengan orang Arab, wajah mereka juga berbeza daripada orang kebanyakan, lahjah mereka juga berbeza daripada lahjah Arab yang lazim mereka gunakan, perawakan mereka tidak kelihatan seperti benar-benar orang Arab tulen, gerombolan mereka juga amat aneh dilihat orang dan amalan mereka juga jauh berbeza.

Namun, semua ini masih tidak cukup untuk memperasankan orang-orang Arab bahawa yang mereka lihat itu adalah Imam Mahdi dan para pengikutnya. Maka orang-orang Madinah yang berasakan keanehan yang terdapat pada mereka ini, kemudian menghalau mereka agar keluar dari kampung mereka kerana mereka ini adalah orang-orang asing yang tidak diketahui dari mana asal-usulnya. Imam Mahdi dan para pengikutnya segera berangkat ke Makkah dan di sana mereka tinggal di sebuah rumah tidak jauh dari Bukit Safa. Kebetulan pula semasa mereka mahu berangkat itu, kedengaran berita yang mengatakan bahawa kota Madinah akan diserang oleh sekumpulan askar yang kuat, besar dan lengkap persenjataannya. Ini menambahkan lagi lekasnya Imam Mahdi dan pengikutnya pergi ke Makkah.

Sayangnya, semasa berada di Makkah, Imam Mahdi mendengar pula berita yang lebih menyayat hati iaitu para jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak berimam. Masing-masing bersembahyang bersendirian atau berimam secara kelompok-kelompok kecil sahaja kerana imamnya diberitakan telah dibunuh oleh puak pemberontak dari mazhab Syiah. Hal ini amat menyedihkan Imam Mahdi dan para pengikutnya.

Terdengar pula berita yang mengatakan bahawa kota Madinah sudah hancur lebur dimusnahkan oleh pasukan tentera yang besar jumlahnya tadi. Adapun matlamat mereka yang sebenarnya adalah untuk mencari dan membunuh Imam Mahdi. Dikeranakan itu, hampir seluruh penduduk kota Madinah dan kawasan-kawasan sekitarnya dibunuh oleh pasukan tentera yang amat kuat ini. Darah mengalir di merata-rata tempat di kota Madinah, sedangkan bangunan-bangunannya habis rata diruntuhkan. Kekejaman pasukan tentera ini berlarutan selama tiga hari tiga malam. Asap hitam menyelubungi seluruh langit di kota Madinah ini sehingga kota suci umat Islam itu tidak dapat dihuni lagi oleh manusia sampai bila-bila pun.

Kemudian terdengar lagi berita yang mengatakan jemaah haji yang sedang melontar di Jamratul Aqabah dibunuh oleh kumpulan militan Syiah. Lebih tiga perempat daripada jemaah hajinya habis mati dibunuh mereka. Yang tinggal terpaksa melarikan diri ke Makkah dan berkumpul di Masjidil Haram.
02140 5. Zahir Pada Bulan Muharam
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi dimunculkan pada bulan Muharam dan akan kedengaran suara yang menyeru dari arah langit, “Ketahuilah bahawa hamba Allah yang terpilih (untuk menjadi pemimpin kamu semua) adalah si fulan, iaitu al-Mahdi. Oleh itu, dengarlah (segala) perintahnya dan taatilah dia.”       (Abu Nuaim)
Bulan Muharam adalah bulan yang mulia dalam Islam. Pada bulan inilah Allah menjanjikan kemenangan kepada para pejuang-Nya. Pada bulan inilah Allah SWT menurunkan kemenangan kepada umat Islam sejak dari Nabi Adam AS lagi hinggalah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Kemudian diteruskan lagi hingga ke akhir zaman iaitu pada zaman kita ini. Dan pada bulan ini ada satu hari yang sangat istimewa, bukan sahaja bagi kita umat Islam, malah di kalangan agama Yahudi juga. Hari yang sangat istimewa itu dipanggil Hari Asyura dalam bahasa Melayu iaitu hari yang kesepuluh pada bulan Muharam menurut kalendar Hijri. Pada hari itu kita disunatkan berpuasa. Orang-orang Yahudi juga berpuasa pada hari itu dan merayakannya dengan penuh gembira.

Pada hari yang sangat istimewa itulah Allah SWT menjanjikan bahawa Imam Mahdi akan dibaiat oleh sekalian umat Islam dari segenap penjuru dunia ini di Makkah, tanah suci-Nya. Di situlah akan bermulanya sistem khalifah dalam Islam, yang berlaku untuk kali yang kedua dalam sejarah umat Islam. dan nyata bahawa sistem khalifah yang akan naik pada kali ini adalah lebih kuat, lebih bersih, lebih gagah, lebih gemilang, lebih luas dan lebih bersejarah jika dibandingkan dengan sistem khalifah pada masa dahulu, melainkan pada zaman Nabi SAW dan para Khulafa. Itulah kelebihan yang terdapat pada bulan Muharam yang mulia, terutamanya pada Hari Asyura.
02141 6. Tahun Keluarnya Ialah Sekitar Tahun 1420 Hijrah
A. Kata tabiin RH,
“Umat manusia akan berkumpul (pada musim haji di Makkah dan Mina) pada tahun 1204.”
Ramai pengkaji hadis dan ulama zawahir hampir sepakat mengatakan bahawa asar tabiin ini adalah maudhuk kerana menurut pandangan zahirnya, pada tarikh atau tahun yang disebutkan itu Imam Mahdi tidak juga muncul-muncul dan Panji-panji Hitam yang dikatakan itu tidak juga berkibar. Timur yang dimaksudkan itu juga tidak dapat dipastikan oleh sesiapa pun. Hanya orang-orang Syiah yang sempat berkokok seketika menyatakan bahawa Panji-panji Hitam sudah hampir pasti akan berkibar dari arah timur Iran dan akan menuju ke kota Samarra di utara Iraq untuk membangkitkan Imam Mahdi mereka yang sedang tidur lena di dalam guanya itu.

Sayangnya, Panji-panji Hitam yang dimaksudkan itu tidak juga berkibar sehingga ke hari ini walaupun pemimpin revolusi Republik Islam Iran Syiah itu telah lama meninggal dunia. Peristiwa yang dahulunya amat hangat diperkatakan, kini sudah semakin sejuk dan hampir basi semula. Timur yang dimaksudkan oleh mereka itu juga tidak dapat dipastikan sehingga ke hari ini. Hanya dikatakan timur Iran, tetapi tempatnya entah di mana. Pembawa Panji-panji Hitam itu juga tidak diketahui siapa orangnya. Askar-askarnya juga entah siapa dan di mana. Tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang dapat menjelaskan dengan tepat, termasuk kalangan ulama-ulama Syiah sendiri yang telah mencapai taraf Ayatollah sekalipun.
Kalangan puak Wahabi awal-awal lagi menyatakan asar ini maudhuk dan tidak boleh diterima. Selain Imam Mahdi tidak muncul pada tahun yang disebutkan, rawi-rawinya juga dikatakan adalah orang-orang yang tidak dapat dipercayai riwayat mereka. Mereka begitu lekas menghukumkan asar ini sebagai maudhuk tanpa mengambil kira pandangan pihak lain, termasuk ahli-ahli hadis yang telah mencapai taraf Huffaz dan kalangan ahli tasawuf yang rajin mengkaji hadis-hadis mengenai Imam Mahdi ini.

Sebenarnya jika asar ini dinilai menurut penilaian ahli-ahli sufi, mereka tidak akan mengatakannya sebagai maudhuk. Ada beberapa sebab utama mengapa asar ini dianggap sebagai betul, walaupun tidak berlaku.

Kita memang mengetahui bahawa sumber ilmu bagi ahli-ahli sufi ialah kasyaf, laduni, ilham dan firasat. Selain itu, berita-berita ghaib turut memainkan peranan yang besar. Limpahan ilmu daripada guru mursyidnya juga adalah merupakan sumber utama mereka memperoleh ilmu yang tidak tercapai oleh orang awam. Sebahagian besar mereka memperoleh ilmu melalui pengalaman rohani mereka yang mampu menggapai ilmu yang berada di atas langit sana sama ada di atas langit pertama, di Sidratul Muntaha, di atas Arasy atau di atas Al-Mustawa. Tahap keupayaan mereka ini bergantung kepada taraf muqarrabin mereka pada sisi Allah SWT dan dibenarkan mengambil terus ilmu dari sana tanpa sebarang perantaraan malaikat.

Hal ini sebenarnya adalah suatu yang lazim berlaku di kalangan para Sahabat RA, terutamanya sahabat-sahabat besar baginda SAW seperti Khalifah yang Berempat, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Huzaifah dan sekian ramai lagi. Juga lazim berlaku di kalangan para tabiin yang dirahmati oleh Allah, dan tidak ketinggalan di kalangan tabiit tabiin serta kalangan ulama mujtahid awal dalam Islam. Begitu lazimnya hal ini berlaku di kalangan mereka sehingga mereka menganggapnya sebagai suatu perkara biasa dan tidak diperbincangkan lagi.

Para mujaddid sejak zaman awal Islam lagi sehinggalah ke abad kelima belas ini turut dibekalkan dengan keupayaan menggapai alam ghaib ini untuk mendapat sumber ilmu mereka. Lihatlah bagaimana mereka menulis kitab-kitab yang sebegitu tebal dan hebat dalam masa yang amat singkat, sedangkan sumber rujukannya tidak kita ketahui dan ilmunya merupaka sesuatu yang amat baru. Bagi kita yang hidup pada hari ini, yang telah begitu jauh daripada zaman Kenabian, ilmu-ilmu seperti ini amatlah pelik dan ganjil, kalau tidak pun akan dianggap sebagai sesuatu yang amat mustahil. Malah ada di kalangan umat Islam sendiri (termasuk yang mengaku dirinya pandai dalam bidang agama) yang menganggap hal ini pada hari ini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh syarak.

Bagi yang memperoleh ilmu dari alam atas ini, ada yang kekuatan rohaninya begitu teguh sehingga mata hatinya dapat membaca dengan jelas setiap huruf yang tertulis di alam atas sana lalu menyalinnya bulat-bulat menurut apa yang mata hati mereka lihat itu. Mereka ini nyata mendapat nikmat yang begitu nyata dan melimpah-limpah, hasil hidayah Allah yang melimpah-limpah menyinari lubuk hati mereka.

Namun, ada juga yang kekuatan rohani mereka kurang teguh kerana beberapa kekurangan yang masih terdapat pada diri mereka. Hal ini tidaklah bermakna mereka itu bersalah atau tersalah. Apa yang mereka cakapkan itu adalah menurut apa yang mereka peroleh, dan mereka memperkatakannya menurut apa yang tersurat itu. Itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Dalam pada itupun, setiap ilmu yang mereka peroleh itu tidak semestinya berlaku menurut apa yang telah tersurat di alam atas sana, kerana lazim pula berlaku, apa-apa yang sudah tertulis di alam atas itu berubah pada saat-saat akhir dan hal ini hanya Allah SWT sahaja yang Maha mengetahui apa-apa yang ditakdirkan-Nya. Maknanya, apa-apa yang dibaca oleh mereka tadi, memang benar-benar tertulis di alam atas sana, dan benar pula semasa mereka mengucapkannya, tetapi Allah jua mengehendaki perubahan pada takdir-Nya pada saat-saat terakhir. Ada kalanya ditangguhkan-Nya dan ada kalanya dibatalkan-Nya terus, menurut kehendak-Nya jua. Dialah yang Maha Berkuasa dan Dialah yang Maha Berkehendak.

Kerana itulah perkara ini perlu benar-benar difahami dan dimengertikan baik-baik, jangan sampai kita menjadi seorang pengutuk terhadap apa-apa yang telah Allah SWT tuliskan pada takdir-Nya, tetapi diubah pada qadar-Nya. Jika ilmu dan pengalaman kita tidak pernah sampai ke tahap ilmu-ilmu berkenaan dan hanya memahami sesuatu menurut yang lahir sahaja daripadanya, maka lebih baiklah kita mendiamkan diri sahaja, ditakuti kelak kita menjadi pengutuk terhadap takdir Tuhan secara tidak disengajakan dan seterusnya menjadi penyebab Tuhan memurkai kita pula. Semua ini boleh berlaku tanpa kita sedari, akibat kelancangan kita sendiri yang suka mempertikaikan itu dan ini tanpa ilmu yang benar-benar yakin dan hakiki.

Atas alasan itu pulalah penulis berkeyakinan bahawa apa yang disebutkan oleh tabiin RH itu adalah benar, yakni benar semasa beliau menyebutkannya dan benar pula periwayatannya, walaupun disangsikan oleh orang lain. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana masing-masing mereka mempunyai kefahaman yang berbeza, ilmu yang berbeza, keyakinan yang berbeza pula dan tanggapan mereka terhadap rawi dan sanadnya juga berbeza. Namun, takdir Allah mengatasi segala-galanya. Memang pada tahun itu tidak dimunculkan Imam Mahdi yang muntazar itu tetapi Allah SWT tundakannya sehingga ke saat-saat akhir, iaitu selepas tahun 1420 Hijrah. Wallahu A’alam.
02142 7. Tahun Keluarnya Ialah Sekitar Tahun 2000 Masihi
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi akan muncul pada tahun 200.”
Salah satu keistimewaan tabiin RH adalah dapat membaca dengan jelas apa yang tertulis pada ruang Arasy yang maha besar dan luas itu. Keupayaan ini sebenarnya tidak mampu dimiliki oleh sebarang-barang orang melainkan orang yang telah mencapai taraf muqarrabin, iaitu muqarrabin di kalangan wali-wali Allah. Bukan semua wali Allah dikurniai dengan kelebihan ini. Dan nyata pula bahawa para tabiin adalah antara golongan yang mendapat kelebihan yang sangat istimewa ini. Kerana itu mereka dapat menyebutkan sesuatu perkara dengan hampir tepat seperti yang Allah SWT kehendaki, sesuai dengan apa yang tertulis di atas perpustakaan Arasy yang luas itu.

Apa yang disebutkan dengan angka 200 itu hanyalah kiasan semata-mata iaitu untuk menunjukkan bahawa angka sebenarnya ialah dua ribu. Dan tidak disebutkan tahun itu sama ada Hijriah atau Masihiah. Hal ini dilihat seperti disengajakan oleh beliau, untuk menyembunyikan sesuatu yang tidak patut diketahui oleh orang awam dahulu dengan tepat seperti apa yang tertulis di atas Arasy itu. Bukan pula maknanya mereka itu telah menipu orang atau cuba menyembunyikan sesuatu yang patut diberitahu. Maksud sebenarnya bahawa soal ini adalah salah satu soal yang rahsia yang sepatutnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu dengan tepat, dan mereka diberitakan dengan sesuatu yang tidak boleh diketahui oleh orang ramai.
Soal kiamat ini adalah antara rahsia yang sepatutnya hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja, bukan oleh kita semua. Namun, untuk memuaskan hati orang ramai yang bertanya, maka Allah SWT berikan mereka suatu jawapan yang samar-samar yang sebenarnya patut dikaji semula oleh mereka yang mahu mencari kebenaran dalam soal ini. Kita yang hidup pada zaman ini sudah dikecualikan daripada hukum itu kerana memang kita ini hidup pada masa yang tepat dengan peristiwa besar itu berlaku. Maka tidak salahlah jika rahsia Allah SWT itu dibukakan kepada orang ramai, kerana kita telah sedia maklum akan hal itu dan mudah pula menerimanya jika diberitahu. Hanya orang-orang yang keras hatinya sahaja yang tidak akan mahu menerima kebenaran, walaupun kebenaran itu sudah terbentang terang di hadapan kedua-dua biji matanya.
02143 8. Munculnya Selepas Tahun '97 Masihi
A. Kata tabiin RH,
“Orang biasa akan menjadi Amir (di sebuah negara di Timur atau di luar Hijaz). Kemudian masalah-masalahnya akan muncul pada tahun 95 atau pada tahun 97 (bukan) Hijrah. Lantas al-Mahdi muncul sebagai pemimpin mereka (tidak lama selepas itu).”
Tahun yang dinyatakan itu adalah menurut tahun Masihi dan hanya disebutkan sebagai tahun 95 dan 97 sahaja. Hal ini memang dengan mudah mendapat hukum maudhuk oleh para pengkaji hadis, termasuk yang hidup pada akhir zaman ini. Padahal kita seakan-akan tidak sedar bahawa orang yang meriwayatkan hadis itu adalah orang-orang yang bukan tandingan kita akan ketinggian ilmunya. Mereka adalah orang-orang yang amat soleh, bertaraf wali, bertaraf ulama mujtahid dan mendalam ilmunya dalam segala selok-belok agama, bukan macam kita yang ilmunya hanyalah tebuk sana sikit, tebuk sini sikit. Selepas itu mengaku sudah alim dan bijak. Orang yang ilmunya kita jadikan sandaran itu juga ilmunya dan takwanya tidaklah lebih tinggi daripada ulama yang kita rendah-rendahkan ilmunya. Namanya sahaja pun tidaklah lebih terkenal daripada ulama mujtahid yang kita perlekehkan itu.
Dan memang pada sekitar tahun 95 dan 97 dahulu, di negara kita berlaku berbagai-bagai peristiwa besar yang sangat menggoncangkan dan membawa erti yang cukup besar pula. Yang dikatakan masalah-masalah itu adalah masalah berkaitan dengan politik dalam negara di sebelah Timur ini, tidak terhad di negara kita semata-mata. Juga masalah yang berkaitan dengan isu agama dan ekonomi. Tidak perlulah disebutkan apa masalahnya itu kerana kita semua lebih arif tentang itu.
Selepas permasalahan-permasalahan itu timbul, dan tidak berjaya diselesaikan, maka muncullah Pemuda Bani Tamim sebagai pemimpin manusia di sebelah Timur, yang bukan sahaja dapat menyelesaikan semua masalah yang timbul itu dengan baik, malah dapat pula menyelesaikan masalah-masalah lain yang timbul di negara-negara luar dari lingkungan Timur itu sendiri. Ini termasuklah di Asia Barat, di Afrika dan di selatan Eropah. Orang biasa yang dimaksudkan oleh tabiin itu adalah seorang yang sebelumnya adalah orang awam menjadi pemimpin menggantikan sultan-sultan dan raja-raja, yang kuasanya melebihi daripada sultan-sultan dan raja-raja itu sendiri. Orang inilah yang membawa masalah-masalah itu ke Timur, yang merebak ke negara-negara lain dan tidak berjaya diselesaikannya dengan baik. Akhirnya dia akan menyerahkan kekuasaannya kepada Pemuda Bani Tamim, sebagai tanda dia menyerah kalah dan mengakui kelebihan yang ada pada Pemuda Bani Tamim itu.
02144 9. Imam Mahdi Muncul Pada Akhir Zaman
A. Seorang tabiin, Salmah bin Zufar RH meriwayatkan bahawa pada suatu hari orang ramai sedang berbincang mengenai kemunculan Al-Mahdi di hadapan Huzaifah RA. Kata Huzaifah RA,
“Kalaulah Al-Mahdi itu zahir ketika kamu masih dekat dengan zaman kenabian, dan ketika sahabat-sahabat baginda SAW masih hidup di kalangan kamu, maka kamu benar-benar beruntung. Tetapi tidaklah demikian halnya. Al-Mahdi tidak akan zahir sehinggalah manusia dikelilingi oleh penindasan dan kekejaman, dan tidak seorang pun yang lebih dikasihi dan diharapkan (oleh mereka) melebihi daripadanya.”
Memang Sayidina Huzaifah RA adalah orang yang amat arif tentang Imam Mahdi di kalangan Sahabat RA. Namun beliau sendiri mengakui bahawa Imam Mahdi itu tidak akan muncul pada zaman beliau, yakni para Sahabat, masih hidup. Beliau mengakui bahawa Imam Mahdi itu hanya akan muncul pada penghujung umur dunia ini. Tidak ada orang lain yang lebih dikasihi dan diharapkan oleh sekalian manusia (yang beriman) melainkan beliaulah sahaja. Tidak ada orang lain yang cinta kasih mereka tercurah melebihi daripada beliau.

Imam Mahdi inilah satu-satunya manusia yang berupaya menegakkan sebuah kerajaan utopia seperti yang amat diidam-idamkan oleh Plato. Bagi Plato, kerajaan utopia itu adalah sebuah kerajaan yang serba lengkap, moden, hebat dan adil. Malangnya khayalan beliau itu hanyalah tinggal khayalan beliau. Dan Imam Mahdi sebenarnya mampu mendirikan sebuah kerajaan yang melebihi daripada apa yang mampu akal Plato fikir dan bayangkan. Dengan bantuan Allah, Imam Mahdi mampu berbuat apa yang sekali-kali tidak akan terjangkau oleh fikiran Plato yang panjang itu. Kerana terlalu memuja akal, Plato teraba-raba dan tersesat daripada jalan yang benar, sedangkan Imam Mahdi sentiasa di dalam limpahan cahaya petunjuk Ilahi.
02145 10. Bagaimana Imam Mahdi Boleh Ditemui
A. Kata tabiin RH,
“Tanda-tanda pada hari (mula-mula pembaiatan) itu adalah adanya tangan yang menjulur dari langit yang dapat dilihat oleh (semua) umat manusia.”
Ketika manusia sedang sibuk memperkatakan tentang Imam Mahdi yang bakal muncul itu, maka keluarlah dari atas langit suatu tangan yang amat besar, cantik dan jelas yang menunjuk ke arah Imam Mahdi. Tangan besar itu dapat dilihat oleh sekalian manusia tanpa ragu-ragu. Tangan itu menunjukkan tempat Imam Mahdi sedang berada dan terdengar suara dari arah tangan itu yang menyuruh manusia pergi mendapatkan Imam Mahdi dengan segera dan terus berbaiat kepadanya. Sesiapa yang enggan pergi mendapatkan Imam Mahdi yang sedang ditunjukkan oleh tangan itu arahnya, akan dipukul belakang mereka oleh malaikat-malaikat petugas yang mencari manusia yang enggan pergi berbaiat kepada Imam Mahdi. Akhirnya semua orang akan keluar dan bergegas mendapatkan Imam Mahdi untuk menyerahkan baiat mereka kepadanya.

02146 11. Usia Imam Mahdi Ketika Dilantik
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi diutus ketika beliau berumur antara 30 hingga 40 tahun.”
Umur yang disebutkan itu adalah relatif, tidak semestinya umur Imam Mahdi itu benar-benar 30 atau 40 tahun atau tepat-tepat 40 tahun sewaktu dilantik sebagai Imam Mahdi. Boleh jadi rupanya dimudakan oleh Allah SWT seperti orang yang baru berusia antara 30 hingga 40 tahun. Hal ini boleh dimengertikan dengan mudah jika kita benar-benar memahami kekuasaan Allah SWT ke atas makhluk-Nya.

 Kita umpamakan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia nanti akan tetap kelihatan seperti orang yang baru berusia 33 tahun, iaitu seperti keadaannya semasa diangkat ke langit dahulu, sedangkan usia sebenarnya sudah melebihi dua ribu tahun. Nabi Isa AS tetap dikatakan sebagai orang yang berusia 33 tahun, bukannya seorang yang berusia 2000 tahun. Itu lebihlah hebatnya jika dibandingkan dengan Imam Mahdi.

Begitu pula dengan Ashabul Kahfi dan anjing mereka, Qitmir, yang akan dibangunkan semula nanti akan tetap kelihatan seperti orang yang muda dan baru berusia dua puluh tahun lebih, sama seperti keadaan sewaktu mereka mula-mula ditidurkan dahulu. Kita pun tahu, usia mereka sudah melebihi 1,500 tahun jika dilihat menurut jangka masa sejarah purba. Keadaan mereka masih seperti orang muda yang gagah dan sihat.
Begitu juga Nabi Ilyas AS yang akan muncul semula nanti, wajah dan tubuhnya tetap kelihatan seperti orang muda, iaitu sama dengan keadaannya sewaktu beliau dighaibkan oleh Allah SWT dari alam nyata ini. Kita juga tahu bahawa usia beliau jauh melebihi dua ribu tahun, kerana beliau diutus ke dunia ini lebih awal daripada Nabi Isa AS. Selain itu, Nabi Khidir AS juga akan dimunculkan dalam keadaan seperti seorang muda belia yang cergas dan segak, tidak kelihatan seperti orang tua yang berumur empat ribu tahun, kerana beliau lahir ke dunia ini lebih awal daripada Nabi Musa AS. Seperti yang dicatat oleh sejarah, Nabi Musa AS keluar ke dunia ini lebih daripada empat ribu tahun seperti yang disebutkan oleh riwayat yang sahih-sahih.

Berdasarkan itu, apa yang diandaikan terhadap Imam Mahdi itu sendiri sebenarnya adalah sesuatu yang amat mudah untuk diterima dan diakui. Jelasnya, angka tiga puluh dan empat puluh tahun itu adalah sesuatu yang amat relatif dan tidak semestinya menggambarkan itulah yang sebenarnya dan itulah sesuatu yang tidak boleh diubah-ubah lagi keadaannya. Jika didapati berbeza, maka kita pun lekas-lekas menghukumnya sebagai batil dan karut.
02147 12. Imam Mahdi Adalah Imam Yang Sempurna
A. Kata Sayidina Ali KMW, Nabi SAW bersabda,
“Al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah dari kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja.”        (Ibnu Majah)
Hadis ini diterima oleh semua pihak tetapi dengan tafsiran yang agak selari, dan tepat menurut matan yang tersurat. Tidak lebih dan tidak kurang. Hal ini benar dari satu segi tetapi jika dinilai dari segi logik akal dan keadaan yang sebenar, keadaannya tidaklah demikian. Bukanlah maknanya penulis mahu melawan sabda Nabi SAW itu dengan cuba menyebutkan sesuatu yang berlawanan daripada maksud yang sedia difahami. Bukan juga bermaksud penulis melebihkan akal dalam soal ini sehingga kelihatan mengetepikan begitu sahaja matan hadis yang mulia ini.

Antara yang lazim dimaksudkan oleh kita berdasarkan hadis ini ialah beliau akan dilengkapkan segala-galanya sebagai Imam Mahdi hanya dalam masa satu malam, dan pada pagi besoknya beliau akan dilantik sebagai Imam Mahdi oleh orang ramai. Maknanya, sebelum itu, beliau hanyalah seorang awam yang tidak dikenali oleh orang ramai, atau jika dikenali pun, hanyalah sebagai orang biasa sahaja. Makna yang sebeginilah yang sebenarnya perlu diperbetulkan supaya tidak berlarutan lagi membelenggu pemahaman kita.

Maksud satu malam sahaja dalam hadis ini ialah melengkapkan segala hal yang berkaitan dengan persediaan rohani sebagai seorang yang paling bertakwa kepada Allah, bukan sebagai seorang pemimpin. Yang paling penting bagi seseorang itu ialah iman yang cukup tinggi dan mantap. Hal ini tidak boleh berlaku dalam satu malam sahaja, iaitu bagi seorang yang bakal menjadi pemimpin terbesar umat ini. Jika hal seperti ini dikaitkan dengan seorang wali Allah yang bertaraf biasa, atau berwatak nabi, bukan berwatak rasul, maka hal ini dibolehkan sahaja.
Tetapi ini tida boleh berlaku kepada Imam Mahdi kerana beliau adalah seorang pemimpin yang amat dikasihi oleh sekalian umat Islam, beliau amat adil dan membawa keberkatan yang tidak terhinggakan. Maka proses mendidiknya menjadi seorang Imam yang sempurna perlu bermula sejak awal lagi, seawal beliau masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Walaupun disebutkan hanya satu malam sahaja, yang dikehendaki dengan maksud itu ialah proses menjadikannya sebagai ketua bagi sekalian wali yang paling bertakwa. Ini dikeranakan semua wali adalah orang yang telah mencapai taraf takwa yang sebenar. Maknanya, Imam Mahdi adalah orang yang paling bertakwa di antara sekalian wali yang amat bertakwa. Pada tahap ini, menjadikannya sebagai Imam yang sempurna belum bermula lagi.

Makna lain bagi perkataan Imam yang sempurna ialah Imam Mahdi itu adalah seorang Imam yang bersih, tidak mempunyai sebarang dosa sejak kecil lagi hinggalah ke saat beliau dilantik ke jawatan Imam Mahdi itu. Imam Mahdi sangat adil dalam pemerintahannya dan keadilan pemerintahannya itu dikatakan sebagai amat sempurna kerana seorang pemerintah yang tidak adil, dikatakan sebagai imam yang tidak sempurna. Imam Mahdi juga adalah seorang imam yang terakhir bagi umat ini dari kalangan umat ini, dan dengan berakhirnya pemerintahan beliau, maka sempurnalah agama Islam ini bagi umat ini dan dengan itu, Imam Mahdi dikatakan sebagai penyempurna bagi segala Imam. Jika ada pemerintah selepasnya pun, tidaklah lagi seperti beliau, biarpun hampir sama. Kerana itu, disebutlah Imam Mahdi itu sebagai Imam yang sempurna.

Maksud lain bagi ayat satu malam sahaja dalam hadis itu adalah menurut ukuran malam bagi alam wali-wali. Ini dikeranakan alam wali-wali itu mempunyai ukuran masanya yang tersendiri. Siang dan malam di alam wali-wali ini adalah jauh lebih panjang daripada siang dan malam bagi alam kita yang kita alami ini. Alam wali-wali mempunyai cuacanya sendiri, pentadbirannya sendiri, tanam-tanamannya sendiri, wilayahnya sendiri. Alamnya memang ada di atas dunia ini tetapi tidak terpengaruh oleh suasana dan segala yang berlaku di dunia kita ini. Alam mereka ini adalah alam yang asing bagi kita orang ramai, suatu alam yang hanya dapat dicapai oleh orang-orang yang telah suci hatinya, suci pemikirannya, suci niatnya, suci ikhlasnya, suci akidahnya dan sangat-sangat hampir hatinya dengan Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

Perlu diketahui pula bahawa tidak semua wali dapat memasuki alam wali ini. Ada wali yang tidak pernah tahu dan tidak pernah pula memasuki alam wali ini. Hanya wali-wali yang tertentu sahaja yang dibolehkan berada di sana dan berapa lama mereka dibenarkan berada di sana. Secara kebiasaannya, sehari di alam wali-wali bersamaan dengan seminggu di alam kita ini. Cara mencapainya juga berbeza-beza. Ada wali yang terpaksa berjalan jauh sebelum sampai ke alam ini dan ada pula wali yang dengan mudah dapat memasuki alam ini iaitu dengan hanya berjalan selangkah sahaja. Ada yang dibenarkan memasukinya sekali seumur hidup, ada pula yang dibenarkan berada di sana banyak kali dan ada pula yang duduk diam di sana dalam tempoh yang sangat lama, iaitu selama mana dibenar dan dikehendaki oleh Allah SWT.

Sehubungan itu, Imam Mahdi tidaklah disempurnakan dalam masa semalam menurut ukuran malam kita yang biasa kita fahami ini, melainkan semalam menurut ukuran alam wali-wali, iaitu kira-kira seminggu. Seminggu menurut ukuran kita ini juga tidaklah sama kerana semalaman bagi alam wali ini mampu dihidupkan seolah-olah kita beribadat selama setahun penuh, atau bekerja setahun penuh. Begitulah secara ringkas sahaja disebutkan di sini apa yang patut diketahui oleh kita dengan maksud satu malam sahaja itu.
02148 13. Imam Mahdi Dibaiat Secara Umum di Masjidil Haram
A. Sabda Nabi SAW,
“Berlaku perselisihan ketika kematian seorang khalifah (raja atau pemimpin di sebuah negara). Al-Mahdi yang merupakan penduduk Madinah melarikan diri ke Makkah. Kemudian (dia) didatangi oleh penduduk Makkah dan (dia cuba) diusir, tetapi dia enggan (lari dari Makkah). Lantas penduduk Makkah membaiatnya di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.”   (Abu Daud)
Antara tanda Imam Mahdi muncul ialah kematian (atau penurunan kuasa) seorang pemerintah. Orang ini adalah pemimpin di salah sebuah negara di Timur. Jika tidak, masakan disebutkan oleh hadis kerana yang sebenarnya Timur memainkan peranan yang amat besar dalam proses kebangkitan semula Islam di seluruh dunia. Oleh itu, setiap apa yang berlaku di dunia sebelah sana, turut diambil berat oleh baginda SAW sendiri. Walaupun hanya disebutkan secara umum, maksudnya dapat difahami oleh pendukung pejuang kebenaran yang juga merupakan pengikut-pengikut kanan Imam Mahdi.

Selepas itu Imam Mahdi pun dibaiat oleh orang ramai di Makkah. Selepas pembaiatannya itu, maka secara sedikit demi sedikit Imam Mahdi menjadi pemerintah bagi sekalian manusia di seluruh dunia. Sistem pemerintahan Islam yang sebenar juga akan naik, bersama-sama dengan naiknya Imam Mahdi sebagai pemerintah manusia.
02149 14. Tempat Umat Islam Membaiat Imam Mahdi
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi dibaiat di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim yang mana pelaksanaannya (berlaku penuh aman dan singkat) tidak sampai membangkitkan orang yang sedang tidur dan tidak pula sampai menumpahkan (walaupun setitik) darah.”
B. Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Orang ramai akan membaiat al-Mahdi antara Rukun dan Maqam Ibrahim.”  (Ibnu Tawus)
Kenapa mesti di Masjidil Haram di Makkah dan di suatu tempat di antara Hajarul Aswad dengan Maqam Ibrahim? Jawapannya adalah kerana di situlah tempat yang paling mulia bagi umat Islam di seluruh dunia. Menurut riwayat yang masyhur, di sekitar Masjidil Haram itu terdapat kira-kira tiga ratus makam rasul-rasul terdahulu, yang semuanya wafat di sana. Di antara Maqam Ibrahim dengan Hajarul Aswad itu sahaja terdapat kira-kira tujuh puluh makam nabi-nabi terdahulu.
Kerana kemuliaan itulah Allah SWT jadikan tempat itu sebagai tempat titik permulaan naiknya Islam sebagai kuasa baru dunia, menggantikan sistem kufur dari Barat itu, yang ternyata bukan menjadi sistem pilihan yang baik bagi umat manusia. Dengan naiknya Islam sebagai kuasa baru yang memerintah dunia, maka Allah akan membela nasib sekalian mukminin yang selama ini cukup lama menderita. Mereka dikatakan menderita kerana terpaksa bersusah payah mengelakkan diri, pemikiran, rohani, harta benda, agama dan keluarga daripada dipengaruhi oleh sistem hidup yang tidak pernah diredhai oleh Allah itu.
02150 15. Baiat Pertama Adalah di Masjidil Haram
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim oleh sejumlah orang (tentera) yang mengikuti Perang Badar. Kemudian datang sekumpulan orang dari Iraq dan Wali Abdal daripada penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan (tentera as-Sufyani) dari Syam yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa kecuali si pembawa berita sahaja.” Dalam satu riwayat lain diterangkan jumlahnya (yang terselamat itu) adalah dua orang. Salah seorang daripadanya menyampaikan berita tersebut kepada al-Mahdi, manakala yang lain menyampaikan berita tersebut kepada as-Sufyani. Menurut satu riwayat lain pula, kedua-duanya menyampaikan berita tersebut kepada as-Sufyani.          (Abu Daud & Al-Hakim)
Hadis ini menjelaskan kepada kita tentang peristiwa yang akan berlaku sebaik sahaja Imam Mahdi dibaiat oleh kumpulan umat Islam yang mendatanginya. Perkara ini telah diterangkan dengan panjang lebar pada bahagian sebelum ini. Maka di sini tidak perlu lagilah diterangkan.
02151 16. Bilangan yang Membaiatnya
A. Sabda Nabi SAW,
“Tiga ratus empat belas orang, yang di antaranya adalah perempuan (solehah, bertaraf wali) bergabung dengan al-Mahdi. (Mereka) bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh setiap orang. Lalu (al-Mahdi itu) memerintah (dunia) selama tujuh tahun. Setelah itu, tidak ada lagi kebaikan di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa pemerintahan al-Mahdi.”
B. Sabda Nabi SAW,
“Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, “Inilah al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah mengutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.”
Antara urutan peristiwa yang membawa kepada pembaiatan Imam Mahdi itu nanti dijelaskan dengan terang dalam hadis ini yang antara lain seperti dinyatakan ini,
  1. Mula-mula sekali oleh golongan Ikhwan yang dipimpin sendiri oleh At-Tamimi.
  2. Diikuti oleh golongan Wali Abdal.
  3. Diikuti oleh golongan Wali Nujabak.
  4. Diikuti oleh tujuh pasukan yang diketuai oleh tujuh pemimpin.
  5. Diikuti oleh sekumpulan jemaah haji yang terselamat daripada pembunuhan di Mina.
  6. Diikuti oleh sekumpulan penduduk Makkah yang memang mencari-carinya.
  7. Diikuti oleh golongan Asoib dari Timur, juga dipimpin oleh At-Tamimi.
  8. Diikuti oleh 5,000 tentera dari Khurasan (gabungan tentera Al-Haris Harras dan Al-Hasyimi).
  9. Diikuti oleh tiga ribu malaikat yang sentiasa mengiringinya.
  10. Diikuti oleh golongan Ashabul Kahfi.
  11. Diikuti oleh Nabi Ilyas AS dan Khidir AS.
  12. Diikuti oleh Wali-wali Ghaib yang selama ini bersembunyi.
02152 17. Jemaah Haji Turut Membaiatnya
A. Kata sahabat RA,
“Orang ramai pergi menunaikan haji. Mereka lalu berwukuf di Arafah tanpa seorang imam pun (yang memimpin mereka bersembahyang). Lalu di Mina, berlaku pemberontakan dan mereka (yang sedang berhaji) dibunuh di sana sehingga darahnya mengalir daripada (Jamratul) Aqabah. Mereka lalu meminta pertolongan daripada seorang yang dihormati. Mereka mendatanginya yang mana pada ketika itu dia sedang menyandarkan mukanya di Kaabah sambil menangis. Mereka berkata kepadanya, “Ke sinilah supaya kami (dapat) membaiat kepadamu.” Dia menjawab, “Celaka kamu semua ini, berapa banyak perjanjian yang telah kamu ingkari dan berapa banyak darah yang telah kamu alirkan?” Kemudian dengan terpaksa dia dibaiat. Jika kamu semua menemuinya, maka berbaiatlah kepadanya. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi di bumi dan al-Mahdi di langit.”
Disebutkan bahawa Imam Mahdi itu dicari dan dibaiat oleh orang ramai, bukan dia yang meminta orang ramai membaiatnya. Jika dia meminta orang ramai membaiatnya, maka itu bukanlah Imam Mahdi kerana Imam Mahdi tidak pernah meminta orang melantiknya sebagai pemimpin mereka. Sebaliknya merekalah yang mencarinya ke sana ke mari dan memintanya menjadi pemimpin mereka. Itulah yang sebetulnya sifat-sifat Imam Mahdi tulen. Orang Allah tidak pernah meminta simpati orang kepadanya tetapi Allahlah yang menggerakkan hati orang ramai untuk memilihnya sebagai pemimpin mereka.

Itulah kaedah pelantikan pemimpin dalam Islam. pemimpin yang dilantik tidak pernah menyorongkan muka kepada orang ramai agar mereka memilihnya sebagai pemimpin. Pemimpin sejati dalam Islam dilantik sebagai pemimpin atas kerelaan orang ramai tanpa dia meminta agar dipilih ke jawatan itu. Namun kaedah ini pada hari ini dianggap sebagai suatu yang sangat mustahil berlaku. Kenapa anggapan demikian dirasakan benar? Salah satu sebab utamanya adalah kerana orang yang menawarkan dirinya untuk menjadi pemimpin manusia itu adalah orang-orang yang bukan merupakan Orang Allah. Hanya orang Allah sahaja yang akan dilantik oleh orang ramai tanpa dipinta.

Lihatlah bagaimana para Khulafa dahulu dilantik ke jawatan khalifah. Mereka tidak pernah meminta orang ramai memilih mereka sebagai pemimpin manusia, jauh sekalilah daripada pergi berkempen ke sana ke mari, jauh sekalilah juga daripada mencerca lawan-lawan politiknya, lagi jauhlah daripada memohon simpati dan menabur janji-janji manis yang entah ditunaikan entahkan tidak itu. Mereka dipilih atas kerelaan orang ramai sedangkan mereka tidak keluar rumah pun untuk tujuan itu. Mereka juga tidak bersembahyang hajat agar mereka dilantik sebagai pemimpin dan tidak pernah berdoa agar dilantik sebagai pemimpin. Itulah politik Islam yang sebenarnya dan itulah punca naiknya Islam sebagai kuasa dunia yang terunggul. Pemerintahan mereka amat diberkati oleh Allah SWT.

Apabila ini berlaku, maka datanglah pertolongan Allah kepada umat Islam satu persatu selepas itu, datang kepada mereka dari langit seperti turunnya manik-manik tasbih yang terputus daripada benang. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bentuk turunnya pertolongan Tuhan kepada mereka. Mereka ini pula setelah tahu bahawa pertolongan Allah turun kepada mereka, tidak pula bangga tetapi semakin banyak bersyukur dan semakin giat lagi bertasbih kepada Allah. Sifat mereka ini digambarkan oleh Al-Quran sendiri seperti yang terdapat dalam keseluruhan Surah An-Nasr.

Dengan cara ini negara Islam akan terbentuk dengan sendiri, tidak mempunyai sempadan politik dan geografi dan tidak mempunyai batasan yang nyata. Semuanya sama dan semuanya mendapat perlindungan yang sepatutnya dan mendapat perhatian yang sama berat oleh pemerintah mereka. Tidak wujud dalam Islam istilah parti pembangkang kerana dalam politik Islam yang mengamalkan sistem berkhalifah, setiap pembangkang adalah penderhaka yang wajib diperangi sampai mereka bertaubat. Jika tidak bertaubat, wajib pula dibunuh dan darah mereka halal ditumpahkan. Hal ini pernah berlaku semasa Sayidina Abu Bakar RA memerintah, dalam peristiwa yang amat dikenali iaitu Ar-Riddah. Itulah bentuk pembangkang dalam Islam. Tidak akan ada dua pihak yang boleh memerintah sesebuah negara Islam. jika ini berlaku, menurut hadis, pemimpin yang kemudian itulah yang wajib dibunuh dan diperangi.
02153 18. Orang Syam Turut Membaiatnya
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi melangkah menuju satu pasukan (yang sama banyak dengan tentera) Badar (dan) daripada penduduk Syam. Oleh penduduk Syam itu, dia dibawa keluar ke (dalam) kota Makkah, tepatnya dari sebuah rumah dekat Safa. Kemudian dengan terpaksa dia dibaiat. Kemudian mereka bersembahyang dua rakaat bersama-sama di sisi Maqam Ibrahim, lalu naik ke atas mimbar untuk berkhutbah.”
Baiat ini adalah baiat oleh golongan penduduk Makkah yang baru mengetahui letaknya rumah Imam Mahdi dan para pengikutnya iaitu di sekitar Bukit Safa. Penjelasan telah diberikan dalam bahagian sebelum ini dan tidak akan dipanjangkan lagi di sini.
02154 19. Imam Mahdi Dibawa Keluar dari Rumahnya ke Baitullah
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi didatangi oleh orang ramai di rumahnya. Ketika itu manusia sedang dilanda penumpahan darah (di Mina dan Aqabah). Dia dipanggil, “Ke marilah!” Dia menolak sehingga diancam akan dibunuh. Ketika diancam akan dibunuh, dia bangkit untuk menyelamatkan umat manusia. Setelah itu tidak ada lagi penumpahan darah.”
B. Imam Az-Zuhri RH berkata,
"Daripada anak cucu Fatimah, Al-Mahdi akan dipaksa keluar dari Makkah dan dibaiat sedangkan dia tidak menyukainya.”
Ungkapan tabiin ini adalah merupakan penjelasan sahaja kepada apa yang telah disebutkan sebelum ini. Maka seperti biasa, apabila sesuatu perkara itu disebutkan banyak kali, maka mustahil pula perkara itu batil dan maudhuk. Penjelasan yang berulang-ulang juga menunjukkan bahawa peristiwa itu akan benar-benar berlaku suatu masa nanti, iaitu di kota suci Makkah. Bersama-samalah kita menantikan kemunculannya. Sambil menantikan kemunculannya itu, bersama-samalah kita memperkemaskan ibadat kita, baik yang lahir mahupun yang bersifat kerohanian dan hati kita kepada Allah SWT.

Perlu diingat bahawa berdasarkan ungkapan tabiin ini, kita diwajibkan mencari pemimpin yang ditunjuk oleh Allah apabila tiba masanya, iaitu pada awal setiap kurun Hijrah. Penduduk Makkah yang disebutkan itu sebenarnya adalah wakil sahaja bagi setiap orang Islam di seluruh dunia yang mencari Imam Mahdi, iaitu pemimpin yang telah ditunjuk dan ditentukan oleh Allah untuk masa mereka. Selain penduduk Makkah, tujuh kumpulan orang ramai yang datang dari pelbagai tempat yang jauh juga menunjukkan bahawa mereka berusaha mencari pemimpin yang dijanjikan itu untuk mereka, agar dapat dilantik segera sebagai pemimpin seluruh umat Islam.

Itulah bentuk pemilihan dalam Islam yang pada hari ini, ungkapan tabiin ini amat rahsia dan masih lagi tidak dapat difahami oleh mereka walaupun mereka mengkaji ungkapan ini sejak sekian lama, dan mengetahui maksud zahir daripadanya sejak dahulu lagi. Dalam huraian yang mereka berikan, masih tidak ada lagi seorang pun yang sanggup menghuraikannya dengan tepat seperti yang dikehendaki oleh maksud tersirat ungkapan itu. Kerana itulah juga maka umat Islam masih lagi teraba-raba mencari sistem yang betul untuk diikut dan masih lagi teraba-raba mencari siapa dia pemimpin yang harus dilantik untuk memimpin mereka. Akhirnya umat Islam terus-menerus diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam yang penuh mengelilingi mereka.
02156 21. Pembawa Bendera Imam Mahdi
A. Kata tabiin RH,
“Yang akan membawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki yang muda usianya. Dia berjanggut nipis dan berkulit kuning. Sekiranya dia menggempur gunung, nescaya gunung itu akan hancur dan menjadi rata (sehinggalah mereka) sampai ke bandar Ilyak (sebuah bandar di Baitulmaqdis).”
Pemegang Panji-panji Hitam yang dimaksudkan itu adalah Syuaib bin Saleh. Namun, Syuaib bin Saleh tidaklah sentiasa membawa Panji-panji Hitam itu di tangannya, kerana beliau adalah seorang pemimpin yang ditaati oleh setiap orang bawahannya. Maka akan ada seorang lelaki lain yang akan ditugaskan membawa Panji-panji itu yang di bawah pimpinan beliau. Orang itu adalah salah seorang kanan Pemuda Bani Tamim yang masih muda, berjanggut nipis dan kulitnya kuning, iaitu benar-benar orang dari bangsa Timur. Dia inilah yang ditugaskan membawa Panji-panji berkenaan untuk pasukannya dan dia adalah seorang yang mempunyai keramat, iaitu bertaraf wali Allah. Antara keramat terbesarnya ialah mampu meratakan gunung untuk memudahkan pasukannya melaluinya.

Boleh jadi juga yang dimaksudkan itu adalah keramat pemimpin mereka iaitu Pemuda Bani Tamim,  sedangkan pemuda pembawa bendera tadi hanyalah sebagai perintis jalan bagi kumpulannya itu. Dengan keramat pemimpin besar mereka, gunung dan bukit mampu diratakan untuk memudahkan laluan mereka. Hal ini tidaklah sukar bagi Allah kerana Dia adalah Maha Berkuasa melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya.
02157 22. Diangkat Sebagai Amir di al-Qahtani
A. Sabda Nabi SAW,
“Keadilan al-Mahdi meratai seluruh alam. Kemudian dia diangkat sebagai Amir di al-Qahtani. Demi Zat yang mengutusku dengan benar, bahawa dia (sungguh-sungguh) tidak (akan) ada yang (dapat) mengalahkannya.”(Abu Nuaim & at-Tabrani)
Al-Qahtani yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah Malaysia pada hari ini. Ada beberapa hadis yang turut menyebutkan nama Al-Qahtani, dan setiap satunya mempunyai tafsiran yang berbeza-beza pula. Dalam hadis ini, yang dimaksudkan dengan Al-Qahtani adalah benar-benar Malaysia, menurut ilmu kita pada hari ini. Maksud itu tidak akan tersilap lagi kerana sudah disebutkan (dalam bentuk isyarat)  oleh Nabi SAW mengenainya dalam beberapa buah hadis yang lain. Hal ini tambah diyakini kerana sehingga kini, tidak terdapat lagi mana-mana tempat pun yang benar-benar dapat ditunjuk sebagai Al-Qahtani, iaitu kawasan Timur seperti yang dikehendaki oleh hadis-hadis.
02158 23. Ada Suara Malaikat di Atas Kepalanya
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan muncul dan dia selalu mengenakan serban di atas kepalanya dan di atas serbannya itu ada suara yang menyeru, “Inilah dia al-Mahdi, Khalifah Allah, maka ikutlah dia.”
B. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan muncul yang (antara tandanya ialah) di atas kepalanya ada malaikat yang menyeru, “Ini adalah al-Mahdi, untuk itu, ikutilah dia.”
Pada hari ini sistem baiat sudah terlalu lama tidak dipakai lagi oleh umat Islam sehingga mereka sudah tidak tahu lagi bagaimana hendak membaiat Imam Mahdi, walaupun Imam Mahdi itu sudahpun muncul di depan mata. Maka untuk memudahkan baiat itu berlangsung, maka Allah menugaskan beberapa malaikat yang akan mengajar manusia apa-apa perkataan yang akan digunakan untuk baiat.

Hadis ini juga menjelaskan bahawa akan muncul terlalu ramai Mahdi palsu sehingga manusia sudah tidak lagi yakin kepada Imam Mahdi yang sebenar sewaktu beliau mula-mula keluar. Untuk meyakinkan manusia bahawa Imam Mahdi yang muncul itu adalah benar-benar Imam Mahdi, dan bukannya Mahdi palsu, maka akan terdengar suara malaikat di atas kepalanya yang menyatakan bahawa Imam Mahdi yang ini adalah sebenar-benar Imam Mahdi, bukan lagi Mahdi palsu yang harus ditolak oleh umat Islam.

Itulah kesannya apabila sudah terlalu ramai Mahdi palsu sehingga apabila Imam Mahdi yang sebenar muncul pun, orang ramai masih lagi ragu-ragu dan tidak meyakininya. Mereka juga masih menganggap Imam Mahdi yang muncul pada kali ini pun adalah Mahdi palsu juga, sama seperti Mahdi-mahdi yang terdahulu daripadanya. Hanya dengan bantuan malaikat yang dapat didengar suaranya itu, barulah ramai yang meyakininya sebagai Imam Mahdi yang sebenar-benarnya, bukan lagi Imam Mahdi palsu seperti dahulu.
02159 24. Perkataan Untuk Pembaiatan
A. Kata tabiin RH,
“Di atas kepada al-Mahdi tertulis kata-kata yang digunakan untuk (melafazkan) baiat.”
Selain suara malaikat yang menyatakan kebenaran Imam Mahdi yang muncul ini, tertera ayat-ayat yang akan digunakan untuk membaiat Imam Mahdi itu. Manusia akan membaiat Imam Mahdi menurut ayat yang dilihat itu.
02160 25. Malaikat Menjaga Imam Mahdi
A. Kata sahabat RA,
“Allah menugaskan malaikat seramai 3,000 untuk mengawal al-Mahdi sambil memukul orang yang memusuhi dan menentang al-Mahdi.”
B. Dari Huzaifah RA katanya, Nabi SAW bersabda,
“Kalaulah tidak tinggal umur dunia melainkan sehari sahaja lagi, pasti akan dipanjangkan oileh Allah hari itu sehingga didatangkan-Nya seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang berdiri malaikat di antara dua tangannya dan dia akan mengembangkan agama Islam.”
Imam Mahdi adalah seorang pemimpin umat yang sentiasa mendapat bimbingan, bantuan dan petunjuk daripada Allah SWT sepanjang masa. Pemimpin beginilah yang sepatutnya setiap umat Islam berlumba-lumba mencari dan melantiknya sebagai pemimpin. Jika tidak berbuat demikian, maka kita sendirilah yang akan rugi nanti. Allah tidak akan rugi apa-apa dan Jadual-Nya tetap akan berlaku juga. Kita tahu atau tidak, kita faham atau tidak, kita mahu atau tidak, Jadual-Nya tetap akan berlaku juga, walau dengan apa cara sekalipun.

Selain itu, Allah SWT akan menugaskan seramai tiga ribu atau empat ribu malaikat untuk menjaga, mengawasi, membantu dan membimbing Imam Mahdi. Mereka ini adalah petugas-petugas yang amat taat, tidak pernah tidur, tidak pernah lalai dan tetap menjalankan tugas apabila diperlukan. Mereka tidak pernah meminta upah terhadap apa-apa tugas yang mereka jalankan dan tidak pernah dapat ditipu oleh mana-mana orang pun.

Penugasan malaikat untuk membantu Imam Mahdi ini adalah juga merupakan suatu lambang bahawa Imam Mahdi itu benar-benar Orang Allah. Hanya orang Allah sahaja yang layak mendapat bantuan-Nya yang diturunkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dan keistimewaan Imam Mahdi ialah beliau diserahi dengan tiga ribu atau empat ribu malaikat yang ditugaskan untuk menuruti segala perintahnya.
Dengan bantuan malaikat inilah juga, umat Islam akan dimenangkan setiap kali mereka menentang musuh mereka iaitu orang-orang kafir yang melawan. Malaikat adalah makhluk yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa dan kekuatan mereka adalah amat besar, sebesar yang dikehendaki oleh Allah. Maka mustahil kekuatan malaikat dapat dikalahkan oleh manusia biasa, apatah lagi yang melawannya itu adalah orang-orang kafir yang memusuhi Islam.
02161 26. Umat Nabi Muhammad SAW yang Paling Bahagia
A. Kata sahabat RA,
“Sebahagia-bahagia umat pada masa al-Mahdi adalah bangsa Kufah.”
Penunjukan Kufah sebagai tempat dalam asar ini bukanlah menunjukkan benar-benar Kufah yang teretak di negara Iraq sekarang ini. Kufah yang dimaksudkan adalah bangsa Timur, iaitu bangsa Melayu. Penunjukan Kufah ini adalah kias sahaja kerana pada masa dahulu, Kufah itu dianggap sudah terletak di timur Tanah Arab. Jadi, kiasan yang paling hampir dan sesuai disebutkan pada masa itu adalah Kufah. Lagipun Kufah pada masa itu adalah kota pusat perdagangan yang bertaraf antarabangsa. Jadi memang terkenal kota Kufah ini dan mudah pula untuk diterima oleh akal pada masa itu.
 Disebutkan bahawa merekalah bangsa yang paling bahagia di dunia ini apabila Imam Mahdi muncul kelak. Ini dikeranakan oleh beberapa faktor yang antaranya adalah,
  1. Dari bangsa Melayu itulah lahirnya Imam Mahdi itu sendiri.
  2. Dari bangsa Melayu itu jugalah lahirnya Pemuda Bani Tamim.
  3. Dari bangsa itu jugalah lahirnya golongan Ikhwan yang setaraf dengan Sahabat RA.
  4. Dari bangsa Melayu itulah lahirnya golongan Asoib, yang datang dari Timur.
  5. Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim akan memerintah dunia ini dengan menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu. Pada masa itu, seluruh manusia akan bertutur dalam bahasa Melayu dan Arab.
  6. Di negara Melayu itulah terletaknya pusat pemerintahan Imam Mahdi, yang dari situlah Imam Mahdi akan memerintah seluruh dunia ini dengan hukum-hukum Islam yang sebenar.
  7. Dan nama hampir dua pertiga benua Asia akan dinamakan menurut nama negara mereka iaitu akan disebut dengan nama Malaysia Raya.
  8. Di sanalah Imam Mahdi meninggal dunia dan dimakamkan (yang disebutkan sebagai Madinah).
02162 27. Pasukan Tentera Dari Syam
A. Sabda Nabi SAW,
“Setelah (Imam Mahdi) dibaiat (di Makkah), datanglah pasukan perang dari Syam tetapi pasukan ini terbenam ke dalam bumi di Padang (al-Baidak) dekat Zul Hulaifah.”
Hadis ini telah dihuraikan maksudnya dengan panjang lebar pada bahagian-bahagian sebelum ini. Hadis ini adalah bersifat menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan oleh baginda SAW atau mengulang-ulang semula pernyataan yang pernah dibuat. Apabila sesuatu perkara itu diulang-ulang sebut, maka perkara yang disebutkan itu adalah perkara besar dan penting, terutama bagi kita yang hidup pada masa ini.
02163 28. Maksud Sebenar Imam Mahdi
Submitted by admin on Sat, 2007-10-20 12:48
A.  Abdullah bin Umar RA mendengar ada seorang Arab menyebutkan di hadapannya bahawa Al-Mahdi itu adalah Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. Abdullah RA (menjelaskan dengan) berkata,
“Itu bukanlah seperti yang kamu kata. Al-Mahdi adalah orang yang Nabi Isa AS bersembahyang di belakangnya.” ( Ibnu Tawus)
Sayidina Abdullah bin Umar RA adalah salah seorang sahabat besar yang sangat alim dan mendalam ilmunya terhadap setiap persoalan agama Islam, juga sangat peka terhadap setiap perubahan yang berlaku pada zamannya. Oleh itu, beliau dengan mudah dan tegas menjelaskan bahawa orang yang bergelar Imam Mahdi adalah orang yang lebih hebat keperibadian dan pemerintahannya daripada Sayidina Muawiyah bin Abi Sufian sehingga Nabi Isa AS yang bertaraf rasul Ulul Azmi itupun bersembahyang di belakangnya sebagai makmum. Nabi Ilyas AS yang juga seorang rasul itupun turut menjadi makmum kepada Imam Mahdi. Khidir AS juga tidak pernah menjadi imam sembahyang kepada Imam Mahdi, sebaliknya hanya menjadi salah seorang makmum sahaja kepada Imam Mahdi. Orang yang mampu mencapai tahap sedemikian hebat itu, barulah dapat dikira sebagai Imam Mahdi. Kelebihan Imam Mahdi yang satu ini tidak mampu dicapai oleh sesiapa pun, termasuk kalangan Sahabat Rasulullah SAW sendiri, seperti Sayidina Muawiyah bin Abi Sufian RA.

Secara tidak langsung juga Sayidina Abdullah bin Umar RA menjelaskan maksud sebenar Imam Mahdi iaitu apabila dia memerintah, seluruh pemimpin lain, sama ada yang Islam mahupun yang tidak Islam, akan tunduk semuanya di bawah pemerintahan beliau. Malah orang-orang yang bertaraf rasul dan Ulul Azmi pun hanya boleh menjadi makmum kepada beliau. Itulah maksud sebenar Imam Mahdi yang dikehendaki oleh baginda Rasululllah SAW dalam sekian banyak hadis yang menceritakan mengenainya.
02165 J. Tahun-tahun Awal Pemerintahannya - 1. Pusat Pemerintahan Imam Mahdi
A. Sabda Nabi SAW,
“Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”
Hal ini sudahpun dijelaskan dalam bahagian-bahagian sebelumnya, walaupun dengan keterangan dan huraian yang agak ringkas. Oleh itu, penulis tidak bercadang memanjangkan perkataan mengenainya lagi di sini.
02166 2. Manusia Mengerumuni Imam Mahdi
A. Sabda Nabi SAW,
“Umat manusia akan mencari dan mengerumuni al-Mahdi seperti lebah mengerumuni madunya. Keadilan al-Mahdi meratai seluruh alam, seperti sebelumnya bumi dipenuhi dengan penyelewengan. Pada masa ini, umat manusia menjadi seperti pada masa kanak-kanaknya, selalu bermain dan tidak pernah menumpahkan darah”
Pemimpin adalah bapa kepada rakyat dan rakyat adalah anak kepada pemimpin. Pemimpin mesti menganggap rakyatnya perlu ditarik ke jalan yang betul seperti orang menarik haiwan ternakan ke padang yang betul, bukannya ke arah jurang yang dalam atau ke padang pasir yang tandus. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang mendapat tempat paling besar dalam hati sekalian rakyat, tidak kira usia atau bangsa. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang rakyat taat kepadanya tanpa perlu disuruh-suruh atau dibentak-bentak. Pemimpin yang adil adalah orang yang dicontohi segala perihalnya oleh rakyat, sama ada yang zahirnya mahupun yang batinnya. Pemimpin yang adil adalah orang yang paling dicintai dan disayangi, lebih daripada anak-anaknya sendiri.

Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang membawa keamanan dan kebahagiaan hakiki kepada rakyatnya sehingga mereka tidak memerlukan apa-apa pun lagi selain beribadat kepada Allah SWT. Keadilannya begitu merata sehingga seorang penduduk yang tinggal nun jauh di ceruk kampung pun mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pemimpinnya tadi. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat mendekatkan hati rakyatnya kepada Allah SWT sedekat-dekatnya, dapat meninggikan iman rakyatnya setinggi-tingginya, dapat menaikkan Islam ke tempat yang semulia-mulianya dan mampu menguruskan seluruh urusan rakyatnya sehingga kepada yang sekecil-kecilnya.

Hal ini mustahil dapat dilakukan oleh sesiapa pun melainkan oleh seorang pemimpin yang bertaraf Orang Allah. Hanya pemimpin yang bertaraf ini sahaja yang akan diberi kesanggupan oleh Allah untuk menguruskan segala hal urusan manusia yang dipimpinnya kerana hakikatnya mereka hanyalah mentadbir sebagai seorang wakil sahaja, iaitu Wakil Allah. Hakikatnya yang mentadbir itu adalah Allah SWT, bukannya mereka. Maka dimampukan-Nyalah orang-Nya untuk mentadbir sesebuah negara, malah sehingga ke seluruh dunia ini sekalipun. Itulah rahsia sebenar kejayaan kepemimpinan seorang pemimpin yang bertakwa. Hal ini memang sudah terlindung daripada pandangan ahli-ahli sejarah Islam dan sejarawan dunia kerana ilmu-ilmu seperti ini tidak Allah wariskan kepada golongan-golongan yang seperti itu. Hanya Orang-orang Allah sahaja yang akan diberikan nikmat pengetahuan tentangnya.
02167 3. Imam Mahdi dan Baitulmaqdis (Jerusalem)
A. Sabda Nabi SAW,
“Seorang lelaki daripada umatku akan keluar lalu bercakap berdasarkan sunnahku, dan Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa akan menurunkan hujan dari langit (dengan banyaknya) sehingga bumi mengeluarkan segala isinya. Melaluinya dunia ini akan dipenuhkan dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan penindasan dan kekejaman. Dia akan memerintah umat ini selama tujuh tahun, lalu pergi (berhijrah) ke Baitulmaqdis.”
Lelaki yang dimaksudkan itu adalah Imam Mahdi. Bercakap berdasarkan sunnah itu maksudnya ialah mengamalkan apa yang diucapkannya, bukan semata-mata mengucapkan tanpa diamalkan. Juga bermaksud akidahnya adalah tepat seperti akidah Rasulullah SAW dan para Sahabat RA. Juga bermaksud amalannya lebih banyak daripada cakapnya kerana beliau tidak suka bercakap mengenai sesuatu melainkan beliau telah amalkannya terlebih dahulu. Hal ini amatlah sukar untuk dipraktiskan pada zaman ini oleh kebanyakan orang, sama ada para ulamanya mahupun para pemimpinnya.

Kerana keadilan pemeirntahannya, Allah SWT turunkan keberkatan dari langit dan dari dalam bumi, dari tanam-tanamannya, ternakannya dan harta bendanya. Ini boleh berlaku dengan izin-Nya dan dengan berkat keramat pemimpin yang bertakwa itu. Pemerintahannya sentiasa dibantu oleh Allah sehingga jadilah beliau seorang pemimpin yang sangat adil dan saksama sepanjang pemerintahannya. Lama pemerintahannya selepas Dajjal dibunuh adalah selama tujuh hingga sembilan tahun, iaitu menurut kadar pada masa itu, bukan menurut zaman kita sekarang ini. Tempat hijrah beliau, iaitu tempat tinggalnya selepas keluar dari kota Makkah ialah ke Baitulmaqdis.
02168 4. Imam Mahdi Menguasai Harta-benda
A. Sabda Nabi SAW,
“Pada kurun-kurun akhir umatku nanti, akan muncul seorang Khalifah yang amat mudah mendapat harta-benda (tanpa perlu apa-apa usaha pun) dengan jumlah yang tidak terkira banyaknya.”
B. Kata Abu Nadrah, kami bersama-sama dengan Jabir bin Abdullah RA, lalu dia berkata:
“Akan terjadi penduduk Iraq tidak menghantar bahan makanan dan dirham mereka.” Kami bertanya, “Dari arah mana?” Jawabnya, “Dari arah bukan Arab, yang menahannya.” Kemudian dia berkata lagi, “Aku syak bahawa penduduk Syam juga tidak menghantar dinar dan mud mereka.” Kami bertanya, “Dari arah mana datangnya?” Jawabnya, “Dari arah Rom.” Kemudian dia diam seketika, kemudian berkata, “Telah bersabda Nabi SAW, “Akan berlaku pada akhir zaman seorang khalifah yang menyebarkan harta sebanyak-banyaknya tanpa mengira-ngiranya.” Aku bertanya kepada Abu Nadrah dan Abu al-A’ala, “Kami menyangka dia itu adalah Umar bin Abdul Aziz.” Jawabnya, “Bukan.”  (Muslim)
C. Sabda Nabi SAW,
“Pada akhir umatku nanti, Al-Mahdi akan muncul yang dengannya Allah akan menurunkan hujan (yang lebat) sehingga bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya. Dia akan menyebarkan harta-benda secara saksama, lembu-lembu ternak akan bertambah dan umat ini menjadi besar. Dia akan hidup selama tujuh atau lapan (tahun).”
Kemuncak kegemilangan umat Islam adalah semasa Imam Mahdi memerintah, iaitu sejurus sebelum Dajjal keluar dan selepas Dajjal mati dibunuh. Pada masa itu, iaitu selepas Dajjal mati dibunuh oleh Nabi Isa AS, seluruh umat manusia di seluruh dunia akan memeluk Islam sebagai agama mereka sehingga hampir-hampir tiada lagi di atas dunia ini orang-orang kafir. Ini dikeranakan pemerintahan Imam Mahdi itu amat adil sehingga manusia nampak nyata kebenaran dan kebesaran agama Islam di dalam setiap hal di atas muka bumi ini. Tiada lagi yang lebih besar dan nyata melainkan Islamlah satu-satunya.
02169 5. Harta Karun Keluar Melimpah-limpah
A. Kata sahabat RA,
“Pada zaman al-Mahdi, perut bumi akan mengeluarkan galian-galian yang berharga (dan bermutu tinggi) seperti gumpalan-gumpalan emas dan perak.”
B. Apabila Khalifah Umar bin Abdul Aziz disebutkan di hadapan Matar Al-Warrak, dia berkata,
“Itu mengingatkan kita bahawa Al-Mahdi akan melakukan sesuatu yang Umar bin Abdul Aziz tidak lakukan.” Lalu dia pun ditanya, “Apakah itu?” Jawabnya, “Seorang lelaki datang menemuinya lalu meminta (harta), lalu disuruh masuk ke perbendaharaan dan mengambilnya. Dia pun masuk kemudian keluar (dengan membawa harta-benda yang banyak) tetapi apabila dia melihat orang ramai, dia pun berasa malu lalu kembali dan berkata, “Ambillah kembali apa yang kamu telah beri kepadaku.” Tetapi dia (Al-Mahdi) menolak sambil berkata, “Kami memberi, tetapi kami tidak menerima kembali.”
Kedua-dua riwayat ini adalah lanjutan kepada penerangan yang telah diberikan sebelum ini. Keberkatan yang dinikmati oleh manusia pada masa itu sudah lama hilang daripada kita sehingga ramai yang akan mempertikaikan apa yang dinyatakan itu, termasuk dari kalangan yang bertaraf cerdik pandai agama. Kalau orang kampung atau orang yang jahil agama berkata demikian, kita tidaklah berapa hairan sangat. Jika yang mempertikaikan hal ini adalah orang yang pernah mengaji agama sehingga ke peringkat yang tinggi, maka kita sebenarnya amatlah berasa hairan.

Namun, daripada ini kita dapatlah katakan bahawa keberkatan yang dimaksudkan itu sebenarnya sudah terlalu jauh daripada kita sehingga apa yang digambarkan dalam dua buah ungkapan ini dirasakan seperti cerita-cerita dongeng dalam Hikayat Seribu Satu Malam, bukan pada realitinya. Kita sudah tidak mengerti apa itu berkat, bagaimana bentuk dan caranya. Yang kita faham ialah berkat dalam doa sahaja, atau berkat orang-orang tua dan alim, atau di kalangan orang-orang berbangsa Jawa, berkat ialah hadiah semasa kenduri perkahwinan.
02170 6. Galian-galian Keluar Berketul-ketul dan Bergumpal-gumpal
A. Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Bumi akan mengeluarkan ketulan-ketulan emas dan perak dari dalam perutnya seperti tiang-tiang.” Sabdanya lagi, “Lalu seorang pencuri datang (dengan tujuan mahu mengambil harta itu) kemudian berkata (kepada dirinya), “Kerana mencuri inilah tanganku akan dipotong.” Pembunuh datang (dengan tujuan mahu mengambil harta itu) kemudian berkata, “Kerana mencuri inilah aku akan dibunuh.” Pemutus tali persaudaraan datang (dengan tujuan mahu mengambil harta itu) kemudian berkata, “Kerana mencuri inilah aku akan memutuskan lagi tali persaudaraanku.” Kemudian ketiga-tiga mereka meninggalkannya dan tidak mengambil sedikit pun daripadanya.”  (Ibnu Majah)
Hadis ini juga adalah penjelasan lanjut terhadap ungkapan yang disebutkan sebelum ini. Hanya bezanya, yang ini adalah hadis (yang ternyata keluarnya awal daripada ungkapan tabiin) dan yang terdahulu sebutnya itu adalah asar tabiin sahaja. Dari segi itu, diharap tidaklah disalah mengerti. Hanya dari segi tajuk-tajuk dalam buku ini sahaja yang dikatakan terdahulu dan terkemudian, bukan dari segi masa keluarnya ucapan atau ungkapan itu.

Manusia pada masa itu sudah menjadi terlalu kaya hati dan kaya harta benda sehingga pencuri pun tidak mahu mengambil harta yang berlonggok di tengah jalan lalu dikuisnya sahaja dengan kaki dan ditinggalkan begitu sahaja. Begitu juga setiap orang yang lalu-lalang di situ, tidak mahu mengambilnya walaupun hanya sebutir permata yang kecil sahaja. Masing-masing lebih mengutamakan keperluan orang lain yang (pada pandangan mereka) lebih memerlukan harta itu daripada mereka. Juga kerana mereka lebih mementingkan menjaga syariat, walaupun pada perkara yang kecil-kecil sahaja pada pandangan kita hari ini. Mereka juga menjadi begitu kerana amat menjaga hubungan hati mereka dengan Allah SWT walaupun pada ketika tidak ada orang yang melihatnya, dan kesempatan untuk memilikinya sudah cukup luas dan terbuka.
02171 7. Khazanah Baitullah Dibahagi-bahagikan
A. Sabda Nabi SAW,
“Tinggalkanlah bangsa Habsyi apabila mereka meninggalkan kamu semua. Sesungguhnya harta simpanan di Kaabah tidak akan dapat dikeluarkan melainkan dengan dua kekuatan.”(Abu Daud, Ahmad, al-Bukhari & Muslim)
B. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi akan membahagi-bahagikan senjata dan harta yang diperolehnya daripada Baitullah untuk Jihad fi Sabilillah. Rasulullah SAW menjelaskan kepada Umar RA mengenai penyataan al-Mahdi itu, “Saya tidak tahu, apakah saya akan menyimpan senjata dan harta tadi atau akan membahagi-bahagikannya.”
Imam Mahdi adalah orang yang diberikan kekuasaan penuh untuk membahagi-bahagikan harta simpanan Kaabah dan kelebihan Imam Mahdi yang satu ini tidak dimiliki oleh sesiapa pun, termasuk oleh Nabi SAW sendiri. Hal ini bukanlah bermaksud Imam Mahdi lebih istimewa daripada Nabi SAW, tetapi sebagai suatu kurniaan Allah SWT sahaja, kerana selepas Imam Mahdi, memang sudah tidak ada orang lain lagi yang akan memerlukannya, maka tidak perlu lagilah disimpan sahaja. Kerana itu, Imam Mahdi diberi keupayaan untuk mengeluarkan seluruh harta yang disimpan di Kaabah itu untuk apa-apa tujuan yang dirasakannya perlu pada masa itu.
02172 8. Khazanah Purba di Antokiah
A. Kata Kaab Al-Akhbar RH,
“Al-Mahdi akan mengeluarkan Peti Tabut (Bani Israel) daripada bandar Antokiah.”
B. Kata tabiin RH,
“Peti Tabut (yang dikeluarkan) dari Laut Tibriyah akan berada di tangan Al-Mahdi. Dia membawanya dan diletakkan di Baitulmaqdis. Jika orang-orang Yahudi melihat peti tersebut, maka mereka akan memeluk Islam, melainkan sebilangan kecil sahaja.”
C. Kata Tamim Ad-Dari RA,
“Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat sebuah kota Rom (yang cantik) seumpama kota Antokiah dan aku tidak pernah melihat hujan (lebat) yang turun seperti yang ada di sana.” Apabila baginda SAW mendengarnya, baginda pun bersabda, “Benar, kerana Kitab Taurat, Tongkat Nabi Musa, Peti Tabut dan singgahsana Nabi Sulaiman berada di dalam guanya. Tidak sedikit awan yang datang dari pelbagai arah kepadanya lalu menurunkan hujan di lembah itu.”
Ini adalah satu lagi kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada Imam Mahdi, yang tidak didapat oleh orang-orang lain di dunia ini sebelumnya. Walaupun semua kenyataan ini dibuat oleh tokoh Islam yang dikenali oleh ramai sebagai pembawa kisah-kisah Israiliyat, hal ini tidaklah bermakna ungkapan mereka ini harus dibiarkan begitu sahaja. Sebabnya Tamim Ad-Dari RA hanya meriwayatkan apa yang telah disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW sendiri, bukannya reka-rekaan beliau dan bukan pula diambil daripada kisah-kisah Israiliyat.
02173 9. Umat Islam Menjadi Kaya Hati
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan membuatkan hati umat Muhammad SAW berasa sangat kaya.”
B. Dari Jabir Ra, katanya Rasulullah SAW bersabda,
“Akan ada pada akhir (zaman nanti) seorang khalifah yang akan membahagi-bahagikan harta tanpa menghitungnya.”  (Muslim)
Nyatalah bahawa Imam Mahdi itu adalah orang yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membawa keadilan kepada seluruh manusia dan mengembalikan berkat kepada bumi ini dan para penghuninya. Kerana keberkatan itulah juga manusi akan menjadi manusia yang kaya hati mereka daripada mahu membolot harta dunia sebanyak-banyaknya. Mereka akan menjadi umat yang bersatu hati, tidak mahu lagi bergaduh-gaduh seperti dahulu, tidak mahu lagi berebut-rebut sesuatu apa pun, tidak mahu lagi memutuskan persaudaraan kerana hal yang kecil-kecil, tidak lagi mahu menjadi umat yang berpecah-belah kerana mempertikaikan masalah yang halus-halus dan seterusnya.

Memang manusia yang hidup pada masa itu kaya-kaya belaka, terutamanya selepas kematian Dajjal yang dibunuh oleh Nabi Isa AS. Tidak ada lagi apa-apa pun yang lebih mereka inginkan daripada sujud kepada Allah SWT sehinggakan nilai sujud pada masa itu adalah lebih berharga kepada mereka daripada bumi ini dan sekalian isinya. Begitu hebatnya iman mereka pada masa itu jika hendak dibandingkan dengan iman kita pada hari ini, yang nyata amat jauh ketinggalan ke belakang.

Kita pada hari ini, tengah-tengah sujud pun masih lagi ingatkan harta benda dunia dan masih sibuk lagi memikirkan cara-cara untuk mendapatkannya. Paling baik pun di kalangan kita ialah yang meminta diberikan harta atau ditambahkan lagi harta yang telah sedia ada padanya. Itu yang paling baik di kalangan kita pada hari ini, dari kalangan orang-orang awamnya. Yang terlalu sibuk mengumpulkan harta dunia sehingga tidak sempat sembahyang pun amatlah ramai jumlahnya. Malah yang lebih teruk lagi ialah yang terlalu asyik mengumpulkan harta sehingga tidak ingat lagi bagaimana caranya untuk bersembahyang. Yang tidak pernah sembahyang pun ada, kerana terlalu lekat hatinya pada harta dunia yang dikejar-kejarnya itu. Harta dunia itu pula sifatnya, semakin dikejar semakin jauh melarikan diri daripada orang yang mengejarnya. Semakin dikejar, semakin jauh larinya.

Imam Mahdi pula bersifat tidak pernah mengejar dunia. Dan harta dunia ini sifatnya, apabila tidak dikejar oleh seseorang, maka harta dunia itu pula yang menyerahkan dirinya kepada orang itu. Semakin tinggi takwa orang itu kepada Allah, semakin banyak harta dunia itu menyerahkan diri kepadanya, terutama kepada orang yang bertaraf pemimpin. Sebab itulah Imam Mahdi itu tidak perlu berusaha susah payah mendapatkan harta dengan segala macam cara yang dilakukan seperti amalan mana-mana kerajaan pada hari ini. Segala macam cukai dan sumber dicari dan digali supaya dapat harta, namun tidak juga banak-banyak harta yang didapatnya itu. Imam Mahdi tidak mengenakan sebarang cukai kepada manusia, hanya beberapa cukai tertentu sahaja yang masih dikekalkan, iaitu cukai-cukai yang berbentuk syarak, bukan cukai yang bersiat keduniaan.

Selain cukai-cukai syarak yang telah diwajibkan oleh sunnah, semua bentuk cukai dan bayaran akan dihapuskan sama sekali sehingga manusia menjadi bebas daripada segala macam pembayaran yang mesti dijelaskan seperti sebelumnya. Imam Mahdi adalah lebih kaya daripada segala yang ada itu sehingga beliau tidak memerlukan lagi sebarang bentuk cukai dan pembayaran. Dan, oleh kerana pemimpinnya sendiri begitu zuhud dengan harta yang ada, maka rakyat pun akan turut sama zuhud, seperti zuhudnya pemimpin mereka. Mereka bukan tidak membuat kemajuan, malah mereka jauh lebih maju daripada yang mampu dicapai oleh tamadun Barat pada hari ini. Hanya mereka adalah golongan yang zuhud dalam erti kata yang sebenarnya, tepat seperti yang dituntut oleh syarak.
02174 10. Hak Orang yang Dizalimi Dikembalikan
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi mampu mengembalikan hak orang yang pernah dizalimi, sehingga sekiranya di dalam mulut seseorang ada bekas kata-kata yang digunakan untuk berbuat zalim, maka kata-kata itu akan dikoyakkan dan ditampar semula ke mukanya.”
Keramat Imam Mahdi amat besar dan luas sehingga boleh mengoyakkan kata-kata zalim dari mulut orang yang berkata zalim itu lalu ditamparkan semula ke mukanya. Itulah balasan terhadap orang yang berbuat zalim dengan lidah. Jika berbuat zalim dengan anggota lain juga, akan dibalas pada masa itu juga. Akhirnya tiada lagi di dunia ini orang yang akan berbuat zalim, sama ada pada mulut atau pada anggota badan yang lain.

Yang dimaksudkan dengan keramat Imam Mahdi itu ialah dapat melihat bekas kezaliman seseorang yang dilakukan semasa beliau memerintah, bukan pada zaman sebelumnya. Dengan firasat yang terang dan hebat inilah Imam Mahdi dapat mentadbir setiap manusia dengan baik dan adil sehingga sebarang bentuk kezaliman akan terhapus sama sekali. Tiada siapa lagi yang berani berbuat sebarang bentuk kezaliman, walaupun dalam jarak yang amat jauh daripada Imam Mahdi.
02175 11. Tempoh Pemerintahan Imam Mahdi
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi akan berada di tengah-tengah umat Islam selama 39 tahun. Ketika itu, orang yang masih kecil berkata, “Aduhai, aku (merasakan diri aku ini) seperti orang (yang telah) besar.” Manakala orang-orang dewasa/tuanya pula berkata, “Aduhai, aku (merasakan diri aku ini masih) seperti kecil lagi.”
B. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi hidup selama 40 tahun.”
C. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi hidup selama 30 tahun.”
D. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi hidup selama 14 tahun.”
E. Kata tabiin RH,
Sesungguhnya al-Mahdi akan tinggal di Baitulmaqdis (dan memerintah dunia dari sana) selama 14 tahun.”
F. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi hidup selama 40 tahun dan meninggal dunia di atas tempat tidurnya.”
Semua penyataan di atas adalah benar. Yang berbeza itu hanyalah dari sudut mana mereka melihatnya. Melalui sudut pandangan yang berbeza itulah mereka menyatakan tempoh pemerintahan Imam Mahdi ke atas dunia ini. Jika kita telah benar-benar memahami pokok pemerhatian asasnya, maka dengan mudah pula kita dapat menerima semua penyataan ini, tanpa ragu-ragu dan tanpa banyak soal. Semua berita ini adalah sebagai menjelaskan tahap-tahap pemerintahan Imam Mahdi sahaja. Adapun yang muktamadnya adalah di tangan Allah SWT.
02176 12. Haiwan dan Tumbuh-tumbuhan Menjadi Amat Berkat
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan datang ke tengah-tengah umatku. Dia dilahirkan oleh Allah untuk membuatkan umatku menjadi sangat kaya, membuatkan mereka hidup sejahtera, binatang-binatang ternak menjadi sangat biak, tumbuh-tumbuhan menjadi makmur dan  (dia juga) akan membahagi-bahagikan harta-benda kepada umat manusia secara adil.”
Hadis ini menjelaskan perkara yang telah disebutkan sebelumnya, dan merupakan pengulangan daripada kenyataan-kenyataan dalam bahagian yang terdahulu. Oleh itu, tidak perlulah diperpanjangkan lagi di sini.
02177 13. Harta Juga Menjadi Berkat
A. Sabda Nabi SAW,
“Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki daripada keturunanku, yang (antara sifat utamanya ialah) giginya berjarak, dahinya lebar, keadilannya sangat meliputi seluruh alam dan akan mendapatkan harta-benda dengan melimpah-limpah.” (Abu Nuaim)
B. Dari Abu Said Al-Khudri RA katanya, Nabi SAW bersabda,
“Dia akan memnuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kekejaman dan penindasan. Seluruh penduduk langit dan bumi amat berpuas hati dengan (pemerintahan)nya dan dia akan mengagihkan harta benda secara saksama.” Para sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan dengan saksama itu? Rasulullah SAW menjawab, “Sama rata antara semua orang, dan Allah akan menjadikan hati setiap umat Muhammad kaya-raya, dan keadilannya amat memuaskan hati mereka sehingga dia menghantar seorang petugasnya untuk bertanya, “Siapakah (lagi) yang mahukan harta?” Tiada seorang pun yang mahukan harta yang dimaksudkan melainkan seorang yang berkata, “Saya.” Katanya, “Pergilah ke perbendaharaan dan beritahunya bahawa Al-Mahdi menyuruhnya memberikan (dia) harta benda.” Pegawai perbendaharaan itu berkata, “Ambillah sekehendakmu.” Lalu dia pun mengambil harta itu sepenuh pakaiannya lalu mengikatnya. Kemudian dia berasa bersalah lalu berkata, “Akulah umat Muhammad yang paling tamak.” Dia berhasrat memulangkan semula (harta tersebut) tetapi tidak diterima, sambil (Al-Mahdi) berkata, “Kami tidak akan menerima semula apa-apa yang telah kami berikan.” Al-Mahdi tinggal memerintah selama tujuh, lapan atau sembilan tahun. Kemudian tiada lagi kehidupan yang lebih baik daripada masa itu.”     (Abu Daud, Ibnu Hibban, At-Tarmizi, Ahmad, At-Tabrani & Abu Nuaim)
hadis ini juga adalah sambungan kepada penerangan bahagian yang sebelum ini. Oleh itu, rasa-rasanya tidak perlu juga diperpanjangkan lagi di sini.
02178 14. Pemerintahan Yang Diredai Oleh Semua
A. Sabda Nabi SAW,
“Kulit Al-Mahdi adalah seperti orang-orang Arab, bentuk tubuhnya adalah seperti bentuk tubuh orang Israel, pipi kanannya bertahi lalat dan kekhalifahannya diredhai oleh penduduk bumi, penduduk langit dan burung-burung di angkasa.”           (Abu Nuaim & at-Tabrani)
Sebab apakah pemerintahan Imam Mahdi diredai oleh seluruh penduduk bumi dan langit? Sebabnya ialah Imam Mahdi adalah orang yang diredai oleh Allah SWT. Apabila seseorang itu telah diredai oleh Allah, maka seluruh makhluk pun, sama ada di langit mahupun di bumi, pasti akan turut sama meredainya. Hanya manusia sahaja yang tidak berapa jelas akan hal ini. Setelah mendapat petunjuk dari Allah sahaja, barulah seseorang itu akan diredai oleh seluruh manusia pula.
Berdasarkan ini pulalah kita ambil kesimpulan bahawa kita wajib mencari seorang pemimpin yang benar-benar diredai oleh Allah untuk memimpin kita. Bukan sebarang-barang orang boleh kita pilih sebagai pemimpin, dengan harapan orang itu akan membawa kita kepada Allah, sedangkan dia sendiri pun tidak berapa kenal dengan Allah. Apakah seorang pemimpin yang begini sifatnya akan dapat diharapkan dapat membawa kita kepada Allah? Kita tidak boleh mencari seseorang sebagai pemimpin kita semasa kita sukakan dia, dan mencampakkannya ke belakang kita apabila kita sudah tidak sukakannya lagi.

Sifat seperti ini bukanlah sifat seorang mukmin sejati. Dalam konteks pemerintahan berkhalifah, pemimpin bukannya boleh ditukar ganti seperti kita menukar kain dan menyalin baju. Sekali kita membaiat seseorang sebagai pemimpin, baiatnya akan terus berjalan sehinggalah salah seorang daripadanya atau kedua-duanya mati. Pemimpin yang memimpin kita semasa di dunia ini adalah juga seorang yang akan memimpin kita di dalam kubur dan juga di akhirat kelak. Apakah kita hanya mencari seorang pemimpin yang hanya memimpin kita semasa di dunia sahaja dan tidak ada sangkut paut dengan kita semasa di akhirat kelak? Ingat, pemimpin yang akan memimpin kita di akhirat adalah lebih utama dan lebih perlu daripada pemimpin kita semasa kita hidup di dunia sahaja.

Jika pemimpin yang kita sayangi itu bukan merupakan orang Allah, sudah pasti masa depannya di akhirat sana samar-samar. Jika dia bernasib baik dimasukkan ke dalam syurga, kita pun akan turut bernasib baik mendapat syafaat darinya untuk turut dimasukkan ke syurga juga. Jika nasibnya buruk sekali kerana terpaksa dicampak ke neraka, maka kita pun turut terancam kerana ada kemungkinan kita pun akan turut ke neraka. Bukankah Nabi SAW sudah menyebutkan bahawa setiap orang itu di akhirat kelak akan mengikut orang yang disayanginya? Jika pemimpinnya ke syurga, dia akan dapat tiket mudah untuk ikut serta. Dan jika pemimpinnya ke neraka, dia pun akan turut sama.

Dan itulah sebabnya pemerintahan Imam Mahdi diredai oleh seluruh penduduk bumi dan penduduk langit, kerana keberadaannya di kalangan umat manusia, bukan sekadar berfungsi memimpin zahir manusia, malah beliau juga adalah pemimpin hati mereka, pemimpin agama mereka, pemimpin yang akan memimpin seluruh manusia semasa berada di Padang Mahsyar kelak dan juga pemimpin mereka semasa berada di dalam syurga nanti. Imam Mahdi adalah pemimpin di dunia, pemimpin di akhirat dan pemimpin di dalam syurga. Itulah sifat-sifat sebenar seorang pemimpin sejati. Seorang pemimpin sejati seperti Imam Mahdi, apabila beliau telah meredai seseorang maka orang itu ada harapan besar untuk turut masuk ke syurga, dan orang yang meredainya juga ada harapan yang besar untuk diikutsertakan masuk sama ke dalam syurga. Itulah rahmat Tuhan yang sangat luas kepada manusia pada akhir zaman, jauh lebih luas daripada keseluruhan luas kolong langit ini.
02179 15. Imam Mahdi Berhijrah
A. Kata sahabat RA,
“Tempat hijrah al-Mahdi adalah Baitulmaqdis.”
Imam Mahdi adalah pemimpin seluruh manusia. Ucapan sahabat RA ini tidaklah bersalahan dengan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW sebelumnya mengenai hal yang sama. Memang secara zahirnya nampak amat berbeza daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Apakah dengan hanya memahami maksud zahirnya semata-mata maka kita pun lekas-lekas menghukumkan bahawa sahabat RA ini telah mengingkari apa yang telah disabdakan oleh baginda SAW? Apakah para sahabat RA tidak mengetahui akan hadis lain yang menentuh mengenai Imam Mahdi?

Apakah hanya dengan menilai maksud zahirnya sahaja, maka kita menghukumkan bahawa ungkapan sahabat RA ini sebagai maudhuk atau syaz? Nyatalah bahawa sebenarnya ilmu kita yang amat sedikit, kefahaman kita yang terlalu nipis, hukuman kita yang terlalu terburu-buru nafsu dan pandangan kita yang terlalu sempit. Riwayat ini tidaklah salah, matannya adalah jelas dan tidak mungkin salah terima atau berlaku sebarang syaz.

Imam Mahdi sebenarnya mempunyai beberapa kediaman dan mampu sahaja untuk tinggal di beberapa buah tempat di mana-mana pun di atas dunia ini. Seluruh dunia ini adalah milik beliau untuk diperintah dan dikuasai. Beliau juga adalah orang yang Allah telah redai, sama ada di dunia ini mahupun di akhirat sana. Maka orang yang sebesar dan semulia beliau itu, tidaklah mustahil untuknya membina beberapa buah rumah sekali gus di mana-mana sahaja. Hal sebegini pun tidaklah asing pada kita yang hidup sekarang. Telah terbukti beberapa orang pemimpin besar dunia memiliki beberapa buah rumah sekali gus di beberapa buah negara asing. Maka apakah salahnya Imam Mahdi yang nyata lebih mulia dan bertakwa itu memiliki apa yang pernah dimiliki oleh pemimpin lain yang tidak Allah redai?
Maksud tempat hijrahnya itu bukanlah bermaksud Imam Mahdi akan berhijrah ke Baitulmaqdis seperti kita berhijrah ke sesuatu tempat. Pusat pemerintahannya tetaplah di Timur, tidak lain dan tidak bukan. Yang dimaksudkan beliau berhijrah ke Baitulmaqdis ialah beliau akan membina kediaman baru di Baitulmaqdis setelah kawasan suci itu berjaya diambilnya semula daripada orang-orang Yahudi, sebagai lambang kemenangannya ke atas bangsa Israel itu. Dengan hijrahnya beliau ke tanah suci itu, beliau akan membina pusat pemerintahan kedua di situ dan menempatkan salah seorang puteranya untuk memerintah dunia sebelah sana, berpusat di Baitulmaqdis. Beliau akan terus kekal memerintah di Timur kerana pemerintahannya di situ sudah ditetapkan oleh hadis-hadis.

Selain itu, dimaksudkan berhjrah ke sana adalah beliau akan meninggalkan pusat pemerintahannya di Timur untuk tempoh yang agak lama. Sebabnya, selepas berjaya mengambil semula Baitulmaqdis daripada orang-orang Yahudi, beliau akan merancang dan merangka serangan ke atas Eropah secara besar-besaran. Peperangan terhadap Eropah itu akan berlangsung selama lebih dua puluh tahun, menurut ukuran kita pada zaman sekarang atau tujuh tahun menurut ukuran pada zaman Imam Mahdi itu. Peninggalannya yang agak lama itu dapat disamakan bahawa seolah-olahnya beliau berhijrah ke Baitulmaqdis.
02180 16. Menyeru Manusia ke Jalan yang Benar
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan memerangi umat manusia sehingga mereka kembali ke jalan yang benar.”
Hadis ini menyatakan bahawa Imam Mahdi akan menegakkan Islam secara tulen, sama seperti yang dibawa dan dilaksanakan oleh baginda SAW pada zaman kenabian dahulu. Untuk menegakkan Islam secara tulen itu, Imam Mahdi akan berperanan besar untuk membetulkan seluruh manusia daripada kesesatan yang telah terlalu jauh mereka lakukan, sejak sekian lama itu. Kerana itu, selain Imam Mahdi, para pembantunya akan turut berperanan besar memulihkan semula akidah, amalan dan penghayatan Islam secara mutlak di dalam diri setiap umat Islam.

Untuk itu, Imam Mahdi akan memerangi orang-orang yang masih melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan sungguh-sungguh setiap apa yang telah mereka lakukan, lalu kembali semula ke jalan yang benar. Maksud jalan yang benar ialah akidah yang tepat dengan apa yang difahami dan diamalkan oleh para sahabat RA pada zaman Rasulullah SAW dahulu. Sehingga dengan itu, tidak ada lagi di dunia ini mazhab-mazhab akidah seperti yang terdapat pada hari ini. Pada masa itu, akan sirnalah mazhab Syiah dari atas muka bumi ini buat selama-lamanya, begitu juga mazhab Khawarij yang mengutamakan akal, mazhab Murjiah, mazhab Wahabi, mazhab Qadariah, mazhab Jabbariah, mazhab Qadiani, mazhab Al-Quran (antihadis) dan sebagainya lagi.

Begitu juga mazhab-mazhab dalam ilmu fikah seperti Maliki, Syafie, Hanafi dan Hanbali akan dihapuskan terus dari atas muka bumi ini. Semua mazhab fikah ini tidaklah salah, hanya semuanya akan disatukan semula, sama seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dahulu. Hasilnya, seluruh umat Islam akan beramal dengan satu kaedah amalan sahaja, iaitu Sunnah Rasulullah SAW dan tidak lagi disebut sebagai mazhab. Perkataan mazhab itu sendiri menunjukkan adanya dua kaedah atau lebih, hasil daripada dua pemahaman (atau lebih) dalam sesuatu masalah fikah. Maka pada masa Imam Mahdi itu, istilah mazhab terhapus dengan sendirinya, tidak lagi dipakai orang.

Maksud memerangi itu juga adalah sesuatu yang umum. Boleh jadi memerangi itu adalah dengan ucapan dan penghayatan untuk dicontohi oleh orang yang masih mengamalkan bidaah dan khurafat itu sehingga mereka kembali semula mengamalkan kaedah Islam, seterusnya meninggalkan amalan lama mereka itu. Maksud kedua ialah berusaha dengan bersungguh-sungguh membasmi perbuatan maksiat, bidaah dan khurafat dari atas muka bumi ini dan menggantikannya dengan kaedah Islam yang lebih cantik dan syumul itu. Boleh jadi juga memberi amaran akan memerangi mereka yang masih berdegil melakukan amalan-amalan yang menyalahi agama itu sehingga mereka benar-benar kembali ke pangkal jalan. Dan boleh jadi juga Imam Mahdi benar-benar memerangi mereka sehingga mereka dikalahkan atas kedegilan dan kekerasan hati mereka itu. Dengan itu, akan sirnalah segala kemungkaran, maksiat, bidaah dan khurafat yang masih berlaku itu sehingga mereka dihapuskan terus dari muka bumi ini.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa Imam Mahdi itu memang benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap sekalian rakyatnya dan setiap apa yang mereka lakukan. Beliau hanya mahukan rakyat jelatanya mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh tanpa memilih bulu atau sebagainya. Setiap apa yang mereka lakukan sentiasa mendapat perhatian daripada Imam Mahdi, termasuk pada perkara-perkara yang pemimpin hari ini melihatnya sebagai perkara remeh-temeh dan tetek bengik.
02181 17. Berperang Mengikut Sunnah
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan melakukan peperangan (ke atas bukan Islam) berdasarkan sunnah, sebagaimana Nabi SAW melakukan peperangan berdasarkan wahyu.” (Abu Nuaim)
Oleh kerana wahyu sudah tidak turun lagi, maka Imam Mahdi akan menjadikan Sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dasar untuknya melaksanakan peperangan terhadap sesuatu kaum. Dalam melaksanakan tugas ini, sunnahlah yang diletakkan di hadapan mengatasi segala yang lain, termasuk akan dan nafsu. Keadaan ini samalah dengan Rasulullah SAW dahulu yang berperang berdasarkan wahyu.

Maksud tersiratnya adalah bahawa Imam Mahdi akan sentiasa mendapat bimbingan dan panduan secara terus daripada Rasulullah SAW sendiri sama ada mahu melancarkan peperangan atau tidak terhadap sesuatu kaum. Semasa menerima panduan daripada Rasulullah SAW ini, Imam Mahdi akan menerimanya melalui ilham yang tepat yang diterima terus daripada baginda SAW, melalui firasat yang Allah kurniakan kepadanya, melalui yaqazah secara terus dengan Rasulullah SAW atau melalui hatif (semata-mata suara, tanpa jasad).
02182 18. Mencari dan Membunuh As-Sufyani dan Kalb
A. Kata tabiin RH,
“Ketika al-Mahdi mendengar berita tentang terbenamnya pasuka as-Sufyani di al-Baidak, yang ketika itu dia sedang berada di Makkah, terus keluar bersama-sama 12,000 orang pasukan, yang di antaranya adalah para Wali Abdal hingga sampai di Ilyak. Bersamaan dengan itu, ketika as-Sufyani mendengar berita tersebut, dia bercadang mahu menyerah diri kepada al-Mahdi tetapi dicela oleh pamannya iaitu Kalb. Kemudian dia menyerang al-Mahdi (tetapi tewas) dan terus ditangkap. Al-Mahdi berkata, “Inilah dia orang yang menentang perintahku.” Kemudian diambil keputusan untuk memenggalnya di atas batu di Ilyak. Seterusnya al-Mahdi mencari Kalb dan membinasakannya.”
As-Sufyani adalah pihak yang sangat kuat menentang Imam Mahdi sehingga akhirnya pasukan tenteranya tenggelam ke dalam tanah, akibat kederhakaannya kepada kekuasaan Islam. Ternyata bahawa As-Sufyani itu tidaklah sehandal mana kerana mereka sebenarnya pada masa itu, sudah merasakan kekuatan roh tentera Islam manakala mereka sendiri terasa inferior. Perlawanan yang tidak bererti sangat itu hanyalah dikeranakan kedegilan para pemimpin utamanya yang mahukan juga peperangan. Akibatnya, apabila berlaku peperangan mereka dengan mudah sahaja tewas kepada askar-askar Islam yang amat hebat itu.

Imam Mahdi sendiri semasa melakukan penaklukan terhadap Eropah itu memakai serban berwarna biru dan dengan bantuan para wali Allah dan malaikat, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Eropah yang bersatu itu. Lama masa peperangan di Eropah ini adalah dua puluh tiga tahun menurut ukuran kita pada hari ini atau ukuran di Eropah sendiri, manakala menurut pandangan tentera Imam Mahdi (tentera Islam sendiri) masa yang diambil untuk menakluk Eropah itu adalah selama tujuh tahun tujuh bulan. Lihat pada bahagian berikut untuk mengetahui dengan tepat maksud angka-angka itu.
02183 19. Imam Mahdi Membunuh Kalb
A. Sabda Nabi SAW,
“Orang yang gagal adalah orang yang gagal (membantu) pada hari (pembunuhan) Kalb, walaupun hanya sekadar mengikatkan kakinya sahaja.” (Osman bin Said)
B. Sabda Nabi SAW,
“Rugi besarlah bagi sesiapa yang tidak menyaksikan penyembelihan Kalb. Al-Mahdi akan membahagikan harta, memerintah manusia berdasarkan Sunnah Nabinya dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Maka dia tinggal di dunia selama tujuh tahun, kemudian meninggal dunia dan akan disembahyangkan oleh seluruh kaum muslimin (di seluruh dunia).”  (Abu Daud & Al-Hakim)
Ada dua kemungkinan besar yang dikatakan sebagai Kalb itu iaitu kuasa-kuasa besar Eropah yang terdiri daripada Great Britain dan Perancis. Kedua-duanya adalah musuh ketat kepada Islam, walaupun penduduk di kedua-dua negara itu ramai yang beragama Islam. Kemungkinan kedua adalah Israel kerana pemimpin Israel adalah paman kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Kerana itu pemimpinnya ditangkap lalu dibunuh seperti orang menyembelih seekor kambing korban.

Namun, berdasarkan ramalan Nostradamus, pemimpin yang dikatakan ditawan dan dibawa ke Malaysia adalah dari Eropah iaitu pemimpin Scotland. Kalb yang dimaksudkan oleh Nostradamus itu adalah Pope yang mati terbunuh di Perancis, semasa berada di kota Avignon. Begitulah menurut ramalan Nostradamus yang jika dilihat baik-baik, lebih bersifat memperincikan lagi apa-apa yang telah disebutkan oleh baginda SAW, para sahabat RA dan tabiin RH beratus-ratus tahun sebelum Nostradamus itu lahir.
Setelah tamat Perang Salib terakhir dan terbesar itu, yang juga merupakan Perang Dunia Ketiga, kali ini bukan lagi antara Britain dengan Jerman dan sekutu masing-masing, tetapi antara Asia dengan Eropah atau lebih tepat lagi antara Kristian dengan Islam. Perang kali ini adalah perang agama yang terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah kerana setelah tamat perang Islam-Kristian ini, lebih satu pertiga penduduk Eropah mati terbunuh, manakala yang selebihnya akan mengaku kalah dan ramai yang memeluk agama Islam.

02184 20. Imam Mahdi Membunuh as-Sufyani
A. Kata tabiin RH,
“As-Sufyani ditawan dan dikirimkan kepada al-Mahdi, kemudian diputuskan untuk dipenggal di atas pintu ar-Rahabah. Kemudian perempuan suku Kalb - iaitu bapa saudara as-Sufyani - dan harta-harta rampasannya dijual di jalan-jalan di kota Damsyik.”
Ucapan tabiin ini sebenarnya adalah lanjutan daripada penerangan yang telah diberikan sebelum ini. Oleh itu, tidak perlulah dihuraikan lagi dengan panjang lebar.
A. Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH berkata,
“Al-Mahdi, as-Sufyani dan Kalb akan bertempur di Baitulmaqdis selepas pembaiatan diberi (kepada Al-Mahdi). As-Sufyani akan tertawan lalu dipenggal lehernya di Babur Rahabah.”
Huraian ungkapan ini juga telah diberikan sebelumnya walaupun mungkin secara yang agak pendek. Setiap orang yang membacanya dirasakan dapat memahaminya dengan baik akan maksudnya.
02186 22. Panglima Perang Imam Mahdi
A. Kata tabiin RH,
“Panglima perang al-Mahdi adalah orang yang paling terpilih. Penolong dan pembaiat al-Mahdi adalah penduduk Kufah, Yaman dan para Wali Abdal  dari Syam. Yang berada di hadapan al-Mahdi adalah Jibril dan Mikail. Dia sangat dicintai oleh makhluk, kepemimpinannya mampu menyelesaikan masalah bencana yang sedang menjadi-jadi, penduduk bumi berasa aman tenteram sehinggakan lima orang wanita dapat melakukan ibadat haji dengan (penuh aman) tanpa seorang pun muhrim (yang mengawal). Mereka tidak berasa takut (terhadap apa pun sepanjang perjalanan dan semasa mengerjakan haji) melainkan kepada Allah.”
Pemimpin yang baik akan menghasilkan rakyat yang baik. Pemimpin yang bertakwa akan menghasilkan rakyat yang bertakwa. Pemimpin yang imannya tinggi akan menghasilkan rakyat yang imannya tinggi. Pemimpin yang mencintai Allah sepenuh hati akan menghasilkan rakyat yang mencintai Allah sepenuh hati mereka. Pemimpin yang membesarkan Allah pada setiap ketika akan menghasilkan rakyat yang membesarkan Allah pada setiap ketika. Pemimpin yang kuat beragama akan menghasilkan rakyat yang kuat beragama. Pemimpin yang terpilih akan menghasilkan pengikut-pengikut yang terpilih. Pemimpin yang diberkati akan menghasilkan pemerintahan yang diberkati, negara yang diberkati, hasil mahsul yang diberkati dan rakyat yang diberkati.
Pemimpin yang baik adalah untuk rakyat yang baik. Mustahil sebuah negara yang pemimpinnya baik tetapi rakyatnya tidak baik atau sebuah negara yang pemimpinnya jahat tetapi rakyatnya baik-baik belaka. Jika ini berlaku juga, maka yang sebenarnya kedua-dua pihak, rakyat dan pemimpinnya, adalah tidak baik. Pemimpin yang berjiwa tauhid akan membimbing rakyatnya ke arah Tuhan, dengan cara yang betul dan tempat yang betul. Hal ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh sebarang pemimpin, terutamanya yang mempunyai rekod pemerintahan yang buruk. Hanya yang baik sahaja yang membawa kebaikan. Hanya yang suci sahaja dapat menyucikan yang kotor. Yang kotor tidak akan dapat menyucikan sesuatu yang sedia kotor.
02187 23. Imam Mahdi Menguasai Seluruh Bangsa Arab
A . Sabda Nabi SAW,
“Dunia ini tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab (seluruhnya) diperintah oleh seorang lelaki dari kaum keluargaku, yang namanya menyamai namaku.”
B. Dari Abdillah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Dunia ini tidak akan binasa sehinggalah seorang dari Ahlulbaitku menguasai seluruh bangsa Arab yang namanya sama nama dengan namaku.”(At-Tarmizi & Abu Daud)
Bangsa Arab pada hari ini memang terkenal sebagai suatu bangsa yang degil, susah dibentuk, susah untuk dibawa berunding, kasar dan tidak mahu mendengar cakap. Mereka juga amat sukar untuk mentaati mana-mana pemimpin pun, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu bukan dari kalangan bangsa mereka. Alangkan yang dari bangsa mereka sendiri pun amat sukar untuk menyatukan mereka, inikan pula jika pemimpin itu datangnya dari bangsa yang asing pada mereka.
Namun itulah satu lagi keramat besar Imam Mahdi yang Allah SWT kurniakan kepada beliau sehingga mampu menyatukan kepada dan hati seluruh bangsa Arab yang amat degil-degil itu sehingga menjadi satu bangsa yang kuat, sama seperti yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, zaman Khulafa RA dan tabiin RH. Sebab itulah Nabi SAW sangat berbangga dengan keramat Imam Mahdi yang satu ini, kerana baginda SAW sudah amat arif akan hal ehwal bangsa Arab pada akhir zaman ini. Pada masa itu, seluruh bangsa Arab yang mendiami seluruh Asia Tengah termasuk utara Afrika akan bersatu hati dan pemikiran serta matlamat, setelah sekian lama berpecah-pecah dan mengikut kepala masing-masing sahaja. Jadilah mereka sebagai bangsa yang kuat, namun zaman ini bukan lagi zaman untuk mereka memegang kuasa dunia. Pemegang kuasa dunia Islam kali ini sudah dipegang oleh bangsa Melayu yang mula-mula mempelopori kebangkitan Islam buat kali yang kedua ini.
02188 24. Imam Mahdi Memerangi Eropah
A. Kata tabiin RH,
“Allah akan membangkitkan seorang lelaki yang akan memerangi Romawi dan akan diberi sepuluh keistimewaan.”
Imam Mahdi adalah pemimpin umat Islam yang Allah SWT berikannya sepuluh keistimewaan. Tiada siapa yang mengetahui apakah keistimewaan itu melainkan Allah SWT, Rasulullah SAW, sebahagian Sahabat RA, sebahagian tabiin RH, Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi sendiri. Orang lain tidak diberikan pengetahuan apa-apa pun tentang keistimewaan Imam Mahdi itu. Dan penulis sebenarnya tidak bercadang memanjangkan bicara tentang sepuluh keistimewaan Imam Mahdi itu.
02189 25. Imam Mahdi Menakluk Eropah Melalui Turki
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi mengibarkan panji-panjinya ke negara (yang pernah ditakluk oleh) Turki dan menundukkan penduduknya. Dia mengambil (semua) harta yang ada di wilayah-wilayah itu lalu bergerak menuju ke Syam dan menundukkan penduduknya (juga). Kemudian dia membebaskan setiap hamba dan membayarkan harga tebusan bagi setiap hamba itu.”
Disebutkan bahawa Imam Mahdi akan mendatangi Eropah melalui Turki. Sebenarnya Turki ini hanyalah salah satu jalan yang digunakan oleh Imam Mahdi untuk memerangi Eropah. Ini dikeranakan Imam Mahdi memasuki Eropah sebanyak dua kali. Sekali lagi ialah dengan menggunakan jalan laut, yang diseberanginya dari utara Maghribi hingga ke Eropah dan terus masuk ke Eropah Barat.
Yang melalui Turki ini adalah penaklukannya terhadap kawasan di Eropah Timur, iaitu negara-negara Eropah yang kebanyakannya adalah negara-negara bekas jajahan Kerajaan Turki Osmaniah dahulu. Setelah itu Imam Mahdi memerangi negara-negara di Eropah Timur itu lalu membebaskan penduduknya daripada hutang-hutang dan kesempitan hidup yang amat menggigit yang sedang mereka alami pada masa itu. Harta-harta rampasan perang yang diperoleh itu dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduknya sehingga mereka tidak lagi menanggung apa-apa hutang pun sepanjang hidup mereka selepas itu.
02190 26. Nama Panglima atau Khalifah Imam Mahdi di Eropah
A. Kata Kaab al-Akhbar RH,
“Setelah al-Mahdi (mendapat kuasa), ada (wakil) khalifah yang bernama al-Qahtani. Dia memerintah sepertimana yang diperbuat oleh al-Mahdi. Dialah yang akan menundukkan bandar-bandar Romawi dan akan merampas ghanimah-ghanimahnya.”
Kata-kata tabiin ini adalah umum dan dapat ditafsirkan dengan beberapa maksud. Namun di sini, yang dimaksudkan itu adalah seorang pemimpin dari kalangan bangsa Melayu juga, yang dilantik sebagai wakil khalifah di benua Eropah. Siapa orangnya itu? Jika berdasarkan nama yang diberi, iaitu Al-Qahtani, adalah merujuk kepada nama pusat pemerintahan Imam Mahdi di Malaysia. Maknanya, pemimpin perang Imam Mahdi ke Eropah itu adalah dari kalangan yang berbangsa Melayu. Dan pastilah pemimpin perang yang dilantik itu adalah orang yang benar-benar terpilih dari kalangan yang amat terpilih. Marilah kita berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha keras agar kita dimasukkan ke dalam golongan yang benar-benar terpilih itu. Mana tahu suatu masa nanti kita yang akan terpilih untuk merealisasikan kehendak hadis-hadis Nabi SAW dan ucapan para tabiin RH itu. Alangkah bertuahnya kita jika kita terpilih menjadi salah seorang anggota pasukan perangnya dan langkah pula bertuahnya juga jika diangkat sebagai pemimpin perang Imam Mahdi.
02191 27. Siapa al-Qahtani itu
A. Kata Kaab al-Akhbar RH,
“Makhzumi (dilantik) menjadi pemimpin, tetapi kemudian (dia) mengundur diri. Lalu ada susuk seorang manusia yang tangkas, berbadan tinggi dan berbahu lebar. Dia membunuh setiap orang yang berselisih jalan dengannya, sehinggalah dia sampai ke Baitulmaqdis lalu dia mati di sana (sebaik sahaja masuk). Dia ini amat zalim dan aniaya. Setelah itu ada seorang (pemimpin) yang berbuat baik, kemudian al-Qahtani menjadi pemimpin. Dia berakhlak seperti akhlak saudaranya, iaitu al-Mahdi.”
Yang dimaksudkan di sini adalah pemimpin di suatu kawasan, iaitu sebagai wakil khalifah bagi Imam Mahdi. Orangnya tidak disebutkan dengan jelas, hanya disebutkan gelarnya iaitu Al-Makhzumi. Pemimpin ini kemudian berundur kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, dan pengundurannya diterima oleh Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. Pengundurannya itu menyebabkan berlaku sedikit kegemparan sehingga ada yang tidak dapat menerima pengunduran itu dan marah-marah, sambil memukul setiap orang yang ditemuinya. Perbuatannya ini menyebabkan Imam Mahdi marah kepadanya lalu tempat pemimpin yang berundur itu digantikan oleh seorang lelaki lain yang lebih adil dan baik (soleh). Selepas itu barulah Al-Qahtani menjadi pemimpin di tempat itu, sebagai wakil khalifah kepada Imam Mahdi. Al-Qahtani itu sebenarnya bukan adik-beradik kepada Imam Mahdi seperti yang selalu difahami oleh kita berdasarkan istilah ikhwan yang digunakan.

Maksudnya yang sebenar, Al-Qahtani itu adalah salah seorang anggota Ikhwan Imam Mahdi, yang huraian mengenai golongan Ikhwan itu sudah diberikan pada bahagian sebelum ini. Ternyata pula bahawa Ikhwan yang diberi tugas besar ini mampu melakukannya dengan baik sehingga dikatakan akhlaknya hampir menyamai dengan akhlak Imam Mahdi sendiri. Itulah dia pemimpin sejati, yang mampu mendidik pengikutnya sehingga benar-benar menjadi celupan kepada peribadi sebenar pemimpinnya.
02192 28. Siapa Pula al-Makhzumi Itu
A. Kata Az-Zubair RA,
“Al-Makhzumi akan dibaiat setelah al-Mahdi (dibaiat). Dia akan memimpin (menjadi wakil khalifah untuk Imam Mahdi) dalam waktu yang lama. Kemudian ada suara dari langit yang bukan merupakan suara manusia ataupun jin (kafir) yang menyebutkan, “Baiatlah si fulan. Janganlah kamu semua kembali kepada kekufuran setelah berhijrah.” Tetapi mereka tidak tahu kepada siapa yang akan mereka baiat. Kemudian suara tadi menyeru (lagi) sampai tiga kali. Lantas al-Mansur dibaiat. Kemudian al-Mansur menyerang al-Makhzumi tetapi Allah membantu al-Makhzumi. Maka al-Makhzumi berjaya membunuh al-Mansur dan bala tenteranya.”
Al-Makhzumi dalam ungkapan ini adalah pembantu kanan kepada Al-Qahtani. Beliau diberi kekuasaan yang luas untuk ditadbir, dan beliau mentadbirnya dengan baik dalam tempoh yang lama. Peribadi yang disebut sebagai Al-Mansur dalam asar ini bukanlah Al-Mansur Pemuda Bani Tamim itu. Al-Mansur ini adalah pemimpin kanan kepada Al-Makhzumi. Al-Makhzumi adalah seorang pemimpin yang adil dan taat kepada perintah Imam Mahdi manakala Al-Mansur pula mempunyai niat yang lain iaitu untuk kepentingan dirinya sendiri. Kerana niat yang salah itulah akhirnya dia kalah kepada Al-Makhzumi. Akhirnya ternyata bahawa Al-Makhzumi tetap menjadi pemimpin di kawasan itu, iaitu sebagai wakil khalifah kepada Imam Mahdi. Setelah itu, dunia kembali menjadi aman damai dan tiada lagi sebarang persengketaan antara dua manusia pun.
02193 29. Putera Imam Mahdi Turut Menjadi Pemerintah
A. Kata Kaab al-Akhbar RH,
“Setelah al-Mahdi (mendapat kekuasaan), ada seorang lelaki dari keturunannya sendiri yang menjadi (wakil) khalifah, yang mana kelemahannya lebih banyak daripada kebaikannya. Dia membawa perpecahan setelah adanya persatuan dan ukhuwah. Dia tidak lama memerintah kerana dibunuh oleh seorang lelaki dari keturunan al-Mahdi juga.”
B. Kata Arto’ah bin Zufar (seorang tabiit tabiin pada zaman Abdul Malik bin Marwan),
“Al-Mahdi akan singgah di Baitulmaqdis. Setelah itu ada khalifah dari keturunannya yang memimpin dalam waktu yang panjang. Para pemimpin ini memerintah umat manusia sehingga mereka bersembahyang di belakang Bani Abbas.”
Imam Mahdi memecahkan dunia ini kepada beberapa bahagian dan pada setiap bahagian itu dilantiknya wakil khalifah untuk membantunya mentadbir dunia yang luas dan berpenduduk ramai ini. Salah seorang wakil khalifahnya adalah dari anak cucunya sendiri, mengenangkan keutamaan keturunan Nabi Muhammad SAW. Namun, beliau tidak berapa layak memerintah lalu diturunkan oleh seseorang dari keturunan Imam Mahdi juga, dengan tujuan untuk mengelakkan berlakunya perpecahan kepada umat Islam yang telah bersatu itu, dan untuk menyelamatkannya dari terus jatuh ke lembah kebinasaan akibat kelemahannya. Dengan itu, selamatlah maruahnya dan maruah seluruh keluarga Nabi Muhammad SAW daripada dimalukan oleh keturunan Imam Mahdi yang seorang ini.
02194 30. Berlaku Perang Dunia Ketiga
A. Sabda Nabi SAW,
“Seandainya umur dunia ini cuma tinggal sehari sahaja lagi, nescaya Allah akan memanjangkan hari itu, sehingga (Allah) mengangkat seorang amir daripada keturunanku, yang mana perang besar (Al-Malhamatul ‘Uzma) akan terjadi dalam masa pemerintahannya. Dan Islamlah yang akan menang. Sesungguhnya Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya dan amat cepat (pula) hisabnya.”     (Imam Ahmad, at-Tarmizi & Abu Daud)
Rasulullah SAW sendiri sudah menyebutkan bahawa peperangan antara tentera Islam dengan tentera Kristian adalah perang yang sangat besar, yang menelan korban yang amat besar pula. Itulah dia Perang Salib terakhir atau Perang Dunia Ketiga atau Perang Penentu kerana jika Kristian kalah, maka seluruh agama Kristian akan punah ranah dan hanya tinggal sejarah. Jika Kristian menang, mereka akan terus kekal di atas muka bumi ini walaupun pengaruh mereka sudah amat merosot.
Dan sesungguhnya umat Islamlah yang akan menang ke atas Kristian dan seterusnya menakluk seluruh Eropah lalu mengislamkan penduduknya yang masih hidup. Mulai saat itu, agama Kristian tinggal sejarah kerana penganutnya kini amat kecil sekali, hanya kekal dianut oleh beberapa ribu orang sahaja, dan dalam kelompok yang amat minoriti pula. Yang lain telah memeluk agama Islam dan menjadi penganutnya yang soleh-soleh pula.
Perang ini amat dahsyat, melangkaui masa dua puluh tiga tahun bagi Eropah. Semasa peperangan ini, Eropah mengalami penderitaan yang hebat-hebat seperti kemarau panjang yang mengeringkan terus sungai-sungai yang selama ini tidak pernah kering, hujan yang tidak turun-turun walaupun setitik selama tiga tahun, kekurangan bahan makanan dan haiwan-haiwan ternakan yang habis mati kepanasan. Kebuluran brmaharaja lela di mana-mana sahaja di seluruh Eropah. Pendek cerita, Eropah mengalami kekalahan besar dan penderitaan yang amat dahsyat.
Anehnya, pada masa yang sama umat Islam pula sedang menikmati hidup yang sangat aman damai, bahagia dan berkat. Hidup mereka tidak pernah kurang satu apapun, air mudah didapati, tanaman berkembang subur dan haiwan-haiwan kembang biak. Harta benda pula melimpah ruah. Itulah keberkatan yang Allah turunkan kepada Imam Mahdi dan negara-negara yang berada di bawah kekuasaannya.
02195 31. Imam Mahdi Menakluk Eropah
A. Dari Hasan bin Atiyyah, dia berkata,
“Mak-hul dan Ibnu Abi Zakaria cenderung kepada Khalid bin Ma’dan, sedangkan aku pula lebih cenderung kepada mereka berdua.” Lalu dia memberitahu kepada kami dari Jubair bin Nufair RA, dia berkata, “Marilah pergi bersama-sama kami menuju ke Zu Mikhmar,” pada hal Jubair adalah salah seorang sahabat Nabi SAW. Lalu aku pergi bersama-sama mereka, maka dia bertanya kepada Jubair tentang perjanjian damai. Jawabnya, “Saya mendengar Nabi SAW bersabda, “Orang Rom (pada akhir zaman nanti) akan mengadakan suatu perjanjian damai yang membawa keamanan kepada kamu semua. Kemudian kamu akan saling bermusuhan, kamu dan mereka, saling menganggap sebagai musuh. Lalu kamu diberikan kemenangan, memperoleh harta rampasan dan selamat, kemudian kamu kembali, (dalam perjalanan pulang dari Eropah itu) sehingga kamu tiba dan singgah di suatu padang (gembala binatang yang luas) yang berpasir. Lalu ada seorang lelaki dari pengikut Salib (Kristian), mengangkat salibnuya sambil berteriak, “Salib menang!” maka datang seorang lelaki dari kalangan (tentera) kaum Muslimin, dengan marah, kepada lelaki Salib (Kristian itu) lalu memukulnya (dengan senjata sampai mati). Maka pada ketika itulah orang-orang Rom berkhianat (terhadap perjanjian damai dan gencatan senjata) dan mereka berkumpul di padang pertempuran itu.”
Dari Hasan bin Atiyah, dengan isnad sama seperti di atas, tetapi ada tambahan lagi di hujungnya, “Mereka berkumpul di padang pertempuran, lalu datang pada waktu itu (tentera Salib) di bawah lapan puluh bendera. Di bawah setiap bendera ada dua belas ribu orang (tentera Kristian).”        (Ibnu Majah)
B. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi adalah daripada anakku, dia berusia empat puluh tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang bergemerlapan, pipi kanannya ada tahi lalat, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah keturunan Bani Israel, dia akan mengeluarkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota maksiat.”       (Abu Nuaim)
Kedua-dua buah hadis ini menjelaskan bahawa Imam Mahdi akan menakluk Eropah. Sebelum Eropah ditakluk, Imam Mahdi mengadakan perjanjian damai dengan pihak Nato yang menyebabkan umat Islam berasa begitu aman dan bahagia. Kedua-dua belah pihak saling membantu termasuk kerjasama erat ketika mereka menyerang Rusia Putih, iaitu negara Rusia yang besar itu.
Semasa peperangan inilah mereka mula berbalah apabila seorang dari pihak tentera Kristian menyatakan iktikadnya bahawa yang memberi kemenangan kepada mereka adalah salib. Hal ini menyebabkan salah seorang tentera Islam berasa marah kerana bercanggah dengan iktikad umat Islam yang meyakini bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi bekas. Ketegangan mula berlaku dan akhirnya tentera Islam ini secara tidak sengaja (dalam keadaan marah) memukul tentera Kristian tadi lalu mati. Melihatkan rakan mereka mati, maka tentera Kristian Eropah itu mencabul perjanjian damai yang telah dimeterai sejak sekian lama itu dan menyatakan permusuhan secara terang-terangan kepada Islam dan pemimpinnya.
Maka mereka pun mengumpulkan seluruh kekuatan mereka yang ada, dengan askarnya yang berjumlah hampir sejuta orang, di bawah pimpinan lapan puluh orang jeneral besar dari beberapa buah negara, diketuai oleh Perancis, Britain, Itali, Jerman dan Sweden. Semasa menghadapi tentera Kristian ini, umat Islam membawa jumlah tentera yang besar pula, kira-kira sejuta orang yang didatangkan melalui jalan darat melalui Turki (dipimpin sendiri oleh Imam Mahdi) dan melalui jalan laut (dipimpin oleh Syuaib bin Saleh) lalu memasuki Eropah. Melihatkan keadaan ini, Amerika Syarikat turut membantu Eropah dengan menghantar pasukan tentera marinnya yang terkenal mahir itu, tetapi pasukan ini berjaya ditenggelamkan ke dasar laut oleh pasukan At-Tamimi.
Pertempuran yang hebat ini menjadi semakin besar, apabila umat Islam dari utara Afrika turut membantu. Begitu juga pasukan dari negara-negara Arab turut menghantar pasukan tentera. Dalam peperangan inilah begitu ramai korban yang ditanggung oleh kedua-dua belah pihak. Lebih satu pertiga daripada penduduk Eropah mati dibunuh, kebanyakannya oleh pasukan mereka sendiri yang tidak sanggup melihat anak cucu mereka memeluk agama Islam dan lebih rela membunuh mereka sehingga ramailah yang mati.
02196 32. Kostantinopel Ditakluk Melalui Keramat Imam Mahdi
A. Kata tabiin RH,
“Ketika (mahu) menundukkan Kostantinopel, al-Mahdi memacakkan benderanya untuk mengambil wuduk dan mengerjakan sembahyang subuh. Ketika itu, di hadapan al-Mahdi terbentang laut yang luas. Dia lalu mencari jalan (pintas) untuk menyeberangi laut itu. Akhirnya dia menemuinya di sekitar kawasan itu juga. Dia lalu memacakkan benderanya, kemudian ada suara yang berseru, “Wahai umat manusia, melintaslah! Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla akan membelahkan laut ini sebagaimana Dia telah membelahkan laut untuk Bani Israel.”  Lantas mereka pun menyeberanginya hingga sampai di hadapan Kostantinopel. Mereka pun bertakbir, dan seketika (kemudian) runtuhlah sebelah pertahanan Kostantinopel. Mereka bertakbir lagi, maka runtuhlah lagi (sebahagian tembok pertahanan), dan bertakbir lagi, maka runtuh lagi (hingga runtuhlah semua sekali) sekitar dua belas tembok pertahanan (mereka).”
Selama kira-kira lima tahun Imam Mahdi memerangi Eropah. Satu persatu kawasan di Eropah berjaya ditakluknya dan diletakkan di bawah kekuasaan Islam. pada tahun keenam seluruh Eropah berjaya ditakluk dan harta rampasan perang sudah tidak terkirakan lagi banyaknya, menimbun-nimbun sehingga diletakkan begitu sahaja di atas jalan-jalan raya dan di padang-padang. Beratus-ratus buah kapal digunakan untuk mengangkut segala harta benda itu ke Baitulmaqdis dan Malaysia untuk diagih-agihkan kepada seluruh umat Islam di serata dunia, terutamanya golongan yang baru memeluk Islam, yang jumlahnya begitu ramai pada masa itu.
Semua ini dapat dilakukan kerana pemimpin mereka, Imam Mahdi, adalah orang yang amat kuat dan gagah, selain sangat bertakwa kepada Allah SWT sehingga Allah membantunya dengan menurut bantuan-bantuan berbentuk keramat yang menyebabkan seluruh angkatan perang Eropah tewas satu demi satu. Kemenangan tentera Islam ini disambut dengan penuh kegembiraan sehingga mereka bertakbir dan dengan suara yang sehabis-habis kuat, menyebabkan mereka berjaya meruntuhkan kota-kota dan benteng-benteng pertahanan Eropah.
02197 33. Umat Islam Memerangi Eropah dan Mereka Mencabul Perjanjian Damai
A. Sabda Rasulullah SAW,
“Akan terjadi antara kamu semua dengan orang putih (Banil Asfar) suatu perjanjian damai. Kemudian mereka akan mengkhianati (memungkiri janji) kamu semua. Kemudian mereka berangkat menuju ke arah kamu membawa lapan puluh bendera. Setiap bendera (ada) dua belas ribu orang tentera (Kristian).”  (Ibnu Majah)
B. Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah tempat perlindungan orang-orang Muslim yang paling rendah ialah di Baula’ (atau tempat mengintai musuh).” Kemudian Nabi menyambung lagi, “Hai Ali, hai Ali, hai Ali!” (Sayidina) Ali menyahut, “Demi ayah dan ibuku, saya wahai Rasulullah!” Baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan memerangi (menyerang) Banil Asfar dan juga orang-orang sesudah kamu akan menyerang mereka sehingga orang-orang Islam yang terpilih akan keluar menuju mereka iaitu (kebanyakannya) dari penduduk Hijaz. Mereka itu tidak merasa khuatir, kerana Allah, akan cercaan orang yang mencela. Kemudian mereka akan menundukkan Kostantinopel (Eropah) dengan tasbih dan takbir. Mereka mendapatkan ghanimah yang belum pernah mereka dapatkan bandingannya (kerana tersangat banyak), sehingga mereka membahagi-bahagikan ghanimah itu dengan (menimbangnya menggunakan) perisai (sahaja). (Pada ketika itulah) ada orang yang datang (membawa khabar fitnah yang) berkata, “Sesungguhnya al-Masih Dajjal pasti keluar dari negeri kamu (di Timur).”  Ketahuilah negeri kamu itu dusta. Maka orang yang memegangnya adalah menyesal sedangkan orang yang meninggalkannya, juga akan turut menyesal.”        (Ibnu Majah)
Sebahagian keterangan mengenai hal ini sudah dijelaskan dalam bahagian terdahulu. Dan semasa umat Islam sedang menentang Eropah, iaitu pada tahun kelima, datang berita fitnah yang menyatakan Dajjal sudah keluar. Tujuan mereka berkata demikian adalah untuk menakut-nakutkan umat Islam kerana Eropah sudah benar-benar di ambang kejatuhan. Orang yang meninggalkan harta itu rugi dan yang mengambilnya juga rugi sebab berjaya ditipu oleh berita palsu yang mahu melemahkan semangat juang tentera Islam itu.
02198 34. Kemenangannya
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan menundukkan Kostantinopel dan Jabal ad-Dailam.”       (Abu Nuaim)
Maksud Kostantinopel itu ialah Eropah timur manakala Jabal Dailam itu adalah lambang Eropah Barat. Ertinya Imam Mahdi akan menundukkan keseluruhan Eropah, sama Eropah Barat mahupun Eropah Timur. Kemenangan ke atas Eropah ini amatlah bererti kerana sebelum ini, kuasa Eropah itulah yang menjajah negara-negara Islam di Afrika dan Asia suatu masa dahulu. Kebinasaan dan kehancuran yang diakibatkan oleh penjajahan mereka itu amatlah besar dan kesannya masih kuat terasa hingga ke hari ini. Eropah Timur pula hanya sebahagian sahaja yang dapat ditawan dan dikuasai oleh Kerajaan Turki Osmaniah dahulu. Mereka gagal menawan baki beberapa buah negara Eropah Timur kerana mereka sedang berada di ambang kelemahan dan kejatuhannya.
Imam Mahdi akan membalas kekejaman tentera Eropah yang menjajah dunia pada suatu masa dahulu ke atas Afrika dan Asia. Imam Mahdi jugalah yang akan merealisasikan hajat Kerajaan Osmaniah yang mahu menawan seluruh Eropah timur, yang tidak dapat dicapai semasa mereka memerintah dahulu. Itulah maksud Imam Mahdi yang menyempurnakan seluruh hajat umat Islam. selepas penawanan Eropah itu, masjid-masjid akan dibina di sana dan syiar Islam menjadi sebesar-besar syiar kepada manusia. Yang masih tinggal dalam agama Kristian amatlah sedikit dan boleh dikira dengan jari sahaja.
02199 35. Seluruh India Ditawan Oleh Imam Mahdi
A. Kata tabiin RH,
“Amir Baitulmaqdis, iaitu al-Mahdi mengirimkan tenteranya ke India. Mereka berjaya menundukkannya dan mengambil harta simpanannya. Harta-benda ini kemudian digunakan untuk menghiasi Baitulmaqdis. Raja India ini menghadapinya dengan bermati-matian tetapi dengan (begitu) mudah pula dikalahkan. Akhirnya al-Mahdi menguasai (seluruh) kawasan di sepanjang Barat dan Timur.”
Penganut agama Hindu adalah antara golongan yang tidak mahu tunduk kepada pemerintahan Imam Mahdi lalu cuba bermain api dengan Imam Mahdi. Dengan segera pula Imam Mahdi menghantar pasukan tenteranya dan ini menyebabkan kerajaan India itu terkejut kerana pada sangkanya, Imam Mahdi tidak berani menghantar pasukan tentera ke negara mereka. Kerana itu mereka menentangnya dengan penuh kesungguhan tetapi tidak mampu bertahan lama kerana dengan mudah sahaja mereka dapat dikalahkan. Hampir keseluruhan askarnya mati dibunuh, iaitu dibunuh dalam jumlah yang sebanyak-banyaknya.
Akhirnya raja India itu berjaya dibunuh dan negara itu ditawan sepenuhnya oleh Imam Mahdi. Seluruh harta bendanya yang memang diketahui sangat banyak itu diambil oleh Imam Mahdi. Negara India yang sebelum ini pernah diperintah oleh pemerintahan Islam Kerajaan Moghul suatu masa dahulu, kembali jatuh ke bawah kekuasaan Islam, dan kali ini pemimpinnya jauh lebih hebat lagi daripada raja-raja Moghul itu. Dengan penaklukan India ini, Imam Mahdi berjaya menguasai seluruh kawasan dari Eropah hingga ke China dan kawasan-kawasan sekitarnya.
02200 36. Orang Islam Menakluk Bangsa Monggol dan Negara China
Submitted by admin on Sat, 2007-10-20 12:48
A. Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum (di China dan Mongolia) yang kasutnya adalah (diperbuat dari kulit dan) bulu. Dan tidak akan terjadi kiamat sehingga kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya kecil/sepet.”        (Ibnu Majah)
B. Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda,
“Hari kiamat tidak akan berlaku sebelum kamu memerangi suatu kaum yang seolah-olah muka mereka adalah perisai yang dipalu.”         (At-Tarmizi)
C. Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya sepet dan hidungnya pesek, yang wajah mereka bagaikan perisai yang dilapisi kulit. Dan tidak akan berlaku kiamat sebelum kamu semua memerangi suatu kaum yang kasutnya dibuat daripada (kulit binatang dan) bulu.”  (Ibnu Majah)
D. Dari Amru bin Taghlib RA, dia berkata,
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya termasuk alamat kiamat adalah apabila kamu semua memerangi suatu kaum yang wajahnya lebar. Wajah mereka bagaikan perisai yang dilapisi kulit. Dan sesungguhnya termasuk alamat kiamat ialah apabila kamu semua memerangi suatu kaum yang memakai kasut daripada bulu.” (Ibnu Majah)
E. Dari Abu Said al-Khudri RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya sepet dan berwajah lebar, matanya bagaikan mata belalang, wajah mereka bagaikan perisai yang dilapisi kulit. Mereka memakai kasut dari bulu (binatang) dan membuat perisai dari kulit dan mereka mengikatkan kuda-kuda pada pohon kurma.”        (Ibnu Majah)
Sebahagian ulama menafsirkan bangsa ini dengan bangsa Turki. Namun setelah mengamati-amati maksud sebenar yang dikehendaki oleh hadis ini, penulis meyakini benar-benar bahawa yang dimaksudkan itu adalah dari golongan berbangsa Cina di negara China dan Mongolia. Termasuk dalam erti hadis ini ialah bangsa Korea dan Jepun. Juga negara Taiwan dan Hong Kong serta Vietnam. Penaklukan Imam Mahdi terhadap negara China dan wilayah-wilayah di sekitarnya tidak mustahil kerana memang kawasan ini pernah dimasuki oleh pendakwah Islam sejak zaman pemerintahan Sayidina Osman bin Affan RA lagi. Mereka menggunakan jalan laut (melalui Lautan Hindi, Selat Melaka dan Laut China Selatan) dan jalan darat (melalui Laluan Sutera).
Sehingga kini, masih ramai penduduk di negara China yang beragama Islam, malah jika dikirakan jumlah yang beragama Islamnya sahaja, jumlah mereka adalah lebih ramai daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia pada hari ini. Namun mereka ini terasing kerana sebelum ini negara China mengamalkan dasar tutup pintu kepada negara-negara luar dan ini menyebabkan negara itu terasing daripada pengetahuan dunia luar.
Penaklukan terhadap kawasan ini oleh Imam Mahdi melengkapkan lagi kegemilangan umat Islam yang sudah pun tiba ke kemuncaknya. Penguasaan mereka sudah benar-benar meliputi seluruh Timur dan Barat, tanpa ada lagi yang terkecuali. Dari atas, Rusia sudah dikuasai; ke selatan, Australia dan New Zealand sudah jatuh ke tangan Islam; di Timur, Jepun dan seluruh China sudah ditawan; di Barat, seluruh Eropah turut tertakluk dan di seberang sana, seluruh Amerika Utara dan Amerika Selatan sudah lama diletakkan di bawah pemerintahan Islam sepenuhnya.
02201 37. Imam Mahdi Dibantu oleh Orang Timur
A. Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda,
“Apabila berlaku pembantaian (Al-Malhamatul Kubra) di padang pertempuran, maka Allah akan mengirimkan satu rombongan (tentera tambahan) dari puak Mawali. Mereka adalah bangsa (bukan) Arab yang sangat dimuliakan, mahir menunggang kuda dan cekap bermain senjata. Agama Islam akan ditolong oleh Allah melalui pertolongan mereka.”   (Ibnu Majah)
Hadis ini menceritakan mengenai kelebihan bangsa Timur, iaitu puak Mawali yang Allah SWT muliakan mereka pada akhir zaman ini. Melalui merekalah Allah SWT muliakan agama ini. Maknanya, apabila Allah muliakan agama Islam melalui mereka, maka bangsa itu perlulah terlebih dahulu mulia kerana hanya orang-orang yang mulia sahaja yang akan dapat memuliakan agama Allah ini. Orang atau bangsa yang hina tidak akan dapat menjadikan agama ini mulia. Hanya bangsa yang mulia sahaja yang akan dapat menjadikan sesuatu yang mulia itu mulia. Hal ini pernah berlaku kepada bangsa-bangsa terdahulu seperti orang-orang Israel pada zaman Nabi Musa AS dan orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu, bangsa-bangsa lain perlulah memandang bangsa Mawali ini sebagai bangsa yang mulia, sesuai dengan taraf kemuliaan mereka dan juga kerana Allah SWT sendiri yang telah memuliakan mereka. Maka patutlah pula kita memuliakan bangsa Timur yang disebutkan itu, jika kita mahu kita turut dimuliakan, kerana mereka adalah bangsa yang dimuliakan oleh Allah SWT.
02202 38. Imam Mahdi Dibantu Oleh Ashabul Kahfi
A. Dari Ibnu Abbas RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Ashabul Kahfi itu adalah para pembantu al-Mahdi.”
Hal ini sudah juga diterangkan dalam bahagian-bahagian sebelum ini. Silalah lihat semula pada bahagian-bahagian berkenaan untuk mendapatkan keterangan selanjutnya.
02203 39. Imam Mahdi Menakluk Dunia
A. Dari Nafik bin Utbah bin Abu Waqqas RA, dari Nabi SAW bersabda,
“Kamu semua akan menyerang Jazirah Arab (dengan bantuan pasukan tentera dari arah Timur dan Khurasan), maka Allah akan memenangkan (kamu). Kemudian kamu semua akan menyerang Rom (Eropah pada akhir zaman), maka Allah akan memenangkan (kamu). Kemudian kamu semua akan menyerang Dajjal, maka Allah akan memenangkan (kamu).”  Kata Jabir, “Maka Dajjal tidak akan keluar, sebelum Rom (Eropah) dikalahkan.”(Ibnu Majah)
Pasukan yang menyerang Jazirah Arab itu ialah pasukan Panji-panji Hitam yang dipimpin oleh At-Tamimi yang berlaki semasa mereka mencari Imam Mahdi. Pasukan yang diserang oleh At-Tamimi itu ialah As-Sufyani dan pasukan ini berjaya dikalahkan oleh At-Tamimi. Kemudian mereka menyerang Eropah pula. Kali ini dipimpin sendiri oleh Imam Mahdi, dengan diketuai oleh panglima yang bergelar Tahir bin Asmak. Jatuhnya seluruh Eropah dan Amerika Syarikat ke tangan pasukan Islam adalah tanda bahawa Dajjal yang sebenar, yang bertubuh besar itu akan muncul tidak lama lagi.
02204 40. Umat Islam Menakluk Eropah Dengan Mudah
A. Sabda Nabi SAW,
“… Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum ada sebuah kota yang diserbu oleh 70 ribu orang (tentera) yang terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan di laut dan satu kumpulan lagi berada di darat. Mereka ini adalah keturunan Nabi Ishak (atau dalam riwayat lain, mereka berketurunan Nabi Ismail AS). Tetapi setibanya mereka di bandar tersebut, mereka tidak jadi berperang. Sebab ketika mereka mengucapkan LAILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR, maka sebahagian (tentera) yang berada di laut sudah sampai di muka pintu kota. Dan ketika mengucapkan LAILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR sekali lagi, maka sebahagian (tentera) yang berada di darat sudah sampai ke muka pintu kota juga. Lalu ketika mereka mengucapkannya sekali lagi, maka pintu gerbang kota itu pun terbuka (dengan sendirinya) dan mereka terus memasukinya lalu bermukim di sana. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta ghanimah itu, tiba-tiba ada yang meneriakkan, “Sesungguhnya Dajjal telah pun keluar!” Lalu mereka (segera) meninggalkan seluruh ghanimah tadi dan terus kembali ke rumah masing-masing.”
Kejadian yang amat hebat seperti ini hanya dapat dilakukan melalui keramat Imam Mahdi, sambil dibantu oleh keramat wali-wali Allah yang lain, dan ditambah lagi dengan mukjizat Nabi Ilyas AS, seterusnya ditambah lagi dengan kekuatan malaikat yang ditugaskan menunaikan segala perintah Imam Mahdi. Dengan bercantumnya mukjizat rasul, keramat wali-wali dan kekuatan malaikat, kejadian yang amat pelik dan sangat dahsyat ini dapat dilakukan dan benar-benar terjadi di depan mata mereka. Kerana kemenangan ini, seluruh umat Islam di serata dunia bertakbir, bertasbih, bertahmid dan bertahlil dengan suara yang amat kuat sepanjang-panjang malam tanpa tidur-tidur.

Itulah cara sebenar dalam Islam apabila menyambut sesuatu kegembiraan yang bersangatan. Kemenangan ke atas pasukan Eropah dan Amerika Syarikat itu disambut dengan penuh kegembiraan. Terlalu banyak sebab seluruh umat Islam bergembira terhadap kemenangan ini. Ada dua sebab paling utama yang menyebabkan mereka begitu gembira iaitu dengan ini hapuslah kuasa kuffar dari atas muka bumi ini buat selama-lamanya dan yang tinggal kini hanyalah kuasa dan pemerintahan Islam sahaja. Sebab kedua ialah kemenangan ini menandakan bahawa segala sistem jahiliyah Barat itu berkubur dan umat Islam tidak perlu berasa takut terhadap apa-apa pun di atas muka bumi ini. Kini umat Islam dapatlah hidup dengan penuh aman, bahagia dan sentosa walau di mana sahaja di atas muka bumi ini. Kalimah Allah ditinggikan di serata pelosok dunia ini.  Keempat-empat penjuru dunia kini ditadbir sepenuhnya menurut sistem pemerintahan Islam yang adil dan diredhai.
02206 42. Rom Dikalahkan dengan Takbir
A. Dari Huzaifah RA, sabda Nabi SAW,
“Bahawa mereka (tentera Islam) akan merobohkan benteng (kota) Romawi dengan mengucapkan takbir (sahaja).”
Rasulullah SAW tidak pernah berbohong terhadap apa yang diucapkannya. Baginda SAW adalah seorang rasul yang bertaraf Ulul Azmi dan merupakan Sodiqul Masduq, mustahil cakapnya tidak benar. Logik atau tidak logik adalah soal lain. Apabila Rasulullah SAW sendiri yang menyebutkannya, maka perkara itu kenalah dilogikkan juga, walau dengan apa cara pun kerana baginda SAW hanya menyebutkan apa yang Allah SWT beritahu kepada baginda SAW. Semua ini bukanlah dengan nafsu baginda SAW sendiri atau baginda memandai-mandai sendiri.

Apa yang dipertikaikan oleh beberapa orang pemikir zaman ini adalah suatu yang sudah melampau. Mereka mendakwa keupayaan tentera Islam mengalahkan Rom dengan takbir sahaja sebagai suatu cerita dongeng. Apakah mereka ini berfikir bahawa Rasulullah SAW diutus untuk membawa cerita-cerita dongeng? Bacalah Surah Yasin, akan kita temui penyataan Allah SWT sendiri yang menyatakan bahawa baginda SAW bukanlah seorang tukang syair atau tukang cerita dongeng seperti yang didakwa.
02207 43. Rom Kalah dengan Empat Takbir
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan menundukkan Romawi dengan meneriakkan empat kali takbir,  lalu membunuh 600,000 nyawa. Dia akan mengeluarkan apa sahaja yang ada di Baitulmaqdis, Peti Tabut, maidah Bani Israel, Kalam Radhad, Halah Adam, tongkat Nabi Musa AS, mimbar Nabi Sulaiman AS, alat penyukat daripada Manna (wa Salwa) yang dijadikan dari tanah dan berwarna amat putih, yang Allah turunkan untuk Bani Israel dahulu. Al-Mahdi kemudian akan memasuki kota Qatik yang berukuran panjang 1,000 batu dan 500 batu (lebarnya), memiliki 360 pintu, yang mana setiap pintunya dijaga oleh 1,000 orang askar. Kemudian mereka meneriakkan empat kali takbir, maka runtuhlah benteng kota Qatik itu. (Mereka memasukinya) lalu merampas seluruh harta yang ada di dalamnya. Mereka kemudian tinggal di sana selama tujuh tahun. Semua harta yang ada di kota Qatik itu dipindahkan ke Baitulmaqdis. Kemudian ada berita yang menyatakan bahawa Dajjal telah keluar di tengah-tengah kaum Yahudi Asbihan.”
Hadis ini menjelaskan keadaan negara yang akan ditakluk oleh Imam Mahdi itu iaitu negara yang pada hari ini dikenali sebagai Amerika Syarikat. Negara itu memang sebuah negara yang amat luas, tinggi tamadunnya, lengkap persenjataannya, kuat pertahanan negaranya dan ramai jumlah askarnya. Mereka juga sangat menjaga sebarang kemasukan pasukan tentera ke dalam negaranya dan tinggi pula kelengkapan ketenteraan mereka. Dengan demikian mereka berasa bahawa tidak akan ada suatu kuasa pun yang dapat mengalahkan mereka. Dalam keadaan seperti itulah mereka dikalahkan dengan amat mudah oleh Imam Mahdi dan pasukan tenteranya.

Selepas kekalahan Amerika Syarikat ini, seluruh benua Amerika Utara yang meliputi Kanada juga turut takluk di bawah penguasaan Imam Mahdi dan tentera Islam. selepas penaklukan ke atas Amerika Syarikat ini, Imam Mahdi menumpukan pula perhatiannya ke Amerika Selatan, dan berjaya mengalahkan benua yang penuh sesak dengan penduduknya itu dalam masa yang singkat. Perlawanan-perlawanan yang diberikan tidak bererti apa-apa lagi kerana mereka tidak mendapat bantuan daripada kuasa Kristian Eropah, yang pada masa itu sedang sibuk berperang dengan tentera Islam. Akhirnya mereka hanya melihat sahaja kekalahan benua Amerika Selatan, iaitu pusat penganut Kristian terbesar di dunia itu ke tangan tentera Islam tanpa dapat berbuat apa-apa lagi. Itulah kekecewaan yang sangat besar, paling memilukan dan pukulan terhebat bagi kuasa Kristian di Eropah.
02208 44. Seluruh Eropah Bakal Kalah dan Memeluk Islam
A. Kata sahabat RA,
“Seluruh pertahanan Romawi dan bandar-bandarnya akan ditakluki oleh al-Mahdi dengan (hanya) meneriakkan tahlil dan takbir.”
Hal ini sudah dijelaskan dalam beberapa keterangan yang telah diberikan dalam bahagian-bahagian yang telah lalu sebutannya. Maka tidaklah perlu diperpanjangkan lagi di sini.
02209 45. Seluruh Eropah Akan Diislamkan
A. Sabda Nabi SAW,
“Sesungguhnya mereka akan menundukkan Kostantinopel dan Romawi dengan membunuh 40,000 orang. Mereka lalu merampas emas dan mutiara yang amat banyak. Mereka akan tinggal di sana selama setahun dan juga mendirikan masjid-masjid. Mereka akan menghantar sebahagian dari harta tersebut ke bandar-bandar lain. Ketika mereka sedang sibuk membahagi-bahagikan harta rampasan perang itu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita keluarnya Dajjal yang pada ketika (berita) itu sampai, telahpun mengalahkan keluarga-keluarga mereka di Syam. Kemudian mereka pun kembali semula ke Syam.”
Hadis inilah yang paling menakutkan pihak Eropah selama ini. Mereka sentiasa menanti masa sahaja siapakah dia Muhammad Kedua yang akan bangkit semula menawan Eropah. Selagi Muhammad Kedua itu belum bangkit lagi ke dunia ini, mereka tetap mengatur persenjataan, kelengkapan dan strategi peperangan untuk digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan nanti. Kerana itulah kita lihat pada hari ini, Nato sentiasa mengemaskinikan pasukan tenteranya di mana-mana sahaja, meletakkan mereka di semua kedudukan yang dirasakan strategik, melengkapkan mereka dengan senjata yang paling canggih, membarisinya dengan peralatan perang paling kuat yang mampu mereka sediakan dan sentiasa mengatur strategi peperangan yang dirasakan paling berkesan. Mereka juga melatih askar-askarnya menjadi askar-askar elit yang tahan lasak dan cekap dalam banyak bidang.
Namun mereka lupa bahawa apa yang telah ditakdirkan oleh Allah tetap akan berlaku. Eropah tetap akan ditawan oleh tentera Islam, biar berapa kebal sekalipun pasukan tentera Nato itu, dan sekalipun mereka bersatu dalam menentang kemaraan tentera Islam itu nanti. Kekuatan persenjataan dan logistik tidak akan mampu melawan kekuatan keramat pemimpin-pemimpin Islam itu dan kemahuan untuk syahid tidak dapat dilawan oleh kekuatan mental askar Nato berkenaan.
02210 46. Imam Mahdi Turut Berperang di Eropah
A. Huzaifah RA berkata,
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Al-Mahdi akan mengambil dan mengembalikan semua harta tadi ke Baitulmaqdis. Kemudian dia dan orang-orang yang bersama-samanya berjalan hingga melalui Romawi, iaitu sebuah kota yang berukuran 100 suq, yang mana setiap suq berukuran 100,000 kaki lalu bandar ini dikalahkan. Kemudian mereka melalui kota al-Qatik yang berada di Laut Akhdar yang diliputi harta-benda, yang ukuran panjangnya (kota tersebut) 1,000 batu dan lebar 500 batu serta mempunyai  3,000 buah pintu.”       (Abu Nuaim)
Untuk memberi semangat kepada pasukan tentera Islam, Imam Mahdi sendiri akan memimpin pasukan tentera Islam semasa mereka menawan Eropah. Kedatangan Imam Mahdi ini adalah dengan memakai serban yang berwarna biru, dan apabila mereka mendengar nama Imam Mahdi sahaja, takut mereka kepadanya sudah hampir sampai ke ulu hati mereka, hanya tidak dinyatakan keluar sahaja.

02211 47. Kekuasaan Imam Mahdi Meliputi Seluruh Dunia
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan menguasai seluruh dunia sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Zulkarnain dan Nabi Sulaiman AS.”
Allah SWT memuliakan seluruh umat Islam ini dengan memberikan mereka nikmat yang pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya. Salah satu nikmat yang diberikan itu ialah kekuasaan ke atas seluruh dunia ini. Kali ini nikmat ini benar-benar dirasai oleh sekalian umat Islam dan pemerintahan Imam Mahdi itu benar-benar meliputi seluruh dunia, dari kutub ke kutub, dari Timur ke Barat dan dari hujung ke hujung. Maknanya, seluruh empat penjuru dunia habis dikuasai oleh Imam Mahdi, dan pemerintahannya pula amat adil sungguhpun wilayah tabdirannya amat luas dan jauh. Inilah satu lagi kelebihan Imam Mahdi yang tidak diberikan-Nya kepada sesiapa pun sebelumnya.
02212 48. Lama Pemerintahan Imam Mahdi Sebelum Dajjal Muncul
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi akan memerintah selama tiga puluh atau empat puluh tahun.”
Tempoh tiga puluh tahun yang dimaksudkan itu adalah tempoh sejak Imam Mahdi mula-mula mengambil tampuk pemerintahan dunia ini. Tempoh empat puluh tahun yang disebutkan itu adalah tempoh keseluruhan pemerintahan Imam Mahdi ke atas seluruh dunia ini. Kerana itulah para sahabat RA menyebutkan dua angka yang berlainan sebagai menunjukkan perbezaan pengiraan. Dan hal ini hanya benar-benar dapat difahami dan dimengertikan oleh orang yang telah diberikan hidayah oleh Allah SWT ke dalam hatinya.
02213 49. Imam Mahdi dan Ikhwan
A. Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH berkata,
“Kami sedang bersama-sama dengan Sayidina Ali KMW apabila seorang lelaki bertanya tentang Al-Mahdi. Imam Ali KMW berkata, “Begini.” Lalu ditemukannya jari-jarinya sambil dikira sampai tujuh dan berkata, “Dia akan muncul pada akhir zaman ketika orang-orang (munafik) berkata bahawa Allah telah mati. Kemudian melaluinya (Al-Mahdi) Allah mendatangkan untuk mereka awan mendung yang menutupi langit lalu Allah mempertautkan antara hati mereka sehingga mereka tidak berasa keseorangan lagi malah akan lebih gembira jika ada orang lain yang menyertainya. Bilangan mereka adalah seperti pasukan Badar. Sama ada mereka itu pada permulaannya yang mendapatinya atau yang kemudian lalu menyertainya. Bilangan mereka tetap (sama) seperti bilangan tentera Talmut yang berjaya menyeberangi sungai dengannya (Talut).”
B. Sesungguhnya pada suatu hari Rasulullah SAW bertanya kepada para Sahabatnya,
“Orang mukmin yang manakah yang paling dikagumi akan iman mereka?” Para Sahabat RA menjawab, “Para malaikat.” Jawab Nabi SAW, “Bagaimana tidak para malaikat itu beriman kerana mereka berada di sisi Tuhan mereka.” Para Sahabat RA menjawab, “(Kalau begitu) para nabi.” Jawab Nabi SAW, “Bagaimana mereka itu tidak beriman sedangkan wahyu Allah diturunkan kepada mereka.” Jawab Sahabat RA, “(Kalau begitu) maka kamilah.” Jawab Nabi SAW, “Bagaimana kamu semua tidak beriman sebab aku dizahirkan berada di tengah-tengah kamu. Sesungguhnya orang mukmin yang dikagumi imannya adalah orang-orang yang datang selepas kamu, mereka hanya membaca lembaran-lembaran sahaja lalu mereka beriman dengan isi-isi lembaran itu.” (Al-Bukhari)
Ikhwan ini berjumlah 314 orang, dan sebahagian daripadanya adalah wanita. Mereka ini adalah penolong-penolong kanan Imam Mahdi dan dididik oleh Pemuda Bani Tamim sehingga menjadi golongan yang bertakwa dan kasihkan Tuhan sepenuh hati. Mereka ini dipilih melalui dua peringkat seperti yang dijelaskan iaitu sama ada mereka adalah golongan menganggotainya sejak awal lagi atau masuk kemudian lalu menyertainya. Golongan yang awal menyertainya ada dua golongan pula, iaitu yang benar-benar ikhlas berjuang dan sabar menempuh ujian berat atau golongan yang tercicir daripada perjuangan lalu terkeluar. Golongan yang tertapis ini adalah hati yang benar-benar berhati pejuang. Golongan kedua adalah mereka yang mendapat hidayah Allah SWT lalu dipilih-Nya mereka untuk memasuki dan mengikuti perjuangan ini lalu menjadi ahli baru, menggantikan sebahagian besar ahli lama yang telah tercicir tadi.
Mereka ini adalah salah satu golongan yang iman mereka sangat dikagumi oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW seperti yang tersebut di dalam hadis di atas. Mereka lahir jauh daripada zaman kenabian tetapi iman mereka amat tinggi seolah-olah mereka pernah melihat Rasulullah SAW dan hidup sezaman dengannya.
02214 50. At-Talakan
A. Kata Sayidina Ali KMW,
“Sejahteralah kepada At-Talakan. Sungguh, pada Allah itu ada perbendaharaan-Nya, bukan emas atau perak tetapi lelaki-lelaki yang mengenali Allah dengan ilmu yang hakiki dan mereka akan membantu Al-Mahdi pada akhir zaman.”
Mereka ini adalah golongan yang amat istimewa, pembantu-pembantu kanan Imam Mahdi dan juga wakil-wakil Imam Mahdi untuk memerintah seluruh dunia ini. Dengan keberadaan mereka, Allah SWT menurunkan ilmu dan kefahaman kepada setiap manusia secara yang amat merata, tidak lagi terkumpul hanya di universiti-universiti atau institusi-institusi pengajian tinggi semata-mata. Ilmu Allah adalah milik setiap umat Islam, bukan milik segolongan manusia sahaja, sepatutnya disebarkan oleh para ulama kepada sekalian manusia, tidak terhad kepada yang masuk universiti semata-mata.

Penerangan mengenai golongan ini sudah diberikan dalam bahagian-bahagian yang terdahulu, dengan huraian yang agak ringkas tetapi dirasakan memadailah untuk kali ini.
02215 51. Ar-Rufaqak dan Wali Abdal
A. Sayidina Ali KMW berkata,
“Apabila dia yang dari ahli keluarga Muhammad SAW keluar, Allah akan mempertemukan para pengikutnya dari Timur dan Barat dengannya, seperti bertemunya awan-awan pada musim luruh. Mereka adalah ar-Rufaqak, mereka datang daripada penduduk Kufah, dan Wali Abdal yang datang daripada penduduk Syam.”
Mereka ini adalah sebahagian daripada golongan Ikhwan yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat RA dalam beberapa keterangan dan telah disebutkan dalam bahagian-bahagian terdahulu. Mereka ini adalah juga penolong-penolong kanan Imam Mahdi dalam setiap urusan yang memerlukan pertolongan mereka. Mereka juga adalah golongan yang amat bertakwa kepada Allah SWT setiap masa dan dimuliakan oleh sekalian manusia seperti yang selayaknya mereka terima.


Tidak ada komentar:

 
TARBIYYAH ISLAMIYYAH Copyright © | Template designed by Liza Burhan | SEO by Islamic Blogger Template